ads by nuffnang

Join The Best Followers

Sunday, January 20, 2013

Harga melampau tinggi Nexus 4 tidak laris

Selain Galaxy Note II dan Galaxy SIII, handphone Android paling popular kebelakangan ini pastilah handphone Google generasi keempat LG Nexus 4, di Malaysia tidak di jual versi 8GB, peniaga di malaysia hanya menjual versi 16GB yang berharga US$299 iaitu tak sampai RM750 pun, tapi wakil penjual di Malaysia menjualnya dengan harga setinggi RM1649, lebih sekali ganda dari harga asal memang melampau betul!. Walaupun dapat di naik taraf ke Android terbaru dengan secepat mungkin tetapi harganya terlalu tinggi. Bagi aku lebih baik beli handphone quad-core yang lain.

Samsung Galaxy SIII Mini - Lebih ringan + Mesra pengguna

Samsung Galaxy SIII Mini, aku dah tengok dan boleh tahan jugak rupanya. Dengan konsep alam semulajadi Galaxy S III mini yang berharga RM1199 menggunakan skrin Super EMOLED 4 inci yang sememangnya cantik. Berat 120g selesa dipegang, fungsi fungsi pintar yang ada termasuk Smart Stay, Direct Call, Best Photo, GPS Dwi satelit dan banyak lagi.

Samsung Galaxy S III mini ini menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Beans dan menyokong Google Now, mempunyai prosesor dual-core ST-Ericsson NOVAThor U8420 1GHz berserta 1GB RAM/8GB ROM.

Selain itu, Galaxy S III mini ini juga dilengkapi kamera 5.0MP dengan lampu flash LED. Menyokong fungsi komunikasi jarak dekat (NFC) dimana fail,video,muzik dan sebagainya boleh dihantar kepada peranti NFC lain dengan segera.

Untuk pengetahuan Samsung Galaxy S III mini ini juga ditawarkan dalam pakej rebat RM200 dari syarikat telco malaysia menjadikan harganya hanya RM999 selepas rebat RM200. Cuba tengok di UMobile atau Digi.

Kelebihan: Badan yang lebih ringan dan kecil sangat sesuai untuk pengguna wanita. Skrin Super EMOLED dengan paparan yang cantik.

Kelemahan: Lebih tebal dari Galaxy S III, prosesor dual core dan spesifikasi yang diturunkan berbanding Galaxy S III yang asal menggunakan prosesor quad-core.

Processor: Dual-core 1GHz

Screen: 4-inch WVGA Super AMOLED

Operating System: Android 4.1: Jelly Bean

Camera: 5-megapixel LED flash/front-facing VGA

Storage: 8/16GB, microSD card slot

Battery: 1500mAh

Connectivity: NFC, Bluetooth 4.0, WiFi, GPS

Dimensions/Weight: 121.55x63x9.85mm/111.5g

Friday, January 18, 2013

HTC Butterfly dah tiba di Malaysia....Piiiweeeeettttt


Tahun 2013 akan jadi perang SmartPhones aku rasa, baru jer Samsung keluar Samsung Galaxy S3 Mini...ni HTC Corporation pula mengumumkan HTC Butterfly dah ready dipasaran, HTC Butterfly akan di operasikan dengan Android Jelly Bean yang terbaru pastu buh pulak skrin penuh 5-inci HD dengan paparan penuh 1080p + HTC Sense ,memori sedia ada 16GB dan boleh ditambah dengan micro sd card sehingga 32GB.

HTC Butterfly ni menggunakan cip pemprosesan paling terkini dan paling laju yang dilancarkan di CES baru-baru ini iaitu quad-core 1.5GHz Qualcomm ® Snapdragon S4....laju ni kalau korang buka youtube di phone korang 10 saat,HTC Butterfly ni mau 2-3 saat jer, kamera bersaiz 8 megapiksel dengan auto fokus,LED flash dan sensor BSI (BSI ni aku tak tau,kena kaji dulu..teknologi baru kot), Kamera depan 2.1 megapiksel(1080p untuk video chat dgn awek, asyik awek jer cubalah video caht dgn mak kita pulak barulah anak mithali ish..ishh) sistem bunyi studio dengan Beats Audio dan bateri berkapasiti 2020mah . Harganya? RM2,299.

Cantik sungguh HTC Butterfly ni macam awek kt pasar malam tadi...perghhhh...mula laa tergugat keimanan...nak beli Note 2 ka? HTC Butterfly ka? Lol..... (^_^)

Monday, January 14, 2013

Senarai Telefon untuk Rebat RM200 Maxis

Senarai telefon 3G untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia PKB daripada Maxis bagi plan postpaid dan prepaid.

Buat perbandingan dahulu dan kaji dulu kemampuan kerana semua telefon yang ditawarkan untuk rebat mengkehendaki anda mendaftar plan pospaid dan prepaid...jadi fikir semasak masaknya sebelum mengambil mana mana pakej plan untuk rebat telefon pintar 3G ni...buat pilihan yang terbaik.

Senarai Telefon Rebat RM200 Maxis

Untuk Pakej Prepaid Maxis

Untuk Pakej Pospaid Maxis

Thursday, January 10, 2013

Galaxy Tab 2 10.1 aku dapat kemaskini Android 4.1.1 Jelly Beans


Wahhh.....hepppy aku malam ni bila tab aku dapat kemaskini android 4.1.1 jelly beans , sebelum ni ice cream sandwich jerrrrr.......
Aku ingatkan tab 2 tak akan ada kemaskini yang melebihi ice cream sandwich....aku silap rupanya....

Untuk cuba tengok samada tab korang boleh update ke jelly beans atau ada update, pergi ke setting, about device, software update dan update......terpulang lah nak guna wifi atau data pada tab korang.....

Interface baru,keypad baru,susunan applikasi baru dan banyak lagi...tengah explore lagi ni tengok apa lg yang update bersama jelly beans terbaru ni....hee...hee....jangan jelous .....yeeeeeaaaahaaaaaa.....jelly beans bro....mantap. aku suka betul dengan android...love u android...

Wednesday, January 9, 2013

Senarai Telefon Pintar 3G untuk Rebat RM200 dari UMobile

Baru kejap tadi aku daftar untuk rebat RM200 yang kerajaan bagi PKB ni, pastu aku pun mencarilah telefon apa yang boleh dibeli guna rebat ni...

Senarai Telefon Pintar 3G untuk Rebat RM200 dari UMobile
(klik pada gambar untuk besarkan)
Tengok kat Celcom,hanya Samsung Galaxy Y sahaja ada tu pun kena ambil dengan pakej plan dia...berniaga sungguh celcom nih....maxis pun Samsung Galaxy Y jugak, Digi ada 4 telefon 3G.

Kemudian aku check tengok web umobile ni...terbaiklah umobile, banyak pilihan telefon pintar yang umobile tawarkan...mungkin kena ambil data plan jugak rasanya, apa pun pergi tanya dulu...pastu bagi free pulak "U Mobile Prepaid Starter Pack with preloaded UMI 28 (worth RM28)". inilah yang rakyat Malaysia mahukan...

siapa rasa nak ambil peluang menggunakan telefon 3G boleh cepat cepat isi borang pakej komunikasi belia tu,print dan terus ke kedai syarikat komunikasi yang korang rasa dia bagi tawaran yang menarik....boleh fb dalam kereta,whatsapp,tangkap gambar dan macam lagi...cepat cepat sapa cepat dia dapat....hee..hee... (^_^)

Nokia Malaysia Mengumumkan Nokia Lumia 620 Boleh Dibeli Bermula Jumaat Ini

Tengok facebook tadi nampak post dari Nokia Malaysia mengumumkan ketibaan Nokia Lumia 620 yang dioperasikan oleh windows 8 dan boleh dibeli di kedai kedai terpilih bermula jumaat nanti.
Antara yang menarik menegenai SmartPhones Windows 8 Nokia Lumia 620 ni, paparan skrin 3.8 inci LCD+ClearBlack , kamera 5 megapixel+autofocus+LED Flash dengan teknologi Smart Shoot, pemproses 1 GHz dual-core SnapDragon S4 yang terkini sekarang ini, bateri 1300 mAh,NFC,Nokia Maps dan banyak lagi.

Dapat rebat RM200 ni boleh la beli Nokia Lumia 620 bagi yang berminat dan ingin mencuba kehebatan Windows 8 Phone dari Nokia yang memang terkenal dengan kualiti produknya serta kehebatan teknologi yang ditawarkan. Dengan harga yang berpatutan serta dioperasikan oleh Windows 8, Nokia Lumia 620 ini dijual pada harga RRP RM799 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu kuning,hitam dan putih.
Kalau aku dapat rebat nanti mungkin aku akan beli Nokia Lumia 620 ini. Ini kerana Nokia Lumia 620 adalah satu-satunya smartphones windows 8 yang paling murah dipasaran sekarang ini dengan spesifikasi yang tinggi yang tak mungkin kita dapat dengan harga ini dari pengeluar telefon pintar lain.

Info: Nokia Lumia 620

Dioperasikan: Windows 8
Pemproses: 1 GHz dual-core SnapDragon S4 processor
Kamera: 5 MP autofocus dengan LED Flash + Smart Shoot
Paparan skrin: 3.8 inci dengan Capacitive Multipoint-Touch
Berat:127 g
Harga: RRP RM799
Keistimewaan: SmartPhones Windows 8 dengan spesifikasi yang tinggi pada harga RM799.
kekurangan: kapasiti bateri 1300 mAh yang mungkin akan menghadkan penggunaan.

Tuesday, January 8, 2013

abg long masuk tabika kemas (episod 2) - abg long lari dari tabika!.

Hari ke 2 , jam 7.30 pagi aku keluar dari rumah dengan abg long ke tabika kemas. Sampai di tabika, abg long ok jer.....masuk dalam kelas dan duduk di kerusi...waktu tu jam 7.40 pagi...cikgu xde lagi dalam kelas ,pembantu ada tapi sedang sibuk bawa minum pagi turun kebawah jadi aku ingatkan oklah tinggalkan abg long ....selepas bersalaman dengan anak sulung aku yg hensem ni, aku pun terus pergi kerja... Pukul 12 aku pun pergi ambil abg long di tabika, nak ambil kena sain dulu pada kedatangan harian murid, sedang aku sain tiba tiba cikgu cakap "saya jumpa izz hafizulah tepi jalan pagi tadi,saya dlm kereta suami saya bawa...saya nampak dia,terus saya suruh suami berhentikan kereta ambil dia...dia kata nak balik rumah". Alangkah terkejutnya aku....fussshhh mengeluh panjang aku....tanya kenapa abg long keluar dari tabika sendiri,tunggulah ayah ambil, abg long jawab "upin balik sendiri jer dari sekolah".....sudaaah daaaa..... Aku mulalah tertanya, macam mana abg long boleh keluar dari tabika tu...xde orang nampak ke?mungkin abg long keluar lepas aku keluar dari kelas dia pagi tadi....cikgu patut ada pukul berapa?bahaya sungguh ....pagi pagi sibuk kereta banyak dan motorsikal...kalau xcident macam mana?....ahhhh...kalau budak kampung oklah dah biasa main dalam kampung,ini tinggal kt kl ni...semua pergerakan luar rumah dengan mak ayah.... Aku tak boleh bayang kalau apa apa jadi....keesokan harinya aku telefon pejabat kemas wilayah persekutuan untuk bertanyakan pukul berapa cikgu patut ada di kelas? Jawapan yang aku terima adalah...cikgu sepatutnya ada jam 7.30 pagi....dan aku pun menceritakan apa yang berlaku, dan puan yang bercakap dengan aku berjanji akan menasihati cikgu tersebut.... Mulalah episod baru bila aku terpaksa menyuruh wife aku yang dah lama tak memandu kereta ni ....belajar semula, sebab aku perlu masuk kerja sebelum 7.50 pagi, cikgu pulak tak konsisten datang...problemlah jadi wife aku perlu hantar abg long dan tunggu sehingga cikgu datang.hari minggu lepas aku ajar 1 jam lebih...alhamdulillah wife aku cepat berlajar, hari ahad pergi cari carseat untuk haziq anak ke 2 aku yang baru berumur 1 tahun 7 bulan ni habis RM150 tapi xperlah untuk keselamatan....sekarang wife aku dah hantar 2 hari...dan semuanya selamat.... (^_^)

Samsung Galaxy S4 akan dilancar selepas Mei 2013

Ramai yang tertunggu-tunggu perlancaran peranti baru dari Samsung. Ura-ura terbaru Samsung S4 dikatakan akan dilancarkan hanya selepas suku kedua tahun ini iaitu selepas Mei mengikut kenyataan dari Samsung Labonan.

Samsung Galaxy S4 juga dikatakan akan mempunyai skrin hadapan bersaiz 5 inci dengan Super Amoled, menyokong paparan HD 1080P, pemproses 2.0Ghz quad-core serta RAM 2GB.
betul atau tak kenalah tunggu perlancarannya nanti. sempat lagi nak kumpul duit ni.....


Monday, January 7, 2013

Bila Anak lebih sukakan Mainan daripada Buku....Macam mana nak buat?

Aku ada terbaca dalam 1 majalah ni satu soalan yang sendiri tak tahu nak wat macam mana pada anak aku yang hari-hari mintak dibelikan mainan...
Soalan tu bertanyakan pada seorang pakar kanak-kanak, "Bagaimana nak jadikan anak minat kepada buku, kerana anaknya setiap kali keluar mesti minta mainan dan menangis bila tidak dibelikan". soalan yg menarik kan?, jawapannya: silap ibu bapa adalah kurang membelikan buku pada anak-anak, dan salah satu caranya adalah dengan mengimbangkan jumlah buku dengan mainan anak. maknanya kalau mainan anak tu satu almari maka buku juga mesti 1 almari, baru anak nampak dan ingin melihat buku tersebut.

macam kt rumah akulah, mainan sahaja xtahu banyak mana?,setiap kali keluar pergi mana-mana mesti nak mainan. buku pulak adalah 5-6 buah...bila disuruh tengoklah sekejap pastu tak tau kemana.... secara perlahan-lahan aku akan hilangkan mainan anak aku dan gantikan dengan buku, mainan yang akan aku kekal macam lego dan block sahaja.

Hidup baru pada Tahun 2013 - Abg Long masuk Tabika Kemas (episod 1)

Pembukaan tahun baru 2013 ni memang membawa perubahan dalam keluarga aku, abg long masuk Tabika Kemas tahun ini. Abg Long memang dah lama xcited sgt nak pergi sekolah ni nak berlajar ABC dan membaca macam upin & ipin katanya...ee..hee..biasalah budak budak semua benda di nak adaptasi dari kartun yg dia tengok.
Masuk Tabika Kemas ni xbanyak modal sgt berbanding tabika/taska swasta ni, yang penting dekat dengan rumah untuk memudahkan aku atau wife pergi hantar dan ambil. walaupun ramai kawan-kawan aku hantar anak diaorang ke tabika swasta kerana tabika swasta menyediakan pusat asuhan selepas selesai waktu berlajar dan Tabika swasta ini dikatakan lebih berkualiti dari Tabika Kemas.

Hari pertama masuk ke Tabika memang aku bangga sangat sebab Abg Long tenang dan bersungguh-sungguh nak berlajar,walaupun ramai budak-budak lain yang menangis nak balik, Abg long tetap cool....

Hari kedua....Aku terkejut yang amat sangat bila aku datang ambil abg Long waktu tengahri di Tabika Kemas tuu....

Bersambung dalam episod 2 nanti.....


Akhbar Harian Metro Online myMetro Berwajah Baru

Wahhhh.....new face myMetro sekarang ini berwajah baru. tahun baru berwajah baru...satu peningkatan yang menarik serta sesuatu yang baru yang menyegarkan mata pembaca, aku sarankan pembaharuan patut dilakukan oleh akhbar berita online yang lain juga.
memang sesuatu berita itu penting untuk menarik pembaca tetapi interface atau timeline dalam bahasa melayu "wajah" sesuatu laman web itu juga penting untuk pembaca kembali ke web tersebut kerana tertarik dengan ciri-ciri paparan berita dan hiasan pada muka web tersebut. Tahniah myMetro kerana berjaya melakukan pembaharuan....macamlah blog aku ni lawa sangat,hiasan pun yang biasa sahaja...blog xpopular xperlah..hee..hee... (^_^)

Friday, January 4, 2013

Kereta burukku tukar bumbung dan bonet depan

Hari ni menggu kereta buruk aku yang banyak berjasa ni untuk di polish dan di cat clear. Aku tukar bumbung dan tukar bonet depan....ermmm habis bonus tapi apa boleh buat,kereta ni penting untuk keluarga.

Kereta aku ni baru berumur 12 tahun, bumbung dah nak reput habis gelembung dan biji biji timbul sehingga karat, dah masuk air bila hujan jadi xleh tunggu lagi terpaksalah buat. aku pakai proton wira 1.5 jer, aku rasa dalam banyak kereta ni proton wiralah yang akan reput dulu...body akan naik gelembung kecil sampai pecah dan berlubang.aku rasa PROTON kena pastikan masalah body kereta jadi gelembung kecil ni perhatian yang perlu diselesaikan dengan segera. Kereta Perodua atau kereta lain xde masalah ini. Bonet aku pulak reput di sebelah bahagian bateri sampai berlubang, tukarlah bonet depan. Tukar bumbung RM1100 + bonet depan RM230= RM1330, pastu cat pulak bumbung,bonet dan bumper belakang dalam RM470 total RM1800. kalau di Shah Alam atau di selangor murah lagi, dalam RM900 kos tukar bumbung. Dah habis banyak duit, gunalah dulu kereta aku ni 2-3 tahun lagi...bg reput betul baru beli yang baru.

Nur Fathia macam ustazah - sejuk mata memandang

Antara artis wanita yang paling aku minat apabila bertudung, cantik dan terbaeklah. macam "Ustazah" pun ada, yang penting sejuk mata memandangnya...

aku sign up jadi peminat No. 1 Nur Fathia kalau dia pakai tudung sampai bila-bila pun. Ramai lelaki suka lakonan nur fathia ni bila bertudung dalam drama macam cite Nur Kasih sebagai pelakon pembantu dan watak utama dalam drama Stanza Cinta.

Banjir Lumpur di Putra Heights, Pergi laa tarah bukit lagi!.

Minggu lepas tanah runtuh sampai roboh separuh rumah, hari ni dalam paper tsunami lumpur pulak. Ada bukit cantik menghijau pergi tarah/potong buat rumah, bukan rumah orang biasa tapi untuk orang kaya sahaja...sebab harganya tinggi sangat, orang yang gaji 3-5 ribu tak mampu lagi beli rumah di kawasan bukit nie, betul tak?
semalam di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights banjir lumpur yang datang dari bukit, aku rasa dah sampai masa kerajaan melindungi kawasan-kawasan bukit ni dari dicerobohi atau di buat rumah. Tanah runtuh kat bukit setiawangsa katanya nak saman pemaju? kenapa tak saman sekali orang yang luluskan projek tu sekali baru betul!. nasiblah xde kemalangan nyawa, kalau tak nak salahkan sapa? salahkan pemaju? nak salahkan orang yang meluluskan projek tu? atau nak salahkan orang yang membeli kat situ?. fikirlah sendiri masing masing tahu membaca dan tahu berfikir...


Angry Birds, Instagram, Facebook aplikasi 2012

Diam tak diam kita dah melangkah ketahun 2013, 2012 dah tinggal kenangan pahit dan manis kita disepanjang tahun itu. Kita kena renung balik , ingat semula tengok kat mana silap kita dan wat perubahan supaya hidup kita pada tahun 2013 ni lebih baik dari tahun 2012 yang lepas ... betul x? sebenarnya aku nak cite tentang aplikasi terbaik tahun 2012 yang lepas nie.
Kalau orang lelaki suka aplikasi seperti game lumba kereta, macam tu jugak dengan aplikasi hebat seperti angry birds, instagram, facebook menjadi aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2012. aplikasi dibuat seiring dengan teknologi smartphone yang semakin hebat dengan teknologi quad-core,amoled,prosesor yang tinggi dan sebagainya sekarang nie.

Youtube dan Angry Birds pulak menjadi antara aplikasi tiga paling utama setiap pengguna internet.

satu lagi yang famous sekarang aplikasi Draw Something bagi iPhone dan Android meraih populariti pantas selepas ia dilancarkan pada Februari dan menjadi aplikasi berbayar kedua paling banyak dimuat turun bagi Android dan peranti Apple.

setakat ini aku pun guna aplikasi yang percuma sahaja di Play Store, takdak duit nak beli yang berbayar lagi. apa pun teknologi ini kena pandai diadaptasi kepada kehidupan kita seharian supaya tidak mengabaikan insan-insan disekeliling kita mahupun diri kita sendiri. Renung-renungkan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...