ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, January 4, 2013

Banjir Lumpur di Putra Heights, Pergi laa tarah bukit lagi!.

Minggu lepas tanah runtuh sampai roboh separuh rumah, hari ni dalam paper tsunami lumpur pulak. Ada bukit cantik menghijau pergi tarah/potong buat rumah, bukan rumah orang biasa tapi untuk orang kaya sahaja...sebab harganya tinggi sangat, orang yang gaji 3-5 ribu tak mampu lagi beli rumah di kawasan bukit nie, betul tak?
semalam di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights banjir lumpur yang datang dari bukit, aku rasa dah sampai masa kerajaan melindungi kawasan-kawasan bukit ni dari dicerobohi atau di buat rumah. Tanah runtuh kat bukit setiawangsa katanya nak saman pemaju? kenapa tak saman sekali orang yang luluskan projek tu sekali baru betul!. nasiblah xde kemalangan nyawa, kalau tak nak salahkan sapa? salahkan pemaju? nak salahkan orang yang meluluskan projek tu? atau nak salahkan orang yang membeli kat situ?. fikirlah sendiri masing masing tahu membaca dan tahu berfikir...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...