ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, August 26, 2011

Segmen Sensasi - (GAMBAR)Berseri-Seri Wajah Marion Caunter Yang Mengandung


Dulu kita sering melihat Marion di rancangan 8TV Quickie, yang kini telah berkahwin dan mengandungkan anak kepada suaminya SM Nasarudin SM Nasimuddin. Comel Marion dan bertambah berseri-seri wajahnya ketika mengandung sekarang.
Ikutkan kemahuan hatinya dan suami, SM Nasarudin SM Nasimuddin, 27, yang dikahwini pada tanggal 17 Disember 2010, berita kehamilannya kalau boleh tidak mahu dihebahkan dulu kepada umum.

Namun, statusnya sebagai selebriti menghalang Marion daripada berbuat demikian apatah lagi kandungan yang sedang membesar itu tidak boleh lagi dilindungi.

Dan cerita Marion apabila dia cuba mengesahkan kehamilannya tersangatlah cute:-

Saya berada di Singapura ketika itu bagi menjalani rakaman program E! News. Saya rasa aneh sebab lewat datang bulan lalu ke farmasi membeli alat ujian kehamilan. Ujian pertama positif mengandung bagaimanapun saya sengaja membuat ujian itu sebanyak empat kali untuk memastikan keputusan itu benar-benar tepat. Keempat-empatnya menunjukkan tanda positif. Saya kemudian menghubungi Nasa dan dia menyambut perkhabaran itu dengan rasa cukup gembira. Sebelah malam dia menghubungi saya semula dan meluahkan lagi rasa gembira yang tidak terkata.
PROFIL

NAMA: Marion Rose Caunter Abdullah
PANGGILAN: Marion
TARIKH LAHIR: 5 November 1980
USIA: 31 tahun
ASAL: Pulau Pinang
ZODIAK: Scorpio
SUAMI: SM Nasarudin SM Nasimuddin
PENDIDIKAN: Ijazah Komunikasi & Penyiaran dari Marquette University, Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat
PENGALAMAN MENGACARA: TV Quickie, Latte at 8, Flava, One in a Million, Channel [V] Paparazzi, E! News Asia, The Biggest Loser Asia 2


Aku doakan kesihatan Marion dan bayi baik sehingga hari kelahiran nanti. Tak sabar nak tengok kecomelan anak mereka. Mesti cute macam mak dan ayahnya. Kredit berita Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...