ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, August 20, 2014

ACER CHROMEBOOK 13 - Jangka Hayat Bateri 13 Jam

Laptop atau komputer riba amat penting walaupun kebanyakkan fungsinya telah diambil alih oleh telefon pintar tetapi masih lagi penting untuk yang melakukan kerja-kerja di pejabat. aku ada juga tapi yang murah puyer, standby untuk kegunaan masa tertentu. Produk baru dari Acer ni memang terbaik...antara ciri-ciri pilihan aku sendiri yang paling utama ada daya ketahanan bateri, supaya senang jika kita diluar dan bateri dapat bertahan untuk masa yang panjang. Aku syorkan untuk kegunaan pelajar Universiti yang banyak melakukan kerja menggunakan laptop ni!!!

Acer Chromebook 13 yang baru diperkenalkan di peringkat dunia dengan jangka hayat bateri 13 jam tanpa henti dan dikuasakan dengan Nvidia Tegra K1 SoC serta didatangkan dengan dua versi skrin.

Satu model mempunyai resolusi skrin 1366 x 768 piksel  dengan harga RM899 manakala satu lagi dengan skrin HD. Aku rasa dengan harga yang berpatutan dan daya ketahanan bateri yang panjang ni memboleh kita menggunakan laptop ini tanpa ada rasa kerisauan takut kehabisan bateri. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Banyak laptop dengan spesifikasi lebih tinggi dan canggih di pasaran sekarang.
SPESIFIKASI ACER CHROMEBOOK 13: 
Harga: Anggaran RM899, RM999
CPU: Nvidia Tegra K1 2.1GHz
Jangka hayat bateri: 13 jam
Skrin: 1366 x 768 piksel atau HD penuh 1920 x 1080
Tahap nipis: 18mm
Berat: 1.5kg
Memori: 2GB
SSD: 16GB
Skrin: 13.3 inciOS: Chrome OS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...