ads by nuffnang
Join The Best Followers
Thursday, August 25, 2011
Segmen IT - Laptop 3D berkuasa tinggi Toshiba
Laptop 3D berkuasa tinggi Toshiba
TOSHIBA mendedahkan produk laptop tiga dimensi (3D) tanpa kaca mata pertama di dunia dengan pengenalan model Qosmio F750 3D berkuasa tinggi untuk menayangkan filem HD ditambah pembesar suara Harman Kardon yang mengagumkan.
Dari segi pengalaman mengendalikannya, Qosmio F750 3D memiliki ciri tersendiri Acitve Lens disepadukan bersama panel LED berfungsi sebagai pengesan pergerakan mata manusia yang membolehkan tontonan jelas dari pelbagai sudut.
Satu lagi laptop yang diperkenalkan syarikat Jepun terbabit ialah Qosmio X770 menggemparkan dunia game apabila ia direka berasaskan dua pemprosesan mantap menyepadukan Intel Core i7 Quad Core dan NVIDIA GeForce GT540M yang disediakan 2GB VRAM.
Model X770 menggunakan skrin 17.3 inci HD penuh yang berkualiti turut merangkumi aspek permukaan rata penuh, reka bentuk warna merah menarik dan mampu menawarkan sentuhan lancar untuk kepuasan pengguna.
Toshiba Qosmio F750 3D
SPESIFIKASI:
PRODUK: Toshiba Qosmio F750 3D
HARGA: anggaran 6,299
CPU: Intel Core i7 Quad Core
OS: Windows 7 Home Premium
SKRIN: 15.6 inci Clear SuperView HD Penuh
GRAFIK: NVIDIA GeForce GT540M dengan 2GB VRAM
AUDIO: Harman Kardon
RAM: sehingga 8GB DDR3
MEMORI: 640GB 7200rpm
SLOT: blu ray
SAMBUNGAN: Bluetooth 3.0, WLAN (802.11 b/g/n), ethernet, USB 3.0, USB 2.0, pembaca kad, HDMI
DIMENSI: 387.6 x 266.8 x 31.1/36.8mm
BERAT: 3.2kg
Toshiba Qosmio X770
SPESIFIKASI:
PRODUK: Toshiba Qosmio X770
HARGA: anggaran RM7,099
CPU: Intel Core i7-2630GM 2.0GHz dengan Turbi Boost 2.9GHz
OS: Windows 7 Home Premium
WARNA: hitam merah
SKRIN: 17.3 inci Clear SuperView HD Penuh 3D
GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX560M
AUDIO: Harman Kardon
MEMORI: 1TB (500GB x 2) SATA3
SAMBUNGAN: Bluetooth 3.0, WLAN (802.11 b/g/n), ethernet, USB 3.0, USB 2.0, pembaca kad, HDMI, blu ray
BATERI: 8 sel Ion Litium
DIMENSI: 413.6 x 274 x 28/36mm
BERAT: 3.34kg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment