ads by nuffnang

Join The Best Followers

Sunday, May 3, 2015

Lepaking @ Gathering Dengan Kawan-Kawan

Dah lama tak lepak @ gathering dengan kawan-kawan ramai-ramai cap teh...

Sekarang jauh sikit dari kawan-kawan kampung nih...mbe hujung tahun ni boleh bertukar ke lembah klang boleh laa cap teh selalu....

Kampung.....oh kampung ku....terasa rindu...Ibu ku maafkan aku kerana sudah lama tidak pulang...😢

Thursday, January 15, 2015

Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan 2015

Kadar kelayakan pinjaman perumahan 2015. Untuk penjawat awam, kenaikan kadar kelayakan pinjaman ini adalah satu kebaikan. Tapi pada pendapat aku ada baik dan buruk, baiknya kita dapat membeli rumah idaman kerana harga rumah yang tinggi pada masa sekarang dan meningkat setiap tahun. Keburukannya pula ialah bayaran bulanan yang tinggi dan tidak setanding gaji yang diterima.

Jadi kena hati-hati dalam membuat keputusan dan bijak menilai kemampuan dalam membeli rumah kerana masa yang panjang untuk bayaran.

Tepuk dada tanya selera....😊

Ke Alam Persekolahan

12 Jan 15 - Pengalaman baru bermula. Abg long kini sudah bersekolah darjah 1, Aku dan Wife pun dapat pengalaman baru jugak sebab abg long anak sulung.

Alhamdulillah abg long tiada masalah hadir ke sekolah, cuma dia ada tanya hari ni balik pukul berapa?. Pagi sekolah rendah....rehat 1 jam setengah jam 2.30 petang mula kelas agama petang sampai pukul 5.

Malam...aku hantar mengaji Iqra. Setakat seminggu ni abg long masih senyum walaupun selepas kelas Iqra. Tenaga masih banyak...kadang kadang sebagai ibu bapa,kita yang terlebih risau takut anak anak tak dapat bertahan.

Aku yakin  abg long boleh sama macam orang lain....dan dah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak anak mendapat ilmu dan berjaya dalam hidup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...