ads by nuffnang
Join The Best Followers
Thursday, June 30, 2011
Segmen Automotif - Perlancaran Toyota Vios 1.5G Limited & Vios TRD Sportivo Terbaru 2011
Pelancaran Toyota Vios G Limited dan Toyota Vios TRD Sportivo (Dengan Bodykit, Grill depan, Sportrim, Seat dan sedikit penambahbaikan terbaru kepada Model Vios). Kini terdapat 6 Model Vios.
Dashboard Vios G limited dan Vios TRD Sportivo.
Grill terbaru Toyota Vios.
Toyota Vios TRD Sportivo dengan ciri-ciri terbaru.
Toyota Vios G Limited
Toyota Vios G Limited dijual pada harga RM89,600(OTR+Insurans) manakala Toyota Vios TRD Sportivo dijual pada harga RM92,000. RM2,300 lebih mahal.
Wednesday, June 29, 2011
Segmen Blog - Majlis Cukur Jambul Muhammad Haziq Irsyad bin Abdul Malik
Salam semua..ini Majlis Cukur Jambul anak kedua aku iaitu Muhammad Haziq Irsyad - 2 minggu yang lepas di Terengganu...Majlis ni dibuat selepas subuh, ustaz dan tetamu semua dari masjid.
Muhammad Haziq Irsyad bin Abdul Malik sedang tido sebelum Majlis tersebut.
Ustaz memberi Haziq Kurma yang disapu pada lelangit...
Fasa kedua ialah Gunting sedikit rambut Haziq, selepas Ustaz gunting...Haziq dibawa keliling tetamu dan para tetamu mengunting seorang sedikit rambut Haziq. (Gambar gelap cz ini waktu subuh dan jurugambar tak terlatih...hee..hee...jgn marah yer mama).
Habis jer gunting rambut, ada Pijak Pasir sama macam gunting rambut gak...ambil kaki Haziq letakkan tapak kakinya pada pasir yang diletakkan didalam dulang...tapi gambarnya xde la pulak...ni mama puyerr psl...
Ok..Jom kita terjah ke bahagian dapur....
Menu utama Majlis Cukur Jambul Haziq nie ialah Nasi Dagang. Pulut kuning dan bunga telur akan diberi pada semua tetamu untuk dibawa pulang...
Dah siap semua, tibalah acara akhir iaitu tetamu dijamu dengan sedikit jamuan - Nasi Dagang. Jemput Makan semua...
nampak kelambu tu kan?, abg long tak bangun lagi..dia demam jadi biarlh dia tidur.kesian abg long.
Selesai Majlis Cukur Jambul Haziq, Terima Kasih kepada Ibu Mertuaku yang sudi menjadi sponsor utama Majlis tersebut dan Moksu, Moktih, Abg Afiah serta semua yang hadir. Terima Kasih
Labels:
cukur jambul haziq
Tuesday, June 28, 2011
Segmen Automotif - Honda Insight (Teknologi Canggih Menjimatkan)
FUTURISTIK... reka bentuk Honda Insight menawan.
ANDA bijak kerana memilih kenderaan hibrid terutama pemandu di ibu kota apabila kerap berdepan kesesakan lalu lintas.
Enjin jentera itu akan dimatikan secara automatik apabila kenderaan berhenti sepenuhnya, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pencemaran udara.
Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang 'kepanasan' dalam kenderaan kerana sistem penyaman udara dan audio masih berfungsi seperti biasa.
Satu daripada model hibrid di negara ini ialah Honda Insight. Dari segi harga, ia dikatakan paling murah selepas kerajaan mengumumkan melanjutkan pengecualian cukai bagi kenderaan hibrid dalam Bajet 2011.
Faktor itu juga menjadikan ia satu kelebihan buat Insight dan memberi peluang lebih ramai memilikinya.
Bahagian hadapannya nampak tajam dengan rekaan aerodinamik bagi mengurangkan rintangan angin selain memberi imej garang, sporty serta dinamik.
Walaupun kenderaan ini kelihatan kompak, ruang dalamnya tetap memberi selesa kepada lima penumpang dewasa dengan enam ruang penyimpanan untuk bekas air.
Insight turut dilengkapi butang mod Econ pada bahagian kanan pemandu untuk meningkatkan penggunaan bahan api secara ekonomi yang dijana menggunakan sistem Motor Bantuan Bersepadu (IMA).
Selain itu, motor elektrik berkenaan mampu menghasilkan 13 kuasa kuda (hp) untuk membantu enjin dengan 'Intelligent Power Unit' (IPU) yang turut membekalkan tenaga kinetik di dalam sistem hibrid pada Insight.
Ia juga dikuasai enjin SOHC i-VTEC 1.3 liter diperbaharui mampu menjimatkan penggunaan minyak dan memberi pembakaran enjin sempurna.
Transmisi Pembolehubah Secara Terus (CVT) dipertingkatkan untuk memberikan pemanduan selesa dengan tork yang cepat bagi memberi prestasi enjin.
Oleh itu, tenaga yang dibekal untuk menggerakkan kenderaan ini sudah cukup mengagumkan terutama untuk pemanduan dalam bandar dengan kelajuan sederhana.
Contoh paling mudah untuk menguji sistem hibrid ini apabila berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana enjinnya dimatikan secara automatik, tetapi penyaman udara dan sistem lain tetap berfungsi. Bagaimanapun, enjin akan dihidupkan sekiranya pedal minyak ditekan secara mengejut untuk meningkatkan prestasi.
Panel meter yang boleh bertukar warna menunjukkan tahap penggunaan bahan api ketika menekan pedal minyak. Jika panel meter hijau, ia menunjukkan tahap penggunaan bahan api minimum.
Jika diterjah bahagian kabinnya, reka bentuk futuristik menjadikan Insight pakej yang seronok dipandu.
Panel meternya dilengkapi paparan pelbagai maklumat elektronik bagi memberitahu pemandu carta dan panduan.
Papan pemukanya yang dilengkapi butang sistem audio dan penyaman udara sungguh mudah ditekan.
Warna hitam yang memenuhi ruang kabin ini menampakkan eksklusif dan boleh mengurangkan kekotoran seperti makanan atau minuman yang tertumpah pada kerusi atau papan pemukanya.
Selain itu, antara yang menjadi kelebihan kereta ini adalah kemampuan pengendaliannya yang hampir sama seperti kereta konvensional.
Penghantaran kuasa, kendalian stereng serta keselesaan terutama di dalam kawasan bandar mengoptimumkan penggunaan kereta hibrid ini. Harga yang relatif rendah untuk teknologi hibrid pada kenderaan masih baru, Insight amat berbaloi jika anda mahu menukar kepada kereta mesra alam.
Bagi yang minat gaya yang lebih Sporty boleh mendapatkan Bodykit Modulo ataupun Bodykit Mugen seperti ini.
SPESIFIKASI
HONDA INSIGHT
ENJIN:
Enjin empat silinder SOHC, I-Vtec dengan IMA
KUASA MAKSIMUM:
88 ps (enjin) dan 14 ps (motor elektrik)
TORK MAKSIMUM:
121 Nm (enjin) dan 78 Nm (motor elektrik)
TRANSMISI:
Transmisi Pembolehubah Secara Terus (CVT)
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Beg udara, ABS dengan BAS
HARGA: bermula RM98,000.
Labels:
honda insight,
insight,
mugen insight
Thursday, June 23, 2011
Segmen Sensasi - Fahrin Ahmad Bakal Ganti Ustaz Dzul Sebagai Pengacara Imam Muda 2
Taniah..taniah...Bakal Penganti pengacara Imam Muda 2 iaitu Fahrin Ahmad bukannya menggantikan terus Ustaz Dzul sebagai pengacara Imam Muda 2. Hanya untuk sementara waktu sahaja. Ini kerana Ustaz Dzul terlibat di dalam kemalangan sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka dan lutut kiri. Ustaz Dzul menerima 12 jahitan di bahagian lutut kiri dan 8 jahitan di bahagian muka. Marilah kita sama-sama doakan agar Ustaz Dzul cepat sembuh.
Pemilihan Fahrin Ahmad sebagai pengganti sementara Ustaz Dzul sememangnya tepat. Fahrin ada ciri-ciri yang lengkap untuk menjadi pengacara Imam Muda. Aku suka sangat tengok Fahrin jadi pengacara contohnya macam rancangan Gadis Melayu dulu, Best bro...Jadi aku pun setuju sangat-sangat Fahrin jadi pengacara Imam Muda 2 nie!!!. Good Luck Fahrin...
Labels:
Fahrin Ahmad
Segmen Artis - Aishwarya Rai sah mengandung anak pertama
Bintang Bollywood dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai sah mengandung anak pertama.
Berita gembira itu didedahkan bapa mentuanya dan juga bintang veteran, Amitabh Bachchan dalam laman twitter, kelmarin.
“Berita! Berita! Berita! Tak lama lagi saya bergelar datuk...Aishwarya mengandung...saya sangat gembira dan teruja!!,” katanya.
Aishwarya, 37, berkahwin dengan anak lelaki Amitabh yang juga pelakon, Abhishek, 35, pada April 2007.
Jika semuanya lancar, ini adalah anak pertama pasangan itu dan sekali gus menjawab spekulasi di kalangan penulis kolum gosip India mengenai perubahan berat badan aktres berkenaan.
Amitabh kemudian berkata dia terharu dengan maklum balas pengikut dalam laman Twitter miliknya dan menerima 2,843 ‘tweets’ ucapan tahniah dalam setengah jam.
Menulis dalam laman blognya bigb.bigadda.com, dia berkata: “Kegembiraan dan kebahagiaan berada di sekeliling kami,” ujarnya, namun tiada maklumat mengenai tarikh bayi berkenaan dijangka dilahirkan.
Taniah kepada keluarga Amitabh Bachchan!!! aku memang suka sangat BOLLYWOOD nie hee...heee...
Labels:
Aishwarya Rai
Wednesday, June 22, 2011
Segmen Automotif - Honda City (The Speed Arrow)
PENGENALAN warna Putih Taffeta untuk model generasi ketiga Honda City memberi impak positif bagi menyerlahkan lagi wajah kenderaan itu. Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang suka dan minat dengan warna Putih.
Rekaan futuristik yang terdapat pada setiap sudut kenderaan itu dan ia lebih cantik berbanding versi terdahulu.
Ia menerapkan bentuk ‘arrowshot’ dengan menggunakan konsep anak panah supaya nampak agresif ketika meluncur laju di jalan raya atau berhenti di persimpangan lampu isyarat.
MENARIK...Honda City dilihat pada bahagian belakang.
Jentera ini adalah antara kereta sedan saiz sederhana yang menawarkan perspektif rekaan terbaru dan segar berbanding pesaing dalam kelas sama.
Ternyata reka bentuknya membuatkan ramai anak muda terpikat memilikinya sebelum menambah beberapa aksesori tambahan seperti rim sport, spolier dan aerokit lain bagi kelihatan lebih garang.
Di bawah bonetnya, enjin 1.5 liter i-VTEC ini lebih mantap dengan menjanakan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan cukup untuk memberi ‘kuasa’ di jalan raya.
Enjin ini juga menepati standard pengeluaran asap Euro 4 dan ia sama dengan dipadankan pada Honda Jazz.
KEMAS...papan pemuka yang mesra pada mata.
Selain itu, transmisi automatik lima kelajuannya boleh ditukar kepada manual dengan hanya menarik pedal belakang stereng.
Hanya menarik pedal kiri, gearnya ditukar lebih rendah untuk memberi daya pecutan bagi memotong jentera lain atau mendaki bukit yang lebih lancar.
Di bahagian dalam, ruang kabin sangat menakjubkan kerana ia lebih besar dari apa yang digambarkan dari luar.
Ini kerana empat penumpang dewasa mampu duduk dengan selesa, tanpa masalah pada ruang lega kaki atau kepala.
Ia turut dilengkapi material fabrik yang berkualiti, malah pelbagai butang audio dan penyaman udara tersusun kemas bagi memudahkan pemandu mencapai ketika memandu.
Ruang dalaman lebih segar dengan padanan warna gelap selain rekaan ruang kokpit yang kemas membuatkan penggunanya berasa selesa menaikinya.
Di bawah tempat duduk belakangnya pula terdapat ruang penyimpanan barang yang membolehkan pemilik menyimpan payung atau beg kecil.
MUDAH...disediakan tempat letak bekas minuman pada bahagian belakang.
LUAS...ruang boleh mengisi banyak barang.
Bahagian letak barang, but seluas 506 liter ini boleh membuatkan terkejut kerana boleh mengisi banyak barang dan sesuai bagi mereka untuk pulang ke kampung halaman.
Sistem audio juga antara yang dipertingkatkan kerana ia bersesuaian bagi mereka penggemar muzik kerana ia dilengkapkan dengan pemain CD pelbagai format serta kabel dan lubang plug untuk pemain digital seperti iPod.
SPESIFIKASI
HONDA CITY
ENJIN
Empat silinder 16 injap SOHC i-VTEC
KUASA MAKSIMUM
120 PS pada 6,600rpm
TORK MAKSIMUM
145Nm pada 4,800rpm
TRANSMISI
Lima kelajuan automatik
CIRI-CIRI KESELAMATAN
Beg udara berkembar SRS, ABS, EBD, BA.
HARGA
Bermula RM90,480
Labels:
city 2009,
honda city
Tuesday, June 21, 2011
Segmen Automotif - 2012 Honda Civic Sedan Concept
I like this more than the coupe! Nice job Honda! It’s good that they give love to the sedans. I also prefer the current FA5/FD2′s compared to their coupe counterparts.
Looks good!!!
Labels:
2012 honda civic,
new civic
Segmen Sensasi - Transformers 3 Trailer Super Bowl Spot
Movie yang paling aku tunggu-tunggu telah tiba...kena Booking awal-awal tiket Panggung Wayang!!!. Conform Meletup puyer Filem Transformers 3 nie!!!
Transformers 'Dark of The Moon' Super Bowl Trailer (720p) from Michael Bay Dot Com on Vimeo.
Labels:
Transformers 3
Subscribe to:
Posts (Atom)