“Jangan sangka anak kecil tidak memahami apa yang diperkatakan. Apabila anak berada di sisi tidak kira di rumah, ketika menonton televisyen, di meja makan, di dalam kereta bercakaplah sebanyak mungkin dengan mereka supaya minda mereka terbuka luas dan mampu menyerap sebanyak mungkin perkataan yang anda keluarkan,”
Kebanyakan ibu bapa sering menggunakan bahasa pelat ketika bertutur dengan anak yang baru berusia setahun atau dua tahun. Sebenarnya bahasa sangat penting dalam proses pembesaran anak-anak. Sebaiknya gunakan bahasa penuh, lancar, mudah difahami dan tidak pelat ketika berinteraksi dengan mereka. Ini kerana pada awal usia bayi mempunyai deria rasa yang sangat jelas dan peka pada sebutan.
Kita dulu dibesarkan dengan suasana yang berbeza. Dulu ibu bapa dibesarkan dalam serba kekurangan tetapi hari ini anak-anak boleh mendapatkan apa saja yang mereka inginkan. Kanak-kanak yang membesar di bandar tak sama dengan kanak-kanak yang membesar di kampung. Sabtu dan ahad lepas balik kampung, haziq nampak ayam terus tak bergerak...tengok dengan penuh perhatian. Dah di Kuala Lumpur kat mana nak tengok ayam hidup ni?,kecuali pergi pasar ada la tu pun duduk jer dalam bekas sangkar tu!. Haziq belum boleh bercakap, boleh panggil "Ma", " aaAa" dan menunjuk kearah apa yang dia cuba bagi tahu tapi dia faham apa yang ayah dan mama cakap, suruh ambil remote tv terus pergi ambil, suruh pergi ambil bantal...lari pergi ambil bantal. semua yang aku dan wife cakap semua dia faham. Rezeki Allah S.W.T dikurniakan anak-anak yang bijak pandai dan baik, I'Allah. Haziq cepat boleh berjalan iaitu pada usia 10 bulan.
Abang long pulak sekarang asyik meniru perkataan dari cerita upin dan ipin serta cerita BoBoiBoy . Kadang-kadang terfikir jugak mana dia dapat perkataan tu, tak pernah sebut pun dalam rumah...bila dia tengok lagi cerita tu di youtube baru perasan...disini rupanya dia dapat ayat/perkataan tu!.
Bersyukur dengan Rezeki Allah S.W.T yang tak ternilai iaitu anak-anak kita.
Tip untuk ibu bapa:
1. Bagi masa pada anak-anak.
Untuk mendapatkan anak yang petah dan bijak berkata-kata memerlukan masa. Didik mereka setiap hari dan jangan terlalu mendesak untuk melihat hasilnya.
Sebaliknya gunakan pelbagai pendekatan sama ada di rumah, di dalam kereta ketika membeli-belah dengan mengajak mereka bercakap kepada isu yang lebih besar dan pelbagai.
2. Cari masa berinteraksi dengan anak di dalam kereta.
Cari isu-isu yang boleh merangsang perbendaharaan kata anak-anak. Bercakap perkara yang baik-baik dengan anak. Jangan hanya fokus pada persekolahan saja.
3. Berbual sebelum tidur.
Bercerita dengan anak sebelum tidur dengan membacakan buku cerita ketika mereka masih kecil sehingga usia 11 tahun. Ini akan mengeratkan hubungan dan mewujudkan rasa seronok kepada anak-anak.
4. Bawa anak keluar makan secara berdua.
Ini boleh dilakukan dengan membawa anak makan bersama dan beri mereka ruang untuk meluahkan apa saja mengenai ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Gunakan peluang berbual menerusi media sosial seperti Facebook supaya mereka merasakan ibu bapa adalah orang yang boleh dipercayai dan dekat dengan mereka.
No comments:
Post a Comment