ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, September 30, 2011

Segmen Sensasi - (GAMBAR)Majlis Perkahwinan Norman & Memey Tajaan Rafflesia

Wooowww...majlis tajaan Refflesia ni boleh tahan. ramai yang menaja....bertuah sungguh Memey n Norman Hakim. Semoga berbahgia keakhir hayat.

Klik like dibawah nie sorang sekali yer...tq all.

Monday, September 26, 2011

Segmen Sensasi - Gambar Majlis Persandingan Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Selesai sudah. Hanya dengan sekali lafaz, Memey Suhaiza kini sah bergelar isteri kepada Norman Hakim. Tahniah aku ucapkan kepada mereka berdua. Pada majlis tersebut, Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Gambar-gambar yg biasa jer...yang cantik dah ada tag orang punyer. so .... layanlah gambar gambar dibawah:


Sunday, September 25, 2011

Segmen Blog - Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

Petang tadi duk layan internet...tiba-tiba ternampak perkataan "Bonus" pastu baca lagi "Gaji Naik"....dalam hati aku wooowww...mintak-mintaklah dapat kedua-duanya.
ini yang aku nampak di YAHOO! NEWS. Jom baca...


Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.


Friday, September 23, 2011

Segmen Sensasi - (GAMBAR)Diana Amir Pakai Tudung Kerana Mimpi Kiamat

Diana Amir yang kini memakai tudung telah memberitahu Mstar Online yang dia mula memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie dan dia mula memakai tudung Isnin lalu.

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”

Katanya lagi:

“”Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”

Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang. Tahniah diucapkan atas penghijrahan ini dari Malik Torpedo. Sumber foto ini ialah dari Twitter Wardina Saffiyah.

Thursday, September 22, 2011

Segmen Sensasi - (GAMBAR)Majlis Perkahwinan Eira Syazira Dan Azad Jasmin

Selamat Pengantin Baru kepada Eira Syazira dan Azad Jasmin. Cantikan gambar yang diambil oleh G.I Photoshoot untuk majlis perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jasmin. Aku paling suka gambar-gambar hantaran yang ada patung tersangatlah comel. Kreatif sungguh. Apa pun jutaan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga hubungan anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...