ads by nuffnang

Join The Best Followers

Monday, January 30, 2012

Segmen Artis - Neelofa dipilih sebagai duta Avon

BIBIR mungil Neelofa tambah menyerlah dengan gincu UMR Avon.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa kerana dilantik sebagai Duta Jenama Avon.

MELIHAT wanita cantik itu lengkap berhias, dipadan dengan gaun berwarna merah jambu manis berenda di bahagian atas, sekuntum senyuman bibir bak kelopak bunga mawar, pasti semua yang melihat tertawan. Si pemakainya yang juga ratu cantik, model, usahawan dan kini bergelar duta rangkaian kosmetik Avon terbaharu, Neefola kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan bibir merah.

Wanita yang baru berusia 22 tahun itu mengakui beliau berterima kasih kepada produk rangkaian gincu terbaharu Avon, Ultra Moisture Rich Rose (UMR).

“Dengan hanya satu sapuan UMR Rose Lipstick, gincu yang mengandungi ekstrak mawar dan minyak badam memberikan bibir yang gebu dan lembap,” ujarya yang turut gembira dengan pemilihan dirinya selaku duta rangkaian kosmetik Avon.

Seiring dengan bekas duta Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz, Neelofa memberitahu, dia mengenali jenama produk kosmetik itu sejak kecil lagi.

“Namun, saya mula menggunakan produk jenama Avon selepas diperkenalkan oleh adik saya. Saya menggunakan kosmetik Avon seperti pembaris mata, maskara, pemerah pipi dan gincu,” katanya.

Menurut statistik daripada Avon, gincu syarikat itu terjual sebanyak empat unit bagi setiap saat. Ujar Neelofa, kepelbagaian warna, harga dan kualiti menjadikan ia sebagai pilihan.

“Sebagai duta, saya mengalu-alukan remaja dan pelanggan muda untuk berhias diri agar sentiasa cantik dan berseri. Ia bukan bermakna mereka harus bersolek setiap masa tetapi, mencantikkan diri secara ringkas adalah perlu untuk kelihatan lebih yakin dan elegan,” katanya lagi.

Gincu UMR daripada Avon, boleh didapati dalam 10 warna menawan iaitu blushing bride rose, rosabella rose, amelia rose, passionate kiss rose, jubilee rose, royal celebration rose, apricot nectar rose, french lace rose, anne’s signature red dan amour rose.

Saturday, January 21, 2012

Segmen Artis - Aaron Aziz Dan Neelofa Di Muka Hadapan Media Hiburan Terbaru

Aku memang minat dengan Aaaron Aziz dan Neelofa ni...Gandingan mantap mereka dalam berberapa Drama di TV3 sungguh hebat dan mantap....sejak mereka berlakon bersama dalam drama arahan Heykal Hanifah, Jiwa dan Lara yang disiarkan beberapa bulan dahulu di TV3. Jadi aku berpendapat cover Media Hiburan (MH) kali ini memang menarik habis.

Segmen Sensasi - Majlis Pernikahan Ally Iskandar dengan Farah Lee

Pengacara popular TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, akhirnya menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu pagi semalam.
Menariknya, Nurfarahin atau sebelum ini hanya dikenali dengan nama Farah Lee tidak menerima sebarang wang hantaran dari suaminya itu dan sebaliknya digantikan dengan hadiah sebuah rumah yang dibeli Ally di Damansara di sini.

Pasangan yang mengenakan pakaian serba putih pada majlis akad nikah yang serba sederhana itu juga saling berbalas hantaran di mana pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran manakala pihak lelaki menerima tujuh.

Tujuh dulang hantaran yang diberikan Ally kepada isterinya itu terdiri daripada senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan sireh junjung, sepasang telekung dan sejadah, komputer riba MacBook, coklat Ferrero Rocher, kunci rumah dan kuih bahulu.

Isterinya pula membalas dengan memberikan Ally sebentuk cincin, senaskah Al-Quran, iPhone 4S, coklat Hersheys, manisan, bunga rampai, sepasang baju Melayu lengkap bersampin, sepasang jubah dan sejadah, serta persalinan kemeja.

Majlis akad nikah tersebut lancar dengan dua kali lafaz dan pasangan mempelai itu dinikahkan oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin sebanyak RM250 berwalikan bapa Farah Lee, Romli Ismail, 60.

“Saya rasa syukur dan gembira apabila semuanya telah selesai. Dalam masa yang sama saya juga rasa sedikit kekok dengan Farah sebab kami masih dalam peringkat berkenalan.

“Harap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat. Sebagai suami, saya akan cuba laksanakan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin,” katanya Ally

Pasangan itu yang mula berkenalan pada sebuah majlis rumah terbuka, cuba di’satu’kan dengan usikan-usikan dari keluarga Ally yang dikatakan berkenan kepada Farah Lee dari awal dan mendedahkan bahawa mereka tidak pernah bercinta mahupun mengucapkan ucapan “I love you”.

“Ketika diperkenalkan saya sudah dimaklumkan yang Farah ingin berkahwin pada usia muda. Selepas adik dan emak saya cuba ‘kenen-kenenkan’ kami berdua, saya terus berjumpa Farah dan suarakan hasrat hati untuk berkahwin dengannya.

“ Kami memang tidak permah melalui musim percintaan macam pasangan-pasangan lain. Bahkan, saya juga tidak pernah lafazkan I Love You kepada Farah,”katanya lagi.

Aku doakan semoga Ally dan Farah Lee Bahagia hingga keakhirnya...

Wednesday, January 18, 2012

Segmen Blog - Ibadat/Ibadah Korban di Rumah MertuaKu

Salam semua ...sory lama xupdate blog aku nie!. Ini Ibadat korban di Kampung Guntung Dalam,Setiu,Terengganu. Kampung Wife aku dan gambar-gambar ini diambil dibelakang rumah ibu mertuaku...

Seperti Negeri Kelantan, Penduduk di Kg Guntung Dalam menggunakan bahasa kelantan, ini masa hari Raya AidilAdha ataupun hari Raya Haji tahun lepas 2011. memang banyak lembu korban di kg Guntung Dalam hari tu. ada yang buat Akikah,kenduri kesyukuran,kenduri doa selamat dan bermacam-macam lagi. Pendek kata 1 kampung tu banyak la kenduri...

Pagi-pagi sebelum sembahyang raya lagi abang ipar aku dah ikat lembu tu kt belakang rumah yg macam padang ni,bagi makan dulu...


Dah ready nak sembelih...

Lembu tersebut dibaringkan pada posisi yg mengadap kiblat dan memudahkan untuk disembelih...

Ibu Mertuaku dan kakak iparku sedang memerhati dari jarak kurang 15 meter...

Semua persiapan dah siap lembu korban dipegang dengan kemas supaya tidak meronta ketika disembelih...dan lembu disembelih dengan penuh berhati-hati...

Selepas 2-3 minit ikatan pada kaki lembu korban dibuka ketika lembu korban sudah lemah...

Dah tiba masanya untuk menyiat kulit dan memotong lembu korban dan dibahagi sama banyak kepada orang yang turut serta dalam BAHAGIAN.

Dirumah pula kaum-kaum ibu sedang sibuk memotong bawang-cabai(cili)...

Selesai sudah acara sembelih dan Bahagi lembu korban...kemudian dimasak dan dimakan serta dibuat kenduri untuk penduduk kampung.

oleh sebab kan hari Raya jadi adalah kueh raya,ketupat,tapai,lemang dan banyak lagi untuk tetamu yang hadir...


Abg long di pagi Raya AidilAdha...

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Jadi kalau mampu tu buatlah...

Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”. (Surah Al-Kautsar Ayat 1-2)

Friday, January 13, 2012

Segmen Blog - Wooow...Aku Nak Masuk laa SARA 1Malaysia nie...

Emm...Tengok berita tadi mengenai SARA 1Malaysia ni macam best jer...ada untung...

KUALA LUMPUR — Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan.

Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

“Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.

Pada Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.

Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Najib berkata pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.

Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.

“Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. — BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...