ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, March 15, 2013

Aku teruja dengan Samsung Galaxy S4


Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia termasuklah aku, iaitu Samsung Galaxy S4.

Samsung Galaxy S4 lebih kurang menyerupai Galaxy S3, tetapi dikatakan oleh Samsung lebih nipis, ringan dan solid berbanding sebelum ini.

Samsung Galaxy S4 didatangkan dengan sokongan 3G dan juga 4G LTE, selain menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, membawakan skrin pada kadar ketumpatan 441PPI. Samsung juga turut sama kelihatan menyertakan sokongan IR, untuk memudahkan pengguna untuk mengawal televisyen dan sebagainya.


Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.
 Antara fungsi yang dikatakan Samsung adalah termasuk sokongan dwi-kamera, Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air View, S-Translator, Group Play, S-Health, dan beberapa yang lain. Untuk dwi-kamera, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera belakang dan juga kamera hadapan serentak pada peranti Galaxy S4. Ini sekaligus mengelakkan perakam gambar daripada terlepas menyertai memori-memori yang dirakamkan.

Jom tengok kehebatan Samsung Galaxy S4 pada Video Dibawah.


Peranti ini dijangka akan dijual bermula daripada penghujung April ini. Harga aku rasa sama dengan SIII masa mula-mula keluar dulu RM2299.







 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...