ads by nuffnang

Join The Best Followers

Sunday, May 29, 2011

Sendayan ganti TUDM Kuala Lumpur (Sungai Besi)



Salam semua, sayang sungguh TUDM KL akan dipindahkan ke Sendayan. Kawasan Sendayan yang terletak 12 Kilometer dari Seremban diUmumkan sebagai lokasi baru menggantikan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur/Sungai Besi yang telah menjadi Pangkalan Udara sejak Tahun 1965.

Helikopter Nuri TUDM yg kini beroperasi di TUDM KL

Info Lapangan Terbang Sungai Besi

#Mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada 1948.
#Kapal Terbang Pertama Mendarat adalah pesawat British B.O.A.C pada tahun 30 an.
#Ia juga lapangan terbang pertama dinegara ini dengan asalnya diberi nama Lapangan Terbang Sempang.
#Diistiharkan sebagai lapangan terbang antarabangsa yg pertama oleh Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1 Ogos 1956 serentak dengan pembukaan rasmi bangunan baru yang pada waktu itu berharga RM590,000.
#Memiliki landasan sepanjang 273 Meter.
#Dikenali dengan pangilan Airport Lama dan berfungsi sebagai lapangan terbang utama hingga 1965 sebelum peranan itu diambil alih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hingga 1999.
#Sejak itu, lapangan terbang ini menjadi Pusat Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dan Unit Udara Polis DiRaja Malaysia.

Ape-ape pun diharapkan TUDM yang akan dibina di Sendayan lebih Canggih dengan Fasalitas yang Menarik dan Terbaik di Asia.

Klik like sekali tau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...