ads by nuffnang

Join The Best Followers

Sunday, January 20, 2013

Harga melampau tinggi Nexus 4 tidak laris

Selain Galaxy Note II dan Galaxy SIII, handphone Android paling popular kebelakangan ini pastilah handphone Google generasi keempat LG Nexus 4, di Malaysia tidak di jual versi 8GB, peniaga di malaysia hanya menjual versi 16GB yang berharga US$299 iaitu tak sampai RM750 pun, tapi wakil penjual di Malaysia menjualnya dengan harga setinggi RM1649, lebih sekali ganda dari harga asal memang melampau betul!. Walaupun dapat di naik taraf ke Android terbaru dengan secepat mungkin tetapi harganya terlalu tinggi. Bagi aku lebih baik beli handphone quad-core yang lain.

Samsung Galaxy SIII Mini - Lebih ringan + Mesra pengguna

Samsung Galaxy SIII Mini, aku dah tengok dan boleh tahan jugak rupanya. Dengan konsep alam semulajadi Galaxy S III mini yang berharga RM1199 menggunakan skrin Super EMOLED 4 inci yang sememangnya cantik. Berat 120g selesa dipegang, fungsi fungsi pintar yang ada termasuk Smart Stay, Direct Call, Best Photo, GPS Dwi satelit dan banyak lagi.

Samsung Galaxy S III mini ini menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Beans dan menyokong Google Now, mempunyai prosesor dual-core ST-Ericsson NOVAThor U8420 1GHz berserta 1GB RAM/8GB ROM.

Selain itu, Galaxy S III mini ini juga dilengkapi kamera 5.0MP dengan lampu flash LED. Menyokong fungsi komunikasi jarak dekat (NFC) dimana fail,video,muzik dan sebagainya boleh dihantar kepada peranti NFC lain dengan segera.

Untuk pengetahuan Samsung Galaxy S III mini ini juga ditawarkan dalam pakej rebat RM200 dari syarikat telco malaysia menjadikan harganya hanya RM999 selepas rebat RM200. Cuba tengok di UMobile atau Digi.

Kelebihan: Badan yang lebih ringan dan kecil sangat sesuai untuk pengguna wanita. Skrin Super EMOLED dengan paparan yang cantik.

Kelemahan: Lebih tebal dari Galaxy S III, prosesor dual core dan spesifikasi yang diturunkan berbanding Galaxy S III yang asal menggunakan prosesor quad-core.

Processor: Dual-core 1GHz

Screen: 4-inch WVGA Super AMOLED

Operating System: Android 4.1: Jelly Bean

Camera: 5-megapixel LED flash/front-facing VGA

Storage: 8/16GB, microSD card slot

Battery: 1500mAh

Connectivity: NFC, Bluetooth 4.0, WiFi, GPS

Dimensions/Weight: 121.55x63x9.85mm/111.5g

Friday, January 18, 2013

HTC Butterfly dah tiba di Malaysia....Piiiweeeeettttt


Tahun 2013 akan jadi perang SmartPhones aku rasa, baru jer Samsung keluar Samsung Galaxy S3 Mini...ni HTC Corporation pula mengumumkan HTC Butterfly dah ready dipasaran, HTC Butterfly akan di operasikan dengan Android Jelly Bean yang terbaru pastu buh pulak skrin penuh 5-inci HD dengan paparan penuh 1080p + HTC Sense ,memori sedia ada 16GB dan boleh ditambah dengan micro sd card sehingga 32GB.

HTC Butterfly ni menggunakan cip pemprosesan paling terkini dan paling laju yang dilancarkan di CES baru-baru ini iaitu quad-core 1.5GHz Qualcomm ® Snapdragon S4....laju ni kalau korang buka youtube di phone korang 10 saat,HTC Butterfly ni mau 2-3 saat jer, kamera bersaiz 8 megapiksel dengan auto fokus,LED flash dan sensor BSI (BSI ni aku tak tau,kena kaji dulu..teknologi baru kot), Kamera depan 2.1 megapiksel(1080p untuk video chat dgn awek, asyik awek jer cubalah video caht dgn mak kita pulak barulah anak mithali ish..ishh) sistem bunyi studio dengan Beats Audio dan bateri berkapasiti 2020mah . Harganya? RM2,299.

Cantik sungguh HTC Butterfly ni macam awek kt pasar malam tadi...perghhhh...mula laa tergugat keimanan...nak beli Note 2 ka? HTC Butterfly ka? Lol..... (^_^)

Monday, January 14, 2013

Senarai Telefon untuk Rebat RM200 Maxis

Senarai telefon 3G untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia PKB daripada Maxis bagi plan postpaid dan prepaid.

Buat perbandingan dahulu dan kaji dulu kemampuan kerana semua telefon yang ditawarkan untuk rebat mengkehendaki anda mendaftar plan pospaid dan prepaid...jadi fikir semasak masaknya sebelum mengambil mana mana pakej plan untuk rebat telefon pintar 3G ni...buat pilihan yang terbaik.

Senarai Telefon Rebat RM200 Maxis

Untuk Pakej Prepaid Maxis

Untuk Pakej Pospaid Maxis

Thursday, January 10, 2013

Galaxy Tab 2 10.1 aku dapat kemaskini Android 4.1.1 Jelly Beans


Wahhh.....hepppy aku malam ni bila tab aku dapat kemaskini android 4.1.1 jelly beans , sebelum ni ice cream sandwich jerrrrr.......
Aku ingatkan tab 2 tak akan ada kemaskini yang melebihi ice cream sandwich....aku silap rupanya....

Untuk cuba tengok samada tab korang boleh update ke jelly beans atau ada update, pergi ke setting, about device, software update dan update......terpulang lah nak guna wifi atau data pada tab korang.....

Interface baru,keypad baru,susunan applikasi baru dan banyak lagi...tengah explore lagi ni tengok apa lg yang update bersama jelly beans terbaru ni....hee...hee....jangan jelous .....yeeeeeaaaahaaaaaa.....jelly beans bro....mantap. aku suka betul dengan android...love u android...

Wednesday, January 9, 2013

Senarai Telefon Pintar 3G untuk Rebat RM200 dari UMobile

Baru kejap tadi aku daftar untuk rebat RM200 yang kerajaan bagi PKB ni, pastu aku pun mencarilah telefon apa yang boleh dibeli guna rebat ni...

Senarai Telefon Pintar 3G untuk Rebat RM200 dari UMobile
(klik pada gambar untuk besarkan)
Tengok kat Celcom,hanya Samsung Galaxy Y sahaja ada tu pun kena ambil dengan pakej plan dia...berniaga sungguh celcom nih....maxis pun Samsung Galaxy Y jugak, Digi ada 4 telefon 3G.

Kemudian aku check tengok web umobile ni...terbaiklah umobile, banyak pilihan telefon pintar yang umobile tawarkan...mungkin kena ambil data plan jugak rasanya, apa pun pergi tanya dulu...pastu bagi free pulak "U Mobile Prepaid Starter Pack with preloaded UMI 28 (worth RM28)". inilah yang rakyat Malaysia mahukan...

siapa rasa nak ambil peluang menggunakan telefon 3G boleh cepat cepat isi borang pakej komunikasi belia tu,print dan terus ke kedai syarikat komunikasi yang korang rasa dia bagi tawaran yang menarik....boleh fb dalam kereta,whatsapp,tangkap gambar dan macam lagi...cepat cepat sapa cepat dia dapat....hee..hee... (^_^)

Nokia Malaysia Mengumumkan Nokia Lumia 620 Boleh Dibeli Bermula Jumaat Ini

Tengok facebook tadi nampak post dari Nokia Malaysia mengumumkan ketibaan Nokia Lumia 620 yang dioperasikan oleh windows 8 dan boleh dibeli di kedai kedai terpilih bermula jumaat nanti.
Antara yang menarik menegenai SmartPhones Windows 8 Nokia Lumia 620 ni, paparan skrin 3.8 inci LCD+ClearBlack , kamera 5 megapixel+autofocus+LED Flash dengan teknologi Smart Shoot, pemproses 1 GHz dual-core SnapDragon S4 yang terkini sekarang ini, bateri 1300 mAh,NFC,Nokia Maps dan banyak lagi.

Dapat rebat RM200 ni boleh la beli Nokia Lumia 620 bagi yang berminat dan ingin mencuba kehebatan Windows 8 Phone dari Nokia yang memang terkenal dengan kualiti produknya serta kehebatan teknologi yang ditawarkan. Dengan harga yang berpatutan serta dioperasikan oleh Windows 8, Nokia Lumia 620 ini dijual pada harga RRP RM799 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu kuning,hitam dan putih.
Kalau aku dapat rebat nanti mungkin aku akan beli Nokia Lumia 620 ini. Ini kerana Nokia Lumia 620 adalah satu-satunya smartphones windows 8 yang paling murah dipasaran sekarang ini dengan spesifikasi yang tinggi yang tak mungkin kita dapat dengan harga ini dari pengeluar telefon pintar lain.

Info: Nokia Lumia 620

Dioperasikan: Windows 8
Pemproses: 1 GHz dual-core SnapDragon S4 processor
Kamera: 5 MP autofocus dengan LED Flash + Smart Shoot
Paparan skrin: 3.8 inci dengan Capacitive Multipoint-Touch
Berat:127 g
Harga: RRP RM799
Keistimewaan: SmartPhones Windows 8 dengan spesifikasi yang tinggi pada harga RM799.
kekurangan: kapasiti bateri 1300 mAh yang mungkin akan menghadkan penggunaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...