ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, August 26, 2011

Segmen Sensasi - (GAMBAR)Berseri-Seri Wajah Marion Caunter Yang Mengandung


Dulu kita sering melihat Marion di rancangan 8TV Quickie, yang kini telah berkahwin dan mengandungkan anak kepada suaminya SM Nasarudin SM Nasimuddin. Comel Marion dan bertambah berseri-seri wajahnya ketika mengandung sekarang.
Ikutkan kemahuan hatinya dan suami, SM Nasarudin SM Nasimuddin, 27, yang dikahwini pada tanggal 17 Disember 2010, berita kehamilannya kalau boleh tidak mahu dihebahkan dulu kepada umum.

Namun, statusnya sebagai selebriti menghalang Marion daripada berbuat demikian apatah lagi kandungan yang sedang membesar itu tidak boleh lagi dilindungi.

Dan cerita Marion apabila dia cuba mengesahkan kehamilannya tersangatlah cute:-

Saya berada di Singapura ketika itu bagi menjalani rakaman program E! News. Saya rasa aneh sebab lewat datang bulan lalu ke farmasi membeli alat ujian kehamilan. Ujian pertama positif mengandung bagaimanapun saya sengaja membuat ujian itu sebanyak empat kali untuk memastikan keputusan itu benar-benar tepat. Keempat-empatnya menunjukkan tanda positif. Saya kemudian menghubungi Nasa dan dia menyambut perkhabaran itu dengan rasa cukup gembira. Sebelah malam dia menghubungi saya semula dan meluahkan lagi rasa gembira yang tidak terkata.
PROFIL

NAMA: Marion Rose Caunter Abdullah
PANGGILAN: Marion
TARIKH LAHIR: 5 November 1980
USIA: 31 tahun
ASAL: Pulau Pinang
ZODIAK: Scorpio
SUAMI: SM Nasarudin SM Nasimuddin
PENDIDIKAN: Ijazah Komunikasi & Penyiaran dari Marquette University, Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat
PENGALAMAN MENGACARA: TV Quickie, Latte at 8, Flava, One in a Million, Channel [V] Paparazzi, E! News Asia, The Biggest Loser Asia 2


Aku doakan kesihatan Marion dan bayi baik sehingga hari kelahiran nanti. Tak sabar nak tengok kecomelan anak mereka. Mesti cute macam mak dan ayahnya. Kredit berita Harian Metro.

Thursday, August 25, 2011

Segmen Auto - Generasi Ke-7 Toyota Camry 2012 (US) Terbaru

Generasi ke-7 Toyota Camry mula di iklankan,model ini dijangka dijual pada awal tahun 2012 akan datang. Model ini kelihatan lebih kecil dan memiliki semua ciri-ciri baru antaranya memiliki 10 Airbags, bentuk aero dinamik untuk membelah angin, dashboard terbaru, tempat bagi menggunakan ipod dan banyak lagi. juga terdapat model Hybrid bagi Toyota Camry terbaru ini.

Toyota Camry Sport antara model yang akan diperkenalkan pada 2012 nanti.


Segmen IT - Samsung Galaxy TAB10.1




The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived and it’s out of this world. There are so many reasons to want it! The tablet is very mobile because it’s super light and thin (weighs the same as 1 cup of coffee and is as thin as a pencil!), and its battery lasts up to 9 hours!
What’s more, thanks to its high specs, like the super-fast 1 GHz Dual Core processor, endless data sharing capabilities and the fact that it’s running on the latest version of Android, 3.1 Honeycomb, makes surfing the web super smooth as well as editing and viewing Microsoft office documents an easy breezy job. You can also connect with your friends and family instantly through SNS services and download anything super-fast thanks to its advanced +HSPA connectivity!
In a world where people demand for faster, smoother, slimmer and more powerful devices with more possibilities on the go, the Samsung GALAXY Tab 10.1 is set to revolutionise your world! There’s no doubt that due to the tablet’s convenience, adaptability and mobility, it is here to stay.

See for yourself the incredible Samsung Galaxy Tab 10.1. Click here for more info.

Segmen IT - Kamkorder Camileo B10 Trend Baru Remaja



Produk Baru: Kamkorder cili padi

KAMKORDER kompak menjadi trend baru dan ia turut diperkenalkan Toshiba yang menghasilkan model Camileo B10 mempunyai pengesan imej mampu menawarkan rakaman HD penuh 1080p dengan hanya seberat 83 gram.

Dibangunkan nipis dengan bentuk segi empat dan sedikit lengkungan, dikatakan untuk keselesaan memegang bagi model yang menarik perhatian penggemar bukan sekadar mahukan teknologi, malah fesyen juga untuk ia kelihatan bergaya.


SPESIFIKASI:

PRODUK: Toshiba Camileo B10

HARGA: anggaran RM399
FORMAT: HD penuh 1920 x 1080 (30p)
PENGESAN CMOS: 5.0MP
SLOT KAD: SD/SDHC/SDXC hingga 64 GB
ZUM: 16x digital
SAIZ LCD: 2.0 inci
FORMAT FAIL: MP4 (video), JPEG (pegun)
SAMBUNGAN: Mini-HDMI, Mini-USB 2.0
CIRI: butang khas untuk pindah turun ke YouTube, Facebook, Picasa, Twitvid
SAIZ: 18 x 56 x 108mm
BERAT: 83g

Segmen IT - Laptop 3D berkuasa tinggi Toshiba


Laptop 3D berkuasa tinggi Toshiba

TOSHIBA mendedahkan produk laptop tiga dimensi (3D) tanpa kaca mata pertama di dunia dengan pengenalan model Qosmio F750 3D berkuasa tinggi untuk menayangkan filem HD ditambah pembesar suara Harman Kardon yang mengagumkan.

Dari segi pengalaman mengendalikannya, Qosmio F750 3D memiliki ciri tersendiri Acitve Lens disepadukan bersama panel LED berfungsi sebagai pengesan pergerakan mata manusia yang membolehkan tontonan jelas dari pelbagai sudut.

Satu lagi laptop yang diperkenalkan syarikat Jepun terbabit ialah Qosmio X770 menggemparkan dunia game apabila ia direka berasaskan dua pemprosesan mantap menyepadukan Intel Core i7 Quad Core dan NVIDIA GeForce GT540M yang disediakan 2GB VRAM.

Model X770 menggunakan skrin 17.3 inci HD penuh yang berkualiti turut merangkumi aspek permukaan rata penuh, reka bentuk warna merah menarik dan mampu menawarkan sentuhan lancar untuk kepuasan pengguna.


Toshiba Qosmio F750 3D

SPESIFIKASI:

PRODUK: Toshiba Qosmio F750 3D
HARGA: anggaran 6,299
CPU: Intel Core i7 Quad Core
OS: Windows 7 Home Premium
SKRIN: 15.6 inci Clear SuperView HD Penuh
GRAFIK: NVIDIA GeForce GT540M dengan 2GB VRAM
AUDIO: Harman Kardon
RAM: sehingga 8GB DDR3
MEMORI: 640GB 7200rpm
SLOT: blu ray

SAMBUNGAN: Bluetooth 3.0, WLAN (802.11 b/g/n), ethernet, USB 3.0, USB 2.0, pembaca kad, HDMI

DIMENSI: 387.6 x 266.8 x 31.1/36.8mm
BERAT: 3.2kg


Toshiba Qosmio X770

SPESIFIKASI:

PRODUK: Toshiba Qosmio X770
HARGA: anggaran RM7,099
CPU: Intel Core i7-2630GM 2.0GHz dengan Turbi Boost 2.9GHz
OS: Windows 7 Home Premium
WARNA: hitam merah
SKRIN: 17.3 inci Clear SuperView HD Penuh 3D
GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX560M
AUDIO: Harman Kardon
MEMORI: 1TB (500GB x 2) SATA3

SAMBUNGAN: Bluetooth 3.0, WLAN (802.11 b/g/n), ethernet, USB 3.0, USB 2.0, pembaca kad, HDMI, blu ray

BATERI: 8 sel Ion Litium
DIMENSI: 413.6 x 274 x 28/36mm
BERAT: 3.34kg

Thursday, August 18, 2011

Segmen Sensasi - (GAMBAR) Bila Lisa Surihani dan Shaheizy Sam Berkahwin



Tahniah Aku ucapkan buat pasangan aktor dan aktres popular yang telah melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap TAPI main-main jer la. Scene perkahwinan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dilakonkan oleh mereka boleh anda lihat dalam filem terbaru terbitan Skop Production bertajuk Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Saya Amat Mencintaimu (SAM) mendapat sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof (anak Datuk Yusuf Haslam) yang berumur 18 tahun dan membariskan bintang-bintang hebat seperti Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi.

Syafiq Yusof sebelum ini pernah menghasilkan beberapa filem pendek selain mengarahkan drama bersiri Gerak Khas. Syafiq juga banyak mendalami teknik CGI untuk memberikan kesan khas kepada filem.

Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang lebih kepada komedi dan romantik langsung tidak menarik minat Syamsul yang lebih meminati filem dengan genre aksi, justeru filem itu diberikan kepada adiknya sebagai percubaan pertama adiknya dalam mengarah filem.

Klik LIKE sekali Ok...TQ.

Sumber: (GAMBAR) Bila Lisa Surihani dan Shaheizy Sam Berkahwin — LimauAis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...