ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, January 4, 2013

Kereta burukku tukar bumbung dan bonet depan

Hari ni menggu kereta buruk aku yang banyak berjasa ni untuk di polish dan di cat clear. Aku tukar bumbung dan tukar bonet depan....ermmm habis bonus tapi apa boleh buat,kereta ni penting untuk keluarga.

Kereta aku ni baru berumur 12 tahun, bumbung dah nak reput habis gelembung dan biji biji timbul sehingga karat, dah masuk air bila hujan jadi xleh tunggu lagi terpaksalah buat. aku pakai proton wira 1.5 jer, aku rasa dalam banyak kereta ni proton wiralah yang akan reput dulu...body akan naik gelembung kecil sampai pecah dan berlubang.aku rasa PROTON kena pastikan masalah body kereta jadi gelembung kecil ni perhatian yang perlu diselesaikan dengan segera. Kereta Perodua atau kereta lain xde masalah ini. Bonet aku pulak reput di sebelah bahagian bateri sampai berlubang, tukarlah bonet depan. Tukar bumbung RM1100 + bonet depan RM230= RM1330, pastu cat pulak bumbung,bonet dan bumper belakang dalam RM470 total RM1800. kalau di Shah Alam atau di selangor murah lagi, dalam RM900 kos tukar bumbung. Dah habis banyak duit, gunalah dulu kereta aku ni 2-3 tahun lagi...bg reput betul baru beli yang baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...