ads by nuffnang

Join The Best Followers

Monday, March 12, 2012

16 petua awet muda sangat mudah


1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.


3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.


8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. - Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat


10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


13. Amalkan solat tahajud.


14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.


15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Saturday, March 10, 2012

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-
1. Pereka Gred B41
2. Pereka Gred B17
3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
4. Juruteknik Komputer Gred FT17
5. Jurutera Gred J41
6. Juruteknik Gred J17
7. Pegawai Tadbir Gred N41
8. Setiausaha Pejabat Gred N27
9. Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27
10. Pembantu Penyelidik Gred Q17
11. Penjaga Jentera Elektrik Gred R17
12. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
13. Penolong Akauntan Gred W27

Kepada yang ingin memohon boleh ke web http://ejawatan.mardi.gov.my/.

Friday, March 9, 2012

Gambar Bahagia Fasha Sandha

Heppy sungguh Fasha Sandha...tak sabar kot nak kahwin dengan jejai?. Walau apapun Tahniah kepada Fasha Sandha dan Jejai yang di laporkan media tempatan akan bakal berkahwin dengan Jejai pada 29 April 2012 ini.

Cantikkan Gaun nie?. tuan pemakai pun cantik...pakai apa pun memang dah cantik...


#kepada yang belum like fan pages Malik Torpedo boleh berbuat demikian. (disebelah atas bahagian kiri)

Fasha Sandha Kahwin 29 April 2012, Bali Jadi Pilihan

Akhirnya selepas begitu lama berteka-teki, Berita Harian telah melaporkan yang Fasha Sandha bakal berkahwin dengan Jejai pada 29 April 2012 ini. Majlis perkahwinan akan dijalankan secara gilang gemilang di Bali, Indonesia. Mungkin pasangan ini mahukan majlis yang lain daripada yang lain.
Menurut Berita Harian, segala persiapan sudah pun selesai dilakukan. Manakala jemputan untuk majlis perkahwinan mereka ke Bali hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media. Memang benar-benar ekslusif.

Apa pun tahniah kepada Fasha akhirnya bakal bergelar isteri juga. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Thursday, March 1, 2012

Gambar Anak Mawi dan Ekin

CAHAYA MALAIKA … itulah nama yang diberi oleh pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora’Asikin Rahmat (Ekin) .
Tahniah Mawi dan Ekin .. Menurut Mstar , Mawi akan membahasakan dirinya “Abi” manakala Ekin pula sebagai “Ummi”.
Aku pulak membahasakan diri pada anak-anak "Ayah" dan isteriku "MaMa"...hee...hee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...