ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, January 9, 2013

Nokia Malaysia Mengumumkan Nokia Lumia 620 Boleh Dibeli Bermula Jumaat Ini

Tengok facebook tadi nampak post dari Nokia Malaysia mengumumkan ketibaan Nokia Lumia 620 yang dioperasikan oleh windows 8 dan boleh dibeli di kedai kedai terpilih bermula jumaat nanti.
Antara yang menarik menegenai SmartPhones Windows 8 Nokia Lumia 620 ni, paparan skrin 3.8 inci LCD+ClearBlack , kamera 5 megapixel+autofocus+LED Flash dengan teknologi Smart Shoot, pemproses 1 GHz dual-core SnapDragon S4 yang terkini sekarang ini, bateri 1300 mAh,NFC,Nokia Maps dan banyak lagi.

Dapat rebat RM200 ni boleh la beli Nokia Lumia 620 bagi yang berminat dan ingin mencuba kehebatan Windows 8 Phone dari Nokia yang memang terkenal dengan kualiti produknya serta kehebatan teknologi yang ditawarkan. Dengan harga yang berpatutan serta dioperasikan oleh Windows 8, Nokia Lumia 620 ini dijual pada harga RRP RM799 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu kuning,hitam dan putih.
Kalau aku dapat rebat nanti mungkin aku akan beli Nokia Lumia 620 ini. Ini kerana Nokia Lumia 620 adalah satu-satunya smartphones windows 8 yang paling murah dipasaran sekarang ini dengan spesifikasi yang tinggi yang tak mungkin kita dapat dengan harga ini dari pengeluar telefon pintar lain.

Info: Nokia Lumia 620

Dioperasikan: Windows 8
Pemproses: 1 GHz dual-core SnapDragon S4 processor
Kamera: 5 MP autofocus dengan LED Flash + Smart Shoot
Paparan skrin: 3.8 inci dengan Capacitive Multipoint-Touch
Berat:127 g
Harga: RRP RM799
Keistimewaan: SmartPhones Windows 8 dengan spesifikasi yang tinggi pada harga RM799.
kekurangan: kapasiti bateri 1300 mAh yang mungkin akan menghadkan penggunaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...