Malik Torpedo
Cerita Aku Sendiri, Yang Mana Aku Suka Aku Tulis Haa...haa...
ads by nuffnang
Join The Best Followers
Sunday, May 19, 2019
Kehangatan AidilFitri 2019
Sunday, May 3, 2015
Lepaking @ Gathering Dengan Kawan-Kawan
Dah lama tak lepak @ gathering dengan kawan-kawan ramai-ramai cap teh...
Sekarang jauh sikit dari kawan-kawan kampung nih...mbe hujung tahun ni boleh bertukar ke lembah klang boleh laa cap teh selalu....
Kampung.....oh kampung ku....terasa rindu...Ibu ku maafkan aku kerana sudah lama tidak pulang...😢
Thursday, January 15, 2015
Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan 2015
Kadar kelayakan pinjaman perumahan 2015. Untuk penjawat awam, kenaikan kadar kelayakan pinjaman ini adalah satu kebaikan. Tapi pada pendapat aku ada baik dan buruk, baiknya kita dapat membeli rumah idaman kerana harga rumah yang tinggi pada masa sekarang dan meningkat setiap tahun. Keburukannya pula ialah bayaran bulanan yang tinggi dan tidak setanding gaji yang diterima.
Jadi kena hati-hati dalam membuat keputusan dan bijak menilai kemampuan dalam membeli rumah kerana masa yang panjang untuk bayaran.
Tepuk dada tanya selera....😊
Ke Alam Persekolahan
12 Jan 15 - Pengalaman baru bermula. Abg long kini sudah bersekolah darjah 1, Aku dan Wife pun dapat pengalaman baru jugak sebab abg long anak sulung.
Alhamdulillah abg long tiada masalah hadir ke sekolah, cuma dia ada tanya hari ni balik pukul berapa?. Pagi sekolah rendah....rehat 1 jam setengah jam 2.30 petang mula kelas agama petang sampai pukul 5.
Malam...aku hantar mengaji Iqra. Setakat seminggu ni abg long masih senyum walaupun selepas kelas Iqra. Tenaga masih banyak...kadang kadang sebagai ibu bapa,kita yang terlebih risau takut anak anak tak dapat bertahan.
Aku yakin abg long boleh sama macam orang lain....dan dah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak anak mendapat ilmu dan berjaya dalam hidup.
Friday, November 14, 2014
Ke Tahap Seterusnya -Next Level
Abg long habis tabika...tahun depan dah masuk tahap yang baru (next level) masuk darjah 1. Besar harapan ibu dan ayah pada anak anak zaman sekarang, bukan sahaja cabaran kehidupan yang akan anak anak tempuhi pada masa akan datang tapi di alam persekolahan lg banyak perkara yang perlu ditempuhi.
Yang pasti ibu dan bapa mesti memberi sokongan pada anak anak supaya mereka tahu arah tuju mereka, tetapkan cita cita apabila dewasa, apa yang perlu untuk mereka lakukan untuk mencapai cita cita tersebut. Sokongan dan dorongan itu paling penting, jangan hanya mengharapkan tugas untuk mendidik hanya pada sekolah sahaja. Dirumah kita ibu bapa adalah cikgu yang membentuk peribadi anak anak. Pendidikan adalah perkara yang paling penting masa sekarang ini.
Wednesday, August 20, 2014
ACER CHROMEBOOK 13 - Jangka Hayat Bateri 13 Jam
CPU: Nvidia Tegra K1 2.1GHz
Jangka hayat bateri: 13 jam
Skrin: 1366 x 768 piksel atau HD penuh 1920 x 1080
Tahap nipis: 18mm
Berat: 1.5kg
Memori: 2GB
SSD: 16GB
Skrin: 13.3 inciOS: Chrome OS
Thursday, June 5, 2014
Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar di Teluk Kemang
Hari ni abg long pergi Majlis Pelancaran Rakan Alam Sekitar di Teluk Kemang.
Kebetulan cuti,so boleh datang tengok aktiviti Pelancaran ni. Bagus juga,sekurangnya budak budak atau remaja ni boleh membantu dalam menjaga alam sekitar ni. Kalau kita nak negara kita maju dalam pelancongan....perkara pertama adalah kebersihan dan kecantikan...kalau kotor sapa nak datang kan...?
Jadi,aku sokong 100% (#_*)