ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, June 4, 2014

My Hero

Anak-anak

My Hero...anak anakku...
Tiada harta yang sama nilainya dengan ana-anak,hari hari berdoa semoga anak anak kita menjadi manusia yang berjaya didunia dan akhirat.

Dengan keadaan sosial serta masalah masalah yang lain,aku memang risau dengan masa depan anak anak aku ini,ibu bapa lain pun sama aku rasa...apa yang penting ialah kita bagi ilmu Agama dan ilmu dunia yang secukupnya supaya anak anak kita tak tersesat dalam dunia yang penuh dengan cabaran hari ini.

Monday, May 19, 2014

Mandi Pantai dah jadi aktiviti mingguan aku dan keluarga

Dulu boleh kata setahun 2 kali pergi berkelah di pantai...sekarang dah tinggal di Port Dickson nie...dah jadi aktiviti mingguan pulak...haa...haa....

Anak-anak pun suka mandi pantai....janji ada aktiviti riadah di hujung minggu dan yang paling penting wife dan anak-anak suka n enjoy....

Monday, March 17, 2014

Lenovo Vibe Z


Teruja juga aku dengan smartphone terbaru Lenovo,Lenovo Vibe Z.serba sedikit kehebatan Vibe Z.

Vibe Z dilengkapi teknologi tercanggih industri mudah alih apabila dipacu pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz, 2GB memori, 16GB storan binaan dalaman dan skrin multi-sesentuh seluas 5.5 inci definisi tinggi penuh (Full HD)

Telefon pintar menggunakan platform Android 4.3 itu turut memiliki kamera belakang tertinggi berbanding telefon pintar di pasaran iaitu mencecah 13 Mega Piksel (MP) dan kamera depan 5MP yang dimuatkan dalam binaan hanya setebal 7.9mm dan seberat 147 gram.

Vibe Z akan mula dijual di rangkaian kedai milik Lenovo Smartphone Retail Partners bermula 15 April pada harga RM1,799.

Friday, December 20, 2013

Aku perlu hilangkan 5 kilo berat badan....argggghh

Aduh...BMI lebih, pening jugak memikir...aku kena kurangkan 5 kilo atau 6 kilo untuk dapatkan BMI yang ok.

Kena tanamkan azam ni, start minggu depan kena paksa diri minum air kosong sebanyak mungkin dan jogging setiap hari.....

Thursday, June 6, 2013

Sehari di Taman KLCC

Cuti sekolah...kesiankan anak anak tak berjalan kemana mana. Selalunya ke pasaraya jer...kalau tak ke Tesco tentu Jusco.

Kali ni mamanya cadang  bawa anak anak mandi di taman KLCC...memang cantik tempatnya. Ada tempat mandi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, playground yang agak besar serta kawasan taman yang cantik.

Balik jer dari Taman KLCC...abg long pon cakap "ayah...esok kita datang lagi tau, best kt cni"....

Friday, March 15, 2013

Aku teruja dengan Samsung Galaxy S4


Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia termasuklah aku, iaitu Samsung Galaxy S4.

Samsung Galaxy S4 lebih kurang menyerupai Galaxy S3, tetapi dikatakan oleh Samsung lebih nipis, ringan dan solid berbanding sebelum ini.

Samsung Galaxy S4 didatangkan dengan sokongan 3G dan juga 4G LTE, selain menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, membawakan skrin pada kadar ketumpatan 441PPI. Samsung juga turut sama kelihatan menyertakan sokongan IR, untuk memudahkan pengguna untuk mengawal televisyen dan sebagainya.


Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.
 Antara fungsi yang dikatakan Samsung adalah termasuk sokongan dwi-kamera, Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air View, S-Translator, Group Play, S-Health, dan beberapa yang lain. Untuk dwi-kamera, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera belakang dan juga kamera hadapan serentak pada peranti Galaxy S4. Ini sekaligus mengelakkan perakam gambar daripada terlepas menyertai memori-memori yang dirakamkan.

Jom tengok kehebatan Samsung Galaxy S4 pada Video Dibawah.


Peranti ini dijangka akan dijual bermula daripada penghujung April ini. Harga aku rasa sama dengan SIII masa mula-mula keluar dulu RM2299.







 

Monday, February 18, 2013

Bercuti D Cameron Highlands (^_^)

Hujung bulan jan lepas buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Cameron Highlands...pertama kali? orang lain dah pergi berkali-kali tapi aku ni laa pertama kalinya....

Sekali sekala bawa family bercuti ni best jugak walaupun singkat cuma 1 hari 1 malam...bertolak dari Felda Sebertak dah tengahari sampai dah petang check in hotel, rehatkan badan jap...abg long n haziq excited sangat tidur kat hotel ni...
Dua hero aku

Dah selesai rehat, mandi dan dah segar keluar g cari kedai dulu..perut lapar bro...nasib hotel dekat dengan kedai makan dan pasar malam Brinchang tu yang penting!.
(dah xhencem seperti dulu!, dulu aku hensem ke?haa..haaa...)

Ni yang tak berapa gemar ni, tiru aksi gangnam style...kononnya menerap dalam lif...kotor laaa baju tu abg long.... Bangun!!!!

Ok dah selesai isi perut...jom p pasar malam kita tengok apa yang ada....disepanjang jalan nak ke pasar malam ada kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan untuk pengunjung Cameron Highlands seperti baju sejuk,cap,sarung tangan dan macam-macam lagi....sejuk tau waktu aku p ni...pergghhhh tak tahan kena angin malam kat sini.....
  Abg Long dengan sarung tangan,cap dan scarf baru beli ....sejuk!!!
banyak cenderahati untuk dibawa pulang..kot kot laaa nak bagi kepada ahli keluarga ke?kawan-kawan ke?
Pantang jumpa ultraman

@ pasar malam brinchang...macam macam ada kat sini dan orang pun ramai sangat susah nak jalan.

Hari kedua pergi beberapa tempat antaranya Ladang Stawberry ni...haa... nak bagi isteri dan anak-anak petik sendiri starwberry ni...best dan sedikit merbahaya sebab di lereng bukit jadi kena hati-hati...ada jugak ladang strawberry kat tanah rata...

Nasiblah bangla yang duk jaga tu tak nampak....haisss abg long ni sambil kutip sambil makan la pulak...sedap abg long kata (^_^)

Ayah....Strawberryyyyy.......kata haziq pada aku...

banyak lagi gambar kenangan di Cameron Highlands ni....dan banyak lagi tempat tak sempat pergi. singkat sangat, sampai petang sabtu petang ahad dah kena balik, eloknya pergi tidur 2 malam baru tenang nak berjalan tak payah nak kalut kalut....next time I'Allah aku pergi lagi ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...