ads by nuffnang

Join The Best Followers

Monday, January 7, 2013

Bila Anak lebih sukakan Mainan daripada Buku....Macam mana nak buat?

Aku ada terbaca dalam 1 majalah ni satu soalan yang sendiri tak tahu nak wat macam mana pada anak aku yang hari-hari mintak dibelikan mainan...
Soalan tu bertanyakan pada seorang pakar kanak-kanak, "Bagaimana nak jadikan anak minat kepada buku, kerana anaknya setiap kali keluar mesti minta mainan dan menangis bila tidak dibelikan". soalan yg menarik kan?, jawapannya: silap ibu bapa adalah kurang membelikan buku pada anak-anak, dan salah satu caranya adalah dengan mengimbangkan jumlah buku dengan mainan anak. maknanya kalau mainan anak tu satu almari maka buku juga mesti 1 almari, baru anak nampak dan ingin melihat buku tersebut.

macam kt rumah akulah, mainan sahaja xtahu banyak mana?,setiap kali keluar pergi mana-mana mesti nak mainan. buku pulak adalah 5-6 buah...bila disuruh tengoklah sekejap pastu tak tau kemana.... secara perlahan-lahan aku akan hilangkan mainan anak aku dan gantikan dengan buku, mainan yang akan aku kekal macam lego dan block sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...