ads by nuffnang

Join The Best Followers

Tuesday, May 31, 2011

Pelawat atau Unique Visitor Blog Perlu Maintain bagi Menjana Pendapatan



Pelawat atau Unique Visitor Blog Perlu Maintain bagi Menjana Pendapatan!!!. Kenape aku cakap kena maintain (kekalkan). ok kalau 1 hari aku dapat dalam 150 UV jadi aku kena kekalkan mcm tu jugak untuk hari esk dan seterusnya...lebih xper kurang jangan.

Macam mana nak kekalkan bilangan UV ke blog kita ialah sentiasa update entry blog, buat tajuk yg menarik minat utk orang membacanya... cthnya: "Alamak!!! ade awek nak berkenalan dgn aku laa" pstu share di facebook conform timbul perasaan ingin tahu oleh kawan-kawan di fb kita tu. diaorg klik masuk ke blog kita...

Apabila kawan-kawan kita tu klik button like pd entry kita tu...kawan-kawan dia plk akan nampak di wall diaorang. cthnya: minah likes "Alamak!!! ade awek nak berkenalan dgn aku laa" on Malik Torpedo (alamat blog). selepas tu kwn kpd kwn kita plk klik like lg pd entry tu...kwn dia pulak nmpak blog kita...dia plk masuk...mcm tu laa kitarannya jika tajuk yg kita buat tu hebat dgn menimbulkan perasaan ingin tahu/nak tahu dikalangan pembaca....so keep up the good work ok!!!

Bagaimana Buat Duit dengan Blog / How Earn Money with Blog




salam semua, Nak cerita cikit pasal buat duit dengan blog. apa yg aku lihat ramai jugak blog-blog baru yg tiada unsur pengiklanan ape-ape di blog mereka. bagi mereka yg nak buat duit dengan blog terdapat banyak syarikat pengiklan yg ada. antara yg popular di malaysia ialah Syarikat Nuffnang dan bagi blog yang menggunakan bahasa inggeris/english boleh mendaftar dengan Google Adsense.

bukan hari ini buat blog, hari ini jugak dapat duit. untuk mendapatkan duit melalui blog, blog itu mestilah ramai pengunjung atau unique visitor ke blog anda dan adanya klik pada iklan yang dipaparkan di blog anda barulah anda akan memperolehi pendapatan dari blog. contohnya iklan diblog aku ni...

mungkin bertahun-tahun diperlukan untuk orang mengenali blog kita dan untuk kita memperolehi pendapatan dari blog. ape-pun jangan cepat putus asa, cari sesuatu yang berlainan dari blog yg sudah ada, dan jadikan blog anda lain dari yg lain.



blog perlu sentiasa diupdate supaya pembaca atau pelawat akan masuk lagi ke blog kita.

Aku pun masih baru,aku sukakan nuffnang dan aku akan tetap setia dengan Nuffnang...selagi nuffnang menyokong aku.

untuk mendaftar dengan Nuffnang klik link ni: http://www.nuffnang.com.my/

Monday, May 30, 2011

Kerajaan umum pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak 2.23 sen/kwj



Salam semua, Kerajaan sebentar tadi memgumumkan pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun depan.

Oleh itu, kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini.
Pelarasan itu adalah kesan daripada dua komponen iaitu pelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.

Aku tak kisah kalau Elektrik naik harga ke? Ayam naik harga sampai RM12 sekilo ke?, Gula naik Harga ke? Ape-ape pun naik harga aku tak kisah TAPI tolonglah naikan gaji supaya seimbang dengan Cost Sara Hidup sekarang....Gaji banyak tu jugak setiap bulan tapi perbelanjaan bulanan bertambah-tambah...

Latihan Kebakaran di tempat kerja aku!!!




Berpeluh hari nie...dah laa hari pertama keje,Tiba-tiba ada Fire drill or Latihan Kebakaran kt tempat keje aku. dari tingkat 19 turun tangga sampai bawah,nasib baik turun kalau naik mau longgar lutut ni.

pastu berkumpul plk kt padang ditengah panas terik, bukan bangunan terbakar tapi muka yg terbakar kt tengah panas. anyway latihan kebakaran ini bagus untuk memberitahu kita ape yg patut kita buat jika benar-benar berlaku kebakaran yg sebenar.

Berkilat muka berjemur tengah panas...yg perempuan xperlh hari2 pakai UV krim tahan laa cikit, yg lelaki pakai kulit muka...haa...haa....

Balik Kg Guntung Dalam, Setiu, Terengganu (kampung wife aku laa)

Google Earth Image Kg Guntung Dalam, Setiu, Terengganu

Salam semua, aku nak balik kg wife aku Khamis nie...tinggal wife aku kt kg dia untuk menghabiskan Pantang selepas bersalin disana.

Maka selepas balik sini (subang) semula tinggal bujang laa aku. ade ke yang sudi ajak aku makan kt umah korang ???. hee...hee...kesian kt aku. lawak jerrr...cari kena hambat dgn laki korang laa plk. yang bujang-bujang tu boleh laa invite aku...hee...hee...

Marah wife aku kalau baca entry ni!!!.

Proton Inspira adik kepada Mitsubishi Lancer 2.0GT




Sejak perlancarannya pada penghujung tahun lepas, Proton Inspira terus mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang ingin memilikinya. Proton Inspira yang menyerupai Mitsubishi Lancer 2.0 GT sememang garang jika dilihat dari hadapan dan sisi, pandangan yang serupa dengan Jerung dan menggunakan Enjin Mitsubishi Lancer 2.0GT sememangnya hebat dengan teknologi terbaru dan penambahbaikan dari Proton sendiri dengan memberi suntikan Teknologi Lotus pada pada kawalan tayar iaitu Lotus Ride & Handling menjadikan seolah-olah tayar Proton Inspira sentiasa berada di permukaan walaupun dengan pemanduan yang lasak.


Dibahagian belakang anda boleh lihat embelem samada 2.0P atau 1.8E, P bermaksud Premium dan E ialah Executive.


pada bahagian Dashboard pulak,perbezaannya hanya sedikit. kita boleh lihat diatas dasboard untuk 2.0P dan dibawah Dashboard 1.8E.


untuk versi 2.0P, Proton Inspira dipadankan dengan seat kulit yang menarik.


Proton Inspira berwarna Putih yang menjadi kegilaan ramai.

Peninsular Malaysia Prices

* Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
* Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
* Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

East Malaysia Prices

* Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
* Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
* Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Langkawi Prices

* Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
* Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
* Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

Aku peminat Proton Inspira, mungkin kalau ada rezeki lebih aku akan dapatkan Proton Inspira ini.

Proton Persona - Terbaru Berwarna Putih



Salam semua, Proton telah melancarkan Proton Persona berwarna Solid White/Putih, dan ini akan merancakan lagi tempahan terhadap proton persona.(aku nak 1)

Proton Persona 1.6 liter putih solid sedia di kedua-dua jenis iaitu automatik dan manual dengan harga RM59,049 untuk High Line (automatik), RM55,549 untuk Medium Line (automatik) dan RM52,549 untuk Medium Line (manual).

Nasiblah kereta buruk aku belum habis bayar, kalau tak? conform aku order sebuah Proton Persona Putih ni!!!

Web Site: Proton Edar

Sunday, May 29, 2011

Sendayan ganti TUDM Kuala Lumpur (Sungai Besi)



Salam semua, sayang sungguh TUDM KL akan dipindahkan ke Sendayan. Kawasan Sendayan yang terletak 12 Kilometer dari Seremban diUmumkan sebagai lokasi baru menggantikan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur/Sungai Besi yang telah menjadi Pangkalan Udara sejak Tahun 1965.

Helikopter Nuri TUDM yg kini beroperasi di TUDM KL

Info Lapangan Terbang Sungai Besi

#Mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada 1948.
#Kapal Terbang Pertama Mendarat adalah pesawat British B.O.A.C pada tahun 30 an.
#Ia juga lapangan terbang pertama dinegara ini dengan asalnya diberi nama Lapangan Terbang Sempang.
#Diistiharkan sebagai lapangan terbang antarabangsa yg pertama oleh Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1 Ogos 1956 serentak dengan pembukaan rasmi bangunan baru yang pada waktu itu berharga RM590,000.
#Memiliki landasan sepanjang 273 Meter.
#Dikenali dengan pangilan Airport Lama dan berfungsi sebagai lapangan terbang utama hingga 1965 sebelum peranan itu diambil alih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hingga 1999.
#Sejak itu, lapangan terbang ini menjadi Pusat Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dan Unit Udara Polis DiRaja Malaysia.

Ape-ape pun diharapkan TUDM yang akan dibina di Sendayan lebih Canggih dengan Fasalitas yang Menarik dan Terbaik di Asia.

Klik like sekali tau.

Proton Satria Neo R3 Limited Edition Reviews




Salam semua, aku salah seorang Peminat Proton Satria Neo R3. disini aku kongsikan gambar-gambar Proton Satria Neo R3 Limited Edition untuk tatapan Para Peminat-peminat R3.


aku harap semua puas hati dengan gambar Proton Satria neo R3 Limited Edition ini.

Proton Satria Neo R3 Specifications

Performance:

* Power: 145bhp @ 7,000rpm
* Torque: 168Nm @ 5,000rpm
* Weight: 1200kg

Engine

* Carbon Fiber Intake System
* Reprofiled Cams
* Recalibrated ECU
* High Flow 4-2-1 Extractor
* Tuned exhaust system
* Lightweight Adjustable Aluminium pulleys

Chassis

* 16″ Lightweight R3 Gunmetal Wheels wrapped in Bridgestone Potenza RE001R in 205/45 rubber
* 500-degree Celcius rated brake pads
* R3 Springs with tuned suspension settings

Exterior

* Fire Red metallic paint with black roof
* Full CPS Bodykit
* New R3 Front splitter
* New R3 Rear wing

Interior

* R3 Limited Edition seats in Nappa Leather
* 2-Tone black interior detailed in red stitching
* Matt-red dashboard trims
* R3 floor mats
* Engine start button
* Aluminium foot pedals and gear knob
* Solar and security protection
* 2-DIN audio head unit with 3D GPS navigation

spesifikasi yg Hebat dan Mantap dari Proton Satria Neo R3 Limited Editon.

kalau sukakan entry ini, klik like sekali tau. Tq

Proton Saga FL 1.6 Executive - RM46,549




Proton hari ini mengumumkan Model Proton Saga FL 1.6 Executive berharga RM46,549 dan boleh mulai ditempah mulai hari ini manakala Model Proton Saga FL 1.3 Executive berharga RM43,298.

Model Proton Saga FL 1.6 Executive ditawarkan hanya dalam Gear Automatic 4 Gear dan berwarna Putih sahaja.


Ciri-ciri tambahan pada Model ini ialah Line Merah/Red Line pada badan kereta tersebut. Saga FL 1,6 Eksekutif dilengkapi dengan airbag ganda untuk pemandu dan penumpang depan.


Proton menjangkakan Model Proton Saga FL 1.6 Proton saat ini menjual rata-rata 6.700 unit Saga setiap bulan. Proton mengharapkan varian 1.6L baru Eksekutif untuk memberikan sumbangan rata-rata 300 unit sebulan.

Mereka mensasarkan untuk menjual sebanyak 83.000 unit Saga (dan jumlah 173.000 Proton) pada tahun 2011/2012 kewangan.




bagi peminat-peminat Proton yang ingin membuat tempahan boleh la terus ke pusat-pusat jualan Proton terdekat.

aku pun peminat Proton, aku masih menggunakan Proton Wira 1.5 aku ni walaupun dh buruk tapi sayang sgt2..kalau nak beli yg baru pun yg lama ni aku tak akan jual...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...