12 Jan 15 - Pengalaman baru bermula. Abg long kini sudah bersekolah darjah 1, Aku dan Wife pun dapat pengalaman baru jugak sebab abg long anak sulung.
Alhamdulillah abg long tiada masalah hadir ke sekolah, cuma dia ada tanya hari ni balik pukul berapa?. Pagi sekolah rendah....rehat 1 jam setengah jam 2.30 petang mula kelas agama petang sampai pukul 5.
Malam...aku hantar mengaji Iqra. Setakat seminggu ni abg long masih senyum walaupun selepas kelas Iqra. Tenaga masih banyak...kadang kadang sebagai ibu bapa,kita yang terlebih risau takut anak anak tak dapat bertahan.
Aku yakin abg long boleh sama macam orang lain....dan dah menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan anak anak mendapat ilmu dan berjaya dalam hidup.