ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, November 14, 2014

Ke Tahap Seterusnya -Next Level

Abg long habis tabika...tahun depan dah masuk tahap yang baru (next level) masuk darjah 1. Besar harapan ibu dan ayah pada anak anak zaman sekarang, bukan sahaja cabaran kehidupan yang akan anak anak tempuhi pada masa akan datang tapi di alam persekolahan lg banyak perkara yang perlu ditempuhi.

Yang pasti ibu dan bapa mesti memberi sokongan pada anak anak supaya mereka tahu arah tuju mereka, tetapkan cita cita apabila dewasa, apa yang perlu untuk mereka lakukan untuk mencapai cita cita tersebut. Sokongan dan dorongan itu paling penting, jangan hanya mengharapkan tugas untuk mendidik hanya pada sekolah sahaja. Dirumah kita ibu bapa adalah cikgu yang membentuk peribadi anak anak. Pendidikan adalah perkara yang paling penting masa sekarang ini.

Wednesday, August 20, 2014

ACER CHROMEBOOK 13 - Jangka Hayat Bateri 13 Jam

Laptop atau komputer riba amat penting walaupun kebanyakkan fungsinya telah diambil alih oleh telefon pintar tetapi masih lagi penting untuk yang melakukan kerja-kerja di pejabat. aku ada juga tapi yang murah puyer, standby untuk kegunaan masa tertentu. Produk baru dari Acer ni memang terbaik...antara ciri-ciri pilihan aku sendiri yang paling utama ada daya ketahanan bateri, supaya senang jika kita diluar dan bateri dapat bertahan untuk masa yang panjang. Aku syorkan untuk kegunaan pelajar Universiti yang banyak melakukan kerja menggunakan laptop ni!!!

Acer Chromebook 13 yang baru diperkenalkan di peringkat dunia dengan jangka hayat bateri 13 jam tanpa henti dan dikuasakan dengan Nvidia Tegra K1 SoC serta didatangkan dengan dua versi skrin.

Satu model mempunyai resolusi skrin 1366 x 768 piksel  dengan harga RM899 manakala satu lagi dengan skrin HD. Aku rasa dengan harga yang berpatutan dan daya ketahanan bateri yang panjang ni memboleh kita menggunakan laptop ini tanpa ada rasa kerisauan takut kehabisan bateri. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Banyak laptop dengan spesifikasi lebih tinggi dan canggih di pasaran sekarang.
SPESIFIKASI ACER CHROMEBOOK 13: 
Harga: Anggaran RM899, RM999
CPU: Nvidia Tegra K1 2.1GHz
Jangka hayat bateri: 13 jam
Skrin: 1366 x 768 piksel atau HD penuh 1920 x 1080
Tahap nipis: 18mm
Berat: 1.5kg
Memori: 2GB
SSD: 16GB
Skrin: 13.3 inciOS: Chrome OS

Thursday, June 5, 2014

Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar di Teluk Kemang


Hari ni abg long pergi  Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar di Teluk Kemang.

Kebetulan cuti,so boleh datang tengok aktiviti Pelancaran ni. Bagus juga,sekurangnya budak budak atau remaja ni boleh membantu dalam menjaga alam sekitar ni. Kalau kita nak negara kita maju dalam pelancongan....perkara pertama adalah kebersihan dan kecantikan...kalau kotor sapa nak datang kan...?

Jadi,aku sokong 100% (#_*)

Wednesday, June 4, 2014

My Hero

Anak-anak

My Hero...anak anakku...
Tiada harta yang sama nilainya dengan ana-anak,hari hari berdoa semoga anak anak kita menjadi manusia yang berjaya didunia dan akhirat.

Dengan keadaan sosial serta masalah masalah yang lain,aku memang risau dengan masa depan anak anak aku ini,ibu bapa lain pun sama aku rasa...apa yang penting ialah kita bagi ilmu Agama dan ilmu dunia yang secukupnya supaya anak anak kita tak tersesat dalam dunia yang penuh dengan cabaran hari ini.

Monday, May 19, 2014

Mandi Pantai dah jadi aktiviti mingguan aku dan keluarga

Dulu boleh kata setahun 2 kali pergi berkelah di pantai...sekarang dah tinggal di Port Dickson nie...dah jadi aktiviti mingguan pulak...haa...haa....

Anak-anak pun suka mandi pantai....janji ada aktiviti riadah di hujung minggu dan yang paling penting wife dan anak-anak suka n enjoy....

Monday, March 17, 2014

Lenovo Vibe Z


Teruja juga aku dengan smartphone terbaru Lenovo,Lenovo Vibe Z.serba sedikit kehebatan Vibe Z.

Vibe Z dilengkapi teknologi tercanggih industri mudah alih apabila dipacu pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz, 2GB memori, 16GB storan binaan dalaman dan skrin multi-sesentuh seluas 5.5 inci definisi tinggi penuh (Full HD)

Telefon pintar menggunakan platform Android 4.3 itu turut memiliki kamera belakang tertinggi berbanding telefon pintar di pasaran iaitu mencecah 13 Mega Piksel (MP) dan kamera depan 5MP yang dimuatkan dalam binaan hanya setebal 7.9mm dan seberat 147 gram.

Vibe Z akan mula dijual di rangkaian kedai milik Lenovo Smartphone Retail Partners bermula 15 April pada harga RM1,799.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...