Salam semua...setiap ibu bapa pasti risau dan bersikap berjaga-jaga ketika menyuap bayi makan. macam jugak aku. kalau tersedak tu "Aduh risau sungguh" ... cepat-cepat aku tiup ubun-ubun kepala anak aku haziq ni. sekarang dah 1 tahun lebih...yang jadi risau pulak sekarang haziq selalu kutip benda yang dia nampak atas lantai dan masukkan kedalam mulut.
So aku pesan kt wife aku jangan bagi ada mainan atau apa benda kecil yang muat mulut haziq ada atas lantai atau tempat yang haziq boleh ambil.
sedikit tip untuk dikongsikan dengan semua kawan-kawan dan pelawat:
Tip mengelak bayi tercekik ketika makan:
Apabila bayi mula menyuap sendiri makanan, pastikan mereka berada di bawah pengawasan ibu bapa. Jangan sesekali membiarkan mereka makan bersendirian.
Ketika menyediakan makanan seperti sayur, buah, ikan atau ayam, ibu harus memastikan ia dipotong kecil. Ini bagi memudahkan bayi makan dengan tenang dan selesa.
Makanan seperti gula-gula, kacang dan buah-buahan yang keras perlu dielakkan. Anak-anak memang suka gula-gula atau makanan manis tetapi sebagai ibu bapa anda perlu tegas dan cuba mengelak daripada memberikan kepada anak-anak.
Buah-buahan berbiji seperti tembikai, anggur dan pear perlu dibuang bijinya terlebih dulu. Buah itu pula perlu dipotong kecil supaya senang dikunyah.
Bayi akan makan dengan banyak ketika lapar dan akan berhenti selepas kenyang walaupun ketika itu ibu masih menyuap makanan. Bayi tidak boleh dipaksa untuk terus makan dan ibu harus berhenti menyuap makanan apabila anak-anak sudah kenyang.
Sebelum menyediakan makanan, pastikan tangan bersih kerana bayi mudah dijangkiti kuman sekiranya ibu bapa tidak menjaga kebersihan.
ads by nuffnang
Join The Best Followers
Thursday, July 12, 2012
Monday, July 9, 2012
Bukan peniaga tu jer terkejut!, Aku pun terkejut ‘durian dalam durian’
Kuasa Allah S.W.T tiada yang patut dipersoalkan atau dipertikai!, Durian dalam durian memang menarik dan ajaib. buka jer Sinar Harian terbaca tajuk ni...memang hebat ciptaan Allah S.W.T ni...
jom baca sinar harian...
KOTA BHARU - Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.
“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.
Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.
“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.
“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.

Labels:
‘durian dalam durian’
10 fakta menarik mengenai durian
Baru petang semalam balik kampung ambil durian, walaupun 1 pokok jer tapi banyak buah dalam 50-70 biji tak terkira atas pokok tu dan isinya kuning serta sedikit pahit. memang best giler....terima kasih mak cz simpan, lagi pun banyak lagi atas pokok tu..hee...hee....aku kongsikan sedikit fakta mengenai buah durian ni.
10 fakta menarik mengenai durian:
1. Tinggi kalori? Ramai yang menganggap durian mempunyai kandungan kalori (kcal) yang tinggi dan menggemukkan. Tahukah anda, seulas durian hanya mempunyai 50 kcal? Bagi saya, kandungan kalori itu tidak begitu tinggi.
2. Tinggi kolesterol? Durian atau sebarang jenis buah sekali pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang daripada sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.
3. Tiada nilai nutrisi? Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus.
4. Tinggi lemak? Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu.
5. Tinggi gula? Satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Jika anda makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat.
6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.
7. Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis? Memang betul tapi itu bukan soal durian semata-mata kerana mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sememangnya harus mengawal pengambilan gula dalam makanan atau minuman mereka.
8. Kurangkan tekanan? Itu bergantung tetapi durian mengandungi asid amino dikenali sebagai tryptophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin yang menyebabkan kita mengantuk. Justeru, anda akan lebih senang tidur, ringan dan tenang.
9. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah.
10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. Bagi saya, satu atau tiga ulas sekali makan sudah memadai.
Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai pemilihan kudapan yang bukan saja mudah malah seimbang dan mempunyai jumlah 300 kalori (kcal). Dalam soal diet, saya selalu tekankan pentingnya makan paling kurang lima kali sehari iaitu dengan mengambil sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan dan makan malam.
Kebiasaannya, orang ramai tiada masalah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam tetapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan kudapan.
Oleh itu, ikuti langkah berikut dalam memilih kudapan untuk waktu pagi dan petang.
Sumber karbohidrat
Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti dan biskut.
Sumber protein
Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu dan soya.
Jumlah kalori
Nilai kalori kudapan bergantung kepada keperluan kalori seharian (DCR) anda. Katakan ia 2,000 kcal, jadi anda perlu menganggarkan pengambilan untuk setiap hidangan, termasuk kudapan sebanyak 400 kcal.
Serat
Hendak mengawal nafsu makan? Pastikan adanya serat seperti oat, bijirin penuh dan roti perang.
Mudah dan praktikal
Pastikan pilihan kudapan itu mudah diamalkan, juga ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan di dalam laci meja dan tidak mengambil masa yang lama untuk dihidang dan dimakan.

Malik Torpedo telah kembali( i'm back)
Salam semua,setelah hampir 5-6 bulan tak update blog ni. sekarang aku wat keputusan bahawa blog aku ni mesti hadir dengan imej yang lebih baik dan bersih. jadi aku telah delete post-post yang ada unsur seksi,fitnah dan aku rasa tak sepatutnya berada di blog aku serta amat berharap kawan-kawan sekalian dan pembaca blog aku ni sudi-sudilah selalu melawat blog aku ni dan like pages Facebook Malik Torpedo. Terima kasih...
Monday, May 7, 2012
Blog Malik Torpedo akan Ditutup buat Selama-lamanya!!!!! Selamat Tinggal
Assalammualaikum semua, terlebih saya ingin memohon maaf kerana akan menutup blog ini untuk selamanya. ini kerana saya tidak mahu lagi bergosip atau pun bercerita mengenai hal artis atau orang-orang atau sesiapa pun. Blog ini akan ditutup sepenuhnya sebelum bulan Ogos 12.
Saya akan menumpukan perhatian pada blog baru saya iaitu Info HandPhone. dimana dengan blog ini saya akan bercerita mengenai teknologi gadget-gadget terkini yang sedang hangat dipasaran dan akan datang seperti Samsung Galaxy Tab,iPad 3, Ultrabook, dan banyak lagi produk-produk terkini dari syarikat terkemuka seperti Apple,Samsung,Acer,Toshiba,LG,Lenovo,ASUS,Dell dan banyak lagi. oleh itu sudilah saudara saudari dan kawan-kawan semua klik like pada blog tersebut bagi mendapatkan Info terkini Blog Info HandPhone terus ke Facebook anda. Sila melawat Blog Info HandPhone. klik DISINI
Terima Kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini. TQ All

Blog Info HandPhone
Monday, April 30, 2012
Pengumuman-Lama dah aku tak update blog aku yang ini....!!!
salam...semua. laama dah aku tak update blog ini . asyik update blog Info HandPhone jer. apa pun aku tengah sibuk sikit kebelakangan ini. ditambahkan lg baru pindah rumah baru(nak masuk sebulan daa), aku dah apply streamyx tapi katanya tiada pod kosong untuk pasang talian aku dan sekarang tengah upgrade tambah line lagi serta aku diminta tunggu paling cepat pun 3 bulan.
Blog Info HandPhone pun aku update di pejabat selepas waktu kerja. bukan tak nak guna broadband biasa tapi aku perlukan line internet yang stabil dan terbaik. aku paling benci yang lembab,tersekat, buffering lama-lama dan ada masalah upload dan download. tambah-tambah lagi anak kesayangan ku yang sulung memang suka layan youtube...so kalau internet slow dia akan mengamuk bila video tersekat.......that why i need streamyx.
Ermmm....I'Allah aku akan kembali aktif bila dah ada internet di rumah nanti until then. jarang-jarang laa aku update blog ni!.
Terima kasih semua....

blogger terbaik
Monday, April 23, 2012
Berjuang Hingga Keakhirnya
Semangat juang yang Kental serta Jati diri yang tinggi menjadikan tentera adalah yang terbaik. aku tabik hormat pada askar ini walaupun tumbang tapi mereka melakukan yang terbaik. Yang Insan biasa lain xmampu lakukan.
Labels:
Berjuang Hingga Keakhirnya
Subscribe to:
Posts (Atom)