ads by nuffnang

Join The Best Followers

Thursday, July 26, 2012

Anak Adalah Rezeki Dan Anugerah Allah S.W.T

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menambahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.
Muhammad Haziq Irsyad bin Abdul Malik

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).
Muhammad Izz Hafizulah bin Abdul Malik & Muhammad Haziq Irsyad bin Abdul Malik

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Puasa Hari Ke - 5 Bersederhana ketika Berbuka Puasa

Syukur pada Allah S.W.T kerana diberi peluang berpuasa di hari ke-5 dengan keadaan sihat walafiat serta gembira bersama keluarga.

Berbuka dengan sederhana...tak nak lebih dan membazir cukuplah sekadar ada dan cukup sahaja.
Ketika berbuka pun, aku tak makan banyak...Yang pertama adalah buah kurma, minum air, makan kueh 1 potong dan yang terakhir adalah makan nasi. Habis sepinggan dah kenyang, tak tambah-tambah. kalau tak puasa conform 2 pinggan nasi dah tu.


Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah Bonus Raye 9 Ogos 2012

Terima Kasih Kerajaan Malaysia kerana menghargai penjawat awam...

Lepas laa buat beli baju raya dan service kereta sebelum raya ni. Terima kasih....


Esok dah Gaji, Ramai Yang Akan Mula Shopping Baju Raya

Esok dah gaji 25 jul 12, aku percaya ramai yang mula beli baju raya untuk isteri dan anak-anak. Yerlah bagi aku isteri dan anak-anak kena diutamakan, aku pakai baju raya tahun lepas pun xper...tak kisah. Janji keperluan isteri dan anak-anak untuk menyambut Hari Lebaran nanti lengkap.
Kena hati-hati jugak berbelanja, kereta belum service,tayar belum tukar baru untuk perjalanan jauh dan macam-macam lagi kena fikir jugak!. so tepuk dada tanya selera, beli yang perlu sahaja. Jangan terlebih berbelanja takut nanti menyusahkan diri sendiri.

Menu Bersahur Pilihan Aku

Bersahur ni biarlah yang simple-simple jer, menu pilihan aku untuk bersahur ialah daging goreng kunyit ditambah lagi kalau ada telur masin pun ok jugak kan. lepas makan nasi...makan kurma 2-3 biji untuk tenaga semasa berpuasa...banyakan minum air masak bagi memastikan badan kekal bertenaga dan kita tak mengalami masalah kurang air dalam badan. Kesihatan kena diutamakan betul tak?....yerlah kalau badan tak sihat macam mana nak berpuasa?. so pastikan kita kekal sihat...

Like pages fb malik torpedo k.tq

Puasa Hari Ke 4 - Seronok Berbuka Bersama Isteri & Anak-anak

Puasa hari ke-4 dah jadi seolah-olah kita berpuasa ni macam rutin harian, perut pun dah jadi biasa. Balik dari kerja singgah di pasar ramadhan keramat kejap beli air tebu...nampak murtabak macam best jer so belilah satu.

Balik dari pasar ramadhan, mandi dan solat asar. tengok jam pkl 6 petang baru. so ajak anak anak p ronda-ronda dulu dengan motosikal pastu singgah play ground jap, jam menunjukkan pukul 7 petang so terus balik rumah menantikan waktu berbuka. anak-anak pun excited nak berbuka, seronok makan berbuka dengan anak anak ni terasa ramai pulak. sedikit kecewa apabila murtabak yang dibeli petang tadi terasa seperti sudah basi, redha jerlah( tak makan).

Alhamdulillah semenjak menyambut puasa ni, semuanya cukup dari segi solat, puasa, makan minum, perkerjaan pun jadi mudah serta hati menjadi lebih tenang.

Tuesday, July 24, 2012

Kurma Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung & Si Manja Anda

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.

Nasib Isteri Pandai Memasak - Boleh Makan yang Sedap-sedap di Bulan Ramadhan nie!!!

Alhamdulillah Puan Nor Arizan bte Deraman pandai memasak & rajin,tak dak masalah untuk memasak menu-menu berlainan setiap hari, Terima Kasih isteriku. kalau tak mau tapau kt pasar ramadhan jugak laa. setakat ni semua masak kt rumah, cuma beli air tebu jer kt pasar ramadhan. tak payah membazir...
Aku hormat pada isteri-isteri yang memasak dirumah untuk berbuka puasa,barulah mantap...tambah pula di bulan ramadhan ini bertambah lipat ganda pahala yang mereka perolehi. apa yang para isteri lakukan untuk rumahtangga pasti si suami tak mampu lakukannya. cthnya: Jaga anak-anak, jaga rumahtangga,memasak,membersihkan rumah,membasuh baju & macam macam lagi. i salute u Full Time HouseWife....u are The BEST!!!

Puasa Hari Ke-3 Sambil Berkerja - Okey

Hari Pertama kerja dibulan puasa, semua orang slow jer,office sunyi sambil sekali sekala dengar orang bersembang. Nasib kerja tak banyak,boleh relaks.

Balik kerja terus pergi Pasar Keramat cari air tebu,nikmat minum air tebu dibulan puasa. memang best...

lepas berbuka,solat maghrib pastu duk layan haziq main bola dengan abang long dia, pukul 10 terus pengsan sedar tadi pukul 1....nasib baru pukul 1 pagi,bukan apa belum solat isyak. mandi jap pastu solat isyak layan fb n update blog nie. selesai...jom nak sambung tido pulak!!!



Monday, July 23, 2012

Honda Civic Generasi Ke-9 - Terbaru Menawan Hatiku

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Civic Generasi Kesembilannya dengan pemasangan tempatan tahun 2012. Peminat-peminat Honda pasti tak sabar nak ke showroom untuk melihat sendiri Honda Civic terbaru ini. Sekali tengok terus hati terpikat, cantik , menawan ...kau memang NgeBommmm!


Honda Civic Gen-9 Bersama Bodykit Modulo
Lampu belakang yang mirip lampu belakang Mercedes Benz C200.

Harga untuk Honda Civic 1.8S adalah RM115,980, Harga Honda Civic 2.0S adalah RM131,980, dan harga Honda Civic 2.0 Navi adalah RM136,980, manakala untuk versi Hybrid adalah RM119,980. Semua harga adalah untuk atas jalan dan Honda sedia menerima tempahan untuk model ini.

Silalah tempah bagi yang berminat dan berkemampuan....KERETA untuk HARI RAYA AIDILFITRI Tahun 2012.

Aku Peminat Motorsikal Berkuasa Tinggi Ducati

Aku peminat motorsikal berkuasa tinggi Ducati, Nak beli memang tak mampu so tak salah kalau kita minat kan,mungkin suatu hari nanti kita mampu memilikinya. Terbaca mengenai Motorsikal Ducati yang baru dilancarkan di malaysia ini Ducati Diavel dan Ducati Monster Art menawan hatiku.....
Bayangkan anda yang sedang menungang....balik kampung!. haa...haa....

Harga untuk Ducati 795 bersama Monster Art adalah RM61,900 dan RM65,900 bagi Ducati Monster 795 bersama Monster Art Termignoni ekzos.

Tukar Tayar Baru Raya nie - Goodyear Eagle F1 Directional 5


Goodyear Eagle F1 Directional 5 untuk kereta-kereta sport sahaja contohnya Nissan 350Zs atau Mazda RX-8 ke boleh menggunakannya, ia tayar berprestasi tinggi dengan SportGrip Technology. Mesti mahal nie...

Kereta aku pakai tayar yang biasa saja tapi adalah kelebihan, aku tak beli tayar murah sangat atau second hand bukan apa nak bawa family,kalau apa berlaku contohnya tayar meletup ketika memandu, aku tak boleh bayang sesuatu berlaku pada isteri dan anak-anak aku. aku dekat nak raya ni baru nak tukar 2 tayar belakang sahaja sebab tayar depan baru lagi 6 bulan, aku gunakan tayar Continental ContiComfortContact CC5. sejak mula-mula tukar tayar kereta yang dulu lagi sehingga kini aku masih setia dengan Continental. nak balik jauh ke Terengganu dengan perjalanan melebihi 8 jam jadi kena pasti tayar betul-betul baik dan selamat.

Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 - Idaman Hatiku

Mitsubishi Lancer Sportback 2.4, dengan kapasiti enjin 2.4 liter... Mitsubishi Lancer Sportback nyata melebihi honda civic ataupun toyota altis. mula Mitsubishi Lancer dilancarkan memang mendapat sambutan hangat,mana tak nya, dengan Body yang seakan Evo X...ramai yang jatuh hati padanya. lepas tu keluarlah Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 yang lebih power dan lebih sporty yang membuatkan ku jatuh hati....Dengan gaji aku sekarang ni tak tau bila la mampu beli Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 ni. Mungkin ada rezeki aku suatu hari nanti...I'Allah!.
\

Hari Ketiga Berpuasa, Berbuka di Alam Megah Shah Alam

Hari ketiga berpuasa, aku dan family berbuka di rumah kakak ipar aku di Alam Megah,Shah Alam. Alhamdulillah selamat pergi dan balik tadi. Sempat jugak pergi Pasar Ramadhan di alam megah tadi... apa lagi yang nak dibeli. beli air tebu jer favourite aku waktu berbuka.

Tahun ni makan buah kurma Saladin yang aku beli di tesco pada hari puasa yang pertama lepas. banyak khasiat kurma ni, sebab itu Rasulullah S.A.W mengalakkan berbuka dengan buah kurma ini. So, aku akan pastikan ianya di amalkan dalam keluarga aku, I'Allah.

Sunday, July 22, 2012

Perkara Yang Dituntut pada Bulan Ramadhan


Ganjaran

Lailatul Qadar;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."

[Al Qadr: 1-5]

Doa mustajab;

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi, dan orang yang musafir."

[Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi]

Diampun segala dosa yang lalu;

"Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan baginya apa dosanya yang lalu."

[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmidzi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]

Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan diikat;

"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan."

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Perisai dari siksaan neraka;
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka."

[Hadis riwayat Ahmad]


# Kita berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi keseluruhan diri kita juga berpuasa contohnya: jaga lidah kita dari berkata perkara yang tidak baik, jaga tangan dan kaki kita dari melakukan perkara tidak baik mahupun sia-sia, jaga mata kita dari melihat sesuatu yang haram atau berdosa, jaga telinga kita dari mendengar hiburan yang terlampau, jaga hati kita dari sesuatu yang merosakan hati.

# Jika kita berpuasa tetapi tidak melakukan amalan wajib seperti Sembahyang 5 waktu, menutup aurat serta lain-lain maka tiadalah Pahala apa-apa pun selain menahan lapar dan dahaga sahaja!.

# Sebagai peringtan untuk aku dan kawan-kawan, sekadar mengingatkan.

Hari Pertama Berpuasa Selesai dengan Jayanya - Hari ini hari Kedua

Alhamdulillah...hari ini dah masuk hari kedua umat ISLAM seluruh berpuasa. Hari pertama berpuasa aku merasakan aku berjaya kerana aku sungguh tenang,solat tak tinggal, berjaya bertarawih malam kedua dan menjaga adabku ketika berpuasa.

Apa-apa pun aku berharap yang Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat diriku dan keluargaku. Sama-samalah kita berdoa semoga setiap amalan kita diambil kira dan dicatitkan sebagai kebaikan serta beroleh Pahala keatasnya.

Friday, July 20, 2012

Perodua Memperkenalkan Perodua Alza Advance Version Terbaru 2012

"Cantik jugak!", tu perkataan pertama masa tengok di fb Model baru Perodua Alza Advance 2012 ni. Mula-mula aku tak minat sangat dengan Alza ni. tapi makin hari makin rasa minat...Nampak Sporty Advance Version baru nie. tak payah nak Make up apa-apa dah..beli terus naik jer cukup masa pergi service sebab semua dah lengkap pada Perodua Alza Advance ini yang baru dilancarkan 2-3 hari lepas.
Daripada Bodykit, reverse kamera, kusyen Leather, GPS serta Tinted untuk cermin semua dah sedia ada pada Perodua Alza Advance Version ini. Kalau ada rezeki I'Allah angkat Perodua Alza Advance Version ni la kot....haa...haa...

Thursday, July 12, 2012

Hindari guna bahasa pelat dengan anak anda

“Jangan sangka anak kecil tidak memahami apa yang diperkatakan. Apabila anak berada di sisi tidak kira di rumah, ketika menonton televisyen, di meja makan, di dalam kereta bercakaplah sebanyak mungkin dengan mereka supaya minda mereka terbuka luas dan mampu menyerap sebanyak mungkin perkataan yang anda keluarkan,”

Kebanyakan ibu bapa sering menggunakan bahasa pelat ketika bertutur dengan anak yang baru berusia setahun atau dua tahun. Sebenarnya bahasa sangat penting dalam proses pembesaran anak-anak. Sebaiknya gunakan bahasa penuh, lancar, mudah difahami dan tidak pelat ketika berinteraksi dengan mereka. Ini kerana pada awal usia bayi mempunyai deria rasa yang sangat jelas dan peka pada sebutan.

Kita dulu dibesarkan dengan suasana yang berbeza. Dulu ibu bapa dibesarkan dalam serba kekurangan tetapi hari ini anak-anak boleh mendapatkan apa saja yang mereka inginkan. Kanak-kanak yang membesar di bandar tak sama dengan kanak-kanak yang membesar di kampung. Sabtu dan ahad lepas balik kampung, haziq nampak ayam terus tak bergerak...tengok dengan penuh perhatian. Dah di Kuala Lumpur kat mana nak tengok ayam hidup ni?,kecuali pergi pasar ada la tu pun duduk jer dalam bekas sangkar tu!. Haziq belum boleh bercakap, boleh panggil "Ma", " aaAa" dan menunjuk kearah apa yang dia cuba bagi tahu tapi dia faham apa yang ayah dan mama cakap, suruh ambil remote tv terus pergi ambil, suruh pergi ambil bantal...lari pergi ambil bantal. semua yang aku dan wife cakap semua dia faham. Rezeki Allah S.W.T dikurniakan anak-anak yang bijak pandai dan baik, I'Allah. Haziq cepat boleh berjalan iaitu pada usia 10 bulan.

Abang long pulak sekarang asyik meniru perkataan dari cerita upin dan ipin serta cerita BoBoiBoy . Kadang-kadang terfikir jugak mana dia dapat perkataan tu, tak pernah sebut pun dalam rumah...bila dia tengok lagi cerita tu di youtube baru perasan...disini rupanya dia dapat ayat/perkataan tu!.

Bersyukur dengan Rezeki Allah S.W.T yang tak ternilai iaitu anak-anak kita.

Tip untuk ibu bapa:

1. Bagi masa pada anak-anak.

Untuk mendapatkan anak yang petah dan bijak berkata-kata memerlukan masa. Didik mereka setiap hari dan jangan terlalu mendesak untuk melihat hasilnya.
Sebaliknya gunakan pelbagai pendekatan sama ada di rumah, di dalam kereta ketika membeli-belah dengan mengajak mereka bercakap kepada isu yang lebih besar dan pelbagai.

2. Cari masa berinteraksi dengan anak di dalam kereta.

Cari isu-isu yang boleh merangsang perbendaharaan kata anak-anak. Bercakap perkara yang baik-baik dengan anak. Jangan hanya fokus pada persekolahan saja.

3. Berbual sebelum tidur.

Bercerita dengan anak sebelum tidur dengan membacakan buku cerita ketika mereka masih kecil sehingga usia 11 tahun. Ini akan mengeratkan hubungan dan mewujudkan rasa seronok kepada anak-anak.

4. Bawa anak keluar makan secara berdua.

Ini boleh dilakukan dengan membawa anak makan bersama dan beri mereka ruang untuk meluahkan apa saja mengenai ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Gunakan peluang berbual menerusi media sosial seperti Facebook supaya mereka merasakan ibu bapa adalah orang yang boleh dipercayai dan dekat dengan mereka.


Tip mengelak bayi tercekik ketika makan

Salam semua...setiap ibu bapa pasti risau dan bersikap berjaga-jaga ketika menyuap bayi makan. macam jugak aku. kalau tersedak tu "Aduh risau sungguh" ... cepat-cepat aku tiup ubun-ubun kepala anak aku haziq ni. sekarang dah 1 tahun lebih...yang jadi risau pulak sekarang haziq selalu kutip benda yang dia nampak atas lantai dan masukkan kedalam mulut.

So aku pesan kt wife aku jangan bagi ada mainan atau apa benda kecil yang muat mulut haziq ada atas lantai atau tempat yang haziq boleh ambil.

sedikit tip untuk dikongsikan dengan semua kawan-kawan dan pelawat:

Tip mengelak bayi tercekik ketika makan:

Apabila bayi mula menyuap sendiri makanan, pastikan mereka berada di bawah pengawasan ibu bapa. Jangan sesekali membiarkan mereka makan bersendirian.

Ketika menyediakan makanan seperti sayur, buah, ikan atau ayam, ibu harus memastikan ia dipotong kecil. Ini bagi memudahkan bayi makan dengan tenang dan selesa.

Makanan seperti gula-gula, kacang dan buah-buahan yang keras perlu dielakkan. Anak-anak memang suka gula-gula atau makanan manis tetapi sebagai ibu bapa anda perlu tegas dan cuba mengelak daripada memberikan kepada anak-anak.

Buah-buahan berbiji seperti tembikai, anggur dan pear perlu dibuang bijinya terlebih dulu. Buah itu pula perlu dipotong kecil supaya senang dikunyah.

Bayi akan makan dengan banyak ketika lapar dan akan berhenti selepas kenyang walaupun ketika itu ibu masih menyuap makanan. Bayi tidak boleh dipaksa untuk terus makan dan ibu harus berhenti menyuap makanan apabila anak-anak sudah kenyang.

Sebelum menyediakan makanan, pastikan tangan bersih kerana bayi mudah dijangkiti kuman sekiranya ibu bapa tidak menjaga kebersihan.

Monday, July 9, 2012

Bukan peniaga tu jer terkejut!, Aku pun terkejut ‘durian dalam durian’

Kuasa Allah S.W.T tiada yang patut dipersoalkan atau dipertikai!, Durian dalam durian memang menarik dan ajaib. buka jer Sinar Harian terbaca tajuk ni...memang hebat ciptaan Allah S.W.T ni...

jom baca sinar harian...

KOTA BHARU - Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.

Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.

10 fakta menarik mengenai durian

Baru petang semalam balik kampung ambil durian, walaupun 1 pokok jer tapi banyak buah dalam 50-70 biji tak terkira atas pokok tu dan isinya kuning serta sedikit pahit. memang best giler....terima kasih mak cz simpan, lagi pun banyak lagi atas pokok tu..hee...hee....aku kongsikan sedikit fakta mengenai buah durian ni.

10 fakta menarik mengenai durian:

1. Tinggi kalori? Ramai yang menganggap durian mempunyai kandungan kalori (kcal) yang tinggi dan menggemukkan. Tahukah anda, seulas durian hanya mempunyai 50 kcal? Bagi saya, kandungan kalori itu tidak begitu tinggi.

2. Tinggi kolesterol? Durian atau sebarang jenis buah sekali pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang daripada sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.

3. Tiada nilai nutrisi? Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus.

4. Tinggi lemak? Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu.

5. Tinggi gula? Satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Jika anda makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat.

6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

7. Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis? Memang betul tapi itu bukan soal durian semata-mata kerana mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sememangnya harus mengawal pengambilan gula dalam makanan atau minuman mereka.

8. Kurangkan tekanan? Itu bergantung tetapi durian mengandungi asid amino dikenali sebagai tryptophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin yang menyebabkan kita mengantuk. Justeru, anda akan lebih senang tidur, ringan dan tenang.

9. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah.

10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. Bagi saya, satu atau tiga ulas sekali makan sudah memadai.


Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai pemilihan kudapan yang bukan saja mudah malah seimbang dan mempunyai jumlah 300 kalori (kcal). Dalam soal diet, saya selalu tekankan pentingnya makan paling kurang lima kali sehari iaitu dengan mengambil sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan dan makan malam.

Kebiasaannya, orang ramai tiada masalah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam tetapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan kudapan.

Oleh itu, ikuti langkah berikut dalam memilih kudapan untuk waktu pagi dan petang.

Sumber karbohidrat

Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti dan biskut.


Sumber protein

Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu dan soya.

Jumlah kalori

Nilai kalori kudapan bergantung kepada keperluan kalori seharian (DCR) anda. Katakan ia 2,000 kcal, jadi anda perlu menganggarkan pengambilan untuk setiap hidangan, termasuk kudapan sebanyak 400 kcal.

Serat

Hendak mengawal nafsu makan? Pastikan adanya serat seperti oat, bijirin penuh dan roti perang.

Mudah dan praktikal

Pastikan pilihan kudapan itu mudah diamalkan, juga ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan di dalam laci meja dan tidak mengambil masa yang lama untuk dihidang dan dimakan.


Malik Torpedo telah kembali( i'm back)


Salam semua,setelah hampir 5-6 bulan tak update blog ni. sekarang aku wat keputusan bahawa blog aku ni mesti hadir dengan imej yang lebih baik dan bersih. jadi aku telah delete post-post yang ada unsur seksi,fitnah dan aku rasa tak sepatutnya berada di blog aku serta amat berharap kawan-kawan sekalian dan pembaca blog aku ni sudi-sudilah selalu melawat blog aku ni dan like pages Facebook Malik Torpedo. Terima kasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...