ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, November 23, 2011

Segmen IT - Samsung Galaxy Y Ditawarkan Pada Harga RM499 Di Malaysia

Samsung Galaxy Y juga turut sama telah mula ditawarkan dipasaran Malaysia, dimana melalui laman Superbuy.my, peranti terbaru daripada Samsung yang disasarkan kepada pengguna remaja, dan pengguna awal peranti pintar.
Untuk pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Y ditawarkan pada harga RM499, membolehkan sesiapa yang berminat untuk menguji peranti Android, ataupun baru ingin berkenalan dengan dunia Android mampu memiliki peranti ini.
Samsung Galaxy Y S5360

FEATURES
OS Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
CPU 832 MHz processor
Messaging SMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
Browser WAP 2.0/xHTML, HTML
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes + downloadable
Colors Metallic Gray
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, MIDP 2.1

- SNS integration
- MP4/WMV/H.264 player
- MP3/WAV/eAAC+ player
- Organizer
- Image/video editor
- Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Quickoffice document viewer/editor
- Voice memo
- Predictive text input (Swype)

SPECIFICATIONS
GENERAL 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100
SIZE Dimensions 104 x 58 x 11.5 mm
Weight 97.5 g
DISPLAY Type TFT capacitive touchscreen, 256K colors
Size
240 x 320 pixels, 3.0 inches (~133 ppi pixel density)
- TouchWiz UI
- Touch sensitive controls
- Multi-touch input method
SOUND Alert types Vibration, MP3 ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes
MEMORY Phonebook Practically unlimited entries, Photocall
Call records Yes
Internal 160 MB
Card slot microSD, up to 32GB
DATA GPRS Yes
EDGE Yes
3G HSDPA, 7.2 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth Yes, v3.0 with A2DP, HS
Infrared port No
USB Yes, microUSB v2.0
CAMERA Primary 2 MP, 1600x1200 pixels
Features Geo-tagging
Video Yes, QVGA@15fps
Secondary No
BATTERY
Standard battery, Li-Ion 1200 mAh
Stand-by Up to 850 h (2G) / Up to 540 h (3G)
Talk time Up to 17 h (2G) / Up to 6 h 20 min (3G)

Segmen IT - Lenovo IdeaPad U300s Laptop Berkuasa Tinggi

ANDA mahukan laptop yang nipis tapi berkuasa tinggi? Mungkin inilah masanya untuk meninjau Lenovo IdeaPad U300s baru jenis ultrabook berkuasa tinggi dengan kuasa pemprosesan Intel Generasi Kedua Intel Core i7-2677M.

Selain tetapan Turbo Boost menambah kelajuan kepada 2.90GHz, ultrabook terbaru itu lengkap dengan memori 4GB DDR3 dalam bentuk SDRAM manakala saiz skrinnya seringkas 13.3 inci malah mempunyai tahap ketahanan bateri hingga lapan jam.

Tahap kenipisannya pula hanya 14.9mm tapi tidak sepadan kuasa teknologi Intel Advanced Cooling yang menyejukkan laptop untuk tempoh penggunaan lama.

Setelah Acer melancarkan Aspire S3, dan Asus dengan Zenbook di Malaysia baru-baru ini, kini Lenovo Malaysia turut sama memperkenalkan peranti nipis mereka kepada para pengguna tempatan, iaitu IdeaPad u300s. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM3299 melalui pengedar rasmi seluruh negara sekarang.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Lenovo IdeaPad U300s
HARGA: RM3,299
PEMPROSESAN: Intel Core i7-2677M (1.8GHz),
tambahan kepada 2.9GHz menggunakan Intel Turbo Boost
OS: Windows 7 Home Premium
RAM: 4GB DDR3 SDRAM
GRAFIK: Intel HD Graphics 3000
PAPARAN: 13.3 inci HD
BATERI: 4 sel Li-ion
SAMBUNGAN: 1 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, HDMI
SAIZ: kenipisan 14.9mm
BERAT: 1.28kg


Segmen Blog - Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012 (Malaysia lawan Syria)


KIM Swee bersama jurulatih Syria, Immad Khankan (kanan) di sidang akhbar di Wisma FAM, semalam menjelang perlawanan kelayakan Olimpik, malam ini.

Syria sasaran baru Harimau Muda

"MAIN di tempat sendiri tetapi kita umpama pasukan lawan. Syria sudah sampai di sini sejak Ahad sedangkan kita baru tiba pagi tadi (semalam)." Demikian luahan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee (kanan) menjelang aksi kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini - hanya dua hari selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA di Jakarta, malam kelmarin.


8.35 Malam ini,Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012 (Malaysia lawan Syria)


Round 3 Asian Qualifiers Olympic 2012 Draw

Group A
Korea Republic
Qatar
Saudi Arabia
Oman


Group B
Australia
Iraq
Uzbekistan
UAE


Group C
Japan
Bahrain
Syria
Malaysia



Mari kita semua rakyat Malaysia memberi sokongan padu pada pasukan kita.

Monday, November 21, 2011

Segmen Artis - Gambar Pernikahan Zahiril Adzim Dan Shera Ayob

Pelakon yang sedang meningkat naik, Zahiril Adzim telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon dan pengacara, Shera Aiyob di rumah Shera di Ipoh Perak hari ini. Shera menerima hantaran RM 18,000.00 dengan mas kahwin RM 1,001. Pasangan ini mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat. Majlis resepsi juga akan berlangsung hari ini di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dan untuk pihak lelaki, majlis sambut menantu akan diadakan di Shah Alam.

Sokong saya dengan KLIK "LIKE" Facebook Pages Malik Torpedo....

Friday, November 4, 2011

Segmen Automotif - Model kereta global Proton P3-21A di pasaran Februari 2012

Memetik sumber dari pelbagai media hari ini, Proton Holdings Bhd (Proton) bakal mengeluarkan kereta global pertama sepenuhnya pada Februari tahun depan. Selaras dengan perancangan itu, Proton akan mengkaji semula kedudukan kesemua 108 vendornya, di mana ketika ini 20 vendor pertama sedang dinilai.

Bagi menghasilkan sebuah model kereta bertaraf global, Proton memerlukan setiap vendor menghasilkan peralatan dan komponen berkualiti tinggi dan menepati piawaian bertaraf antarabangsa. Menurut Pengarah Urusannya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Proton tidak akan teragak-agak untuk menamatkan kontrak mana-mana vendor yang gagal mencapai syarat piawaian dan standard ketat yang telah ditetapkan.

Proton kelmarin telah melancarkan persediaan untuk mengeluarkan kereta global P3-21A di kilang Proton Tanjung Malim, Perak dan pada masa yang sama turut mendedahkan casis kereta global tersebut kepada media. Menurut Syed Zainal, model yang telah dikemukakan sebagai kereta konsep di KLIMS 2010 pada tahun lepas itu telah menarik minat ramai pengeluar global OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk dijenamakan semula.
Proton P3-21A boleh dikatakan besar kemungkinan ialah model konsep Proton Tuah (Proton Espire) yang ditayangkan kepada umum di KLIMS 2010 pada Disember tahun lepas. Bentuk casis yang ditunjukkan oleh Proton juga menyamai rekabentuk luaran Proton Tuah. Selain itu tempoh pengeluaran pertamanya pada Februari 2012 depan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, jadi tidak syak lagi model spsyhot Proton yang telah didedahkan di dalam internet sebelum ini dan dikenali sebagai Persona R ialah model P3-21A.
Proton telah pun menguji dengan ekstensif model global P3-21A di jalan raya di seluruh negara sejak awal tahun ini. Jadi mereka sudah mempunyai masa dan maklumat yang secukupnya untuk mengeluarkan kereta tersebut secara besar-besaran mulai Februari depan. Menurut sumber dalaman, model tersebut akan ditawarkan pada harga antara RM65K sehingga RM75K di pasaran tempatan.
Selain dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan piawaian spesifikasi yang ditetapkan oleh negara-negara maju di seluruh dunia, P3-21A atau Persona R dalam segmen C itu akan dilengkapi enjin CamPro bersesaran 1.8L dan 2.0L dengan sistem pengecas turbo. Proton P3-21A akan dilancarkan di pasaran global selepas enam bulan pelancarannya di pasaran tempatan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...