ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, December 26, 2012

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di Pawagam Feb 2013


Kisah bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.

Selepas beberapa hari Usin pulang ke kampung, Kampung Pisang dilanda pula pelbagai peristiwa aneh. Difahamkan peristiwa aneh berkenaan mempunyai kaitan dengan sejarah misteri di kampung itu sejak 45 tahun lalu.
Kejadian kehilangan lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang dulunya dianggap ‘hantu’, sudah pulih sepenuhnya.
Dia kemudian sibuk merancang rombongan ke Singapura bersama penduduk Kampung Pisang malah mempelawa Husin menjadi pembantunya.

Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin.

Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu?

Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta?

Cerita ini lagi best dan seronok ditonton bersama keluarga, memang Happening....

Thursday, December 13, 2012

Datuk K cedera kemalangan di New Zealand


Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Datuk K yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, mengikut berita dari akhbar Utusan Malaysia tadi.

Banyakkan bersabar yer Datuk Siti Nurhaliza...semoga Datuk K cepat sembuh...


Misi cipta kejutan

Malaysia boleh!!!. Pertembungan getir menentang Thailand bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2012, malam ini.

Atas kertas, skuad kebangsaan berdepan misi mencabar untuk menggapai tiket ke final dalam usaha mempertahankan kejuaraan dimenangi di Jakarta, dua tahun lalu selepas sekadar seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan bahaya kerana Thailand yang dikendalikan Winfried Schafer hanya memerlukan keputusan seri 0-0 untuk mara ke final buat kali keenam dengan mengambil kira format gol di tempat lawan.

Aku yakin walaupun kita seri pada perlawanan ahad lepas, Harimau Malaya mampu menang perlawanan malam ni asalkan semangat juang mereka tinggi dan jangan cepat mengaku kalah.

Aku rasa Harimau Malaya menang 1-0 Thailand...

Monday, December 10, 2012

Harimau Malaya mesti baham Thailand di Bangkok khamis ini

Harimau Malaya berdepan tugas berat pada separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok Khamis ini apabila membenarkan Thailand bangkit untuk seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Apa pun aku tetap sokong Harimau Malaya dan percaya pasukan Malaysia mampu membuat keajaiban untuk menang khamis nanti. Walaupun corak permainan bola sepak negara belum sampai pada tahap kelab terkemuka dunia aku tetap yakin.

Pada pendapat aku, pemain kita perlu memantapkan kawalan bola dan hantaran bola supaya tepat kepada pemain lain. Dari apa yang dipamerkan semalam, hantaran bola oleh pemain kita entah kemana-mana, tak tahu pada siapa bola dihantar serta gagal membuat hantaran dengan baik adalah punca utama Harimau Malaya gagal untuk menang semalam. nie pendapat aku jer...

Aku harap pemain kita berusaha keras dan membuktikan mereka layak menang Piala AFF Suzuki 2012 ini. Good Luck Harimau Malaya...

Rugi tak tengok movie The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

Hari minggu yang lepas layan Movie The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2, aku dah tengok siri-siri The Twilight sebelum ini, The Breaking Dawn Part 2 ini adalah siri yang terakhir. aku bagi 5 bintang cerita ni memang best, walaupun aksi berlawan hanya dihujung cerita tapi jalan cerita yang menarik dan hebat menjadikan cerita ini yang terbaik tahun 2012 ini bagi aku.

layan pukul 1 Pagi pukul 4 baru habis...memang puas hati. so sape-sape yang belum tengok cite nie aku saran tengoklah memang tak rugi.

Jalan cerita yang terakhir ini mengisahkan "Bella telah melahirkan seorang bayi perempuan anak kekasihnya "edward" dimana ia dicurigai dan dikatakan telah melanggar undang undang pontianak/vampire. mereka terpaksa mengumpul seberapa ramai saksi bagi mengatakan bahawa mereka tidak melakukan kesalahan sebelum kedatangan Pontianak/vampire yang datang untuk mengadili mereka jika benar anak mereka adalah Pontianak/vampire yang mampu memberi ancaman kepada semua Pontianak lain.

Rugi tak tengok...aku bagi 5 bintang *****

Thursday, December 6, 2012

Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online

Macam ni laa baru dikatakan mengunakan teknologi. Pendaftaran permohonan pemilikan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan secara online (dalam talian) mulai Sabtu ini, bagi proses pengundian. Jadi takdelah susah orang ramai nak memohon, nak kena cari borang, nak isi, nak itu ini. Isi online senang,mudah dan cepat.

Mereka yang berminat memohon perlu mengikuti kriteria seperti mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan, warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan tidak mempunyai rumah lebih dari satu. Mereka yang layak diharap segera mendaftarkan diri dan pihaknya juga akan menjalankan beberapa proses cabutan undi dalam tempoh dua ke tiga bulan akan datang.

Maklumat terkini mengenai pembukaan pembinaan baru di bawah projek PR1MA ini akan dimaklumkan kepada pemohon melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel mengikut pilihan kawasan mereka yang pilih ketika proses pendaftaran. Pemohon yang sudah berdaftar akan kekal dalam sistem sehingga terpilih dalam cabutan untuk memiliki rumah, sebarang penambahan maklumat seperti pertukaran status boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.

Aku nak cuba jugaklah, I'Allah kalau ada rezeki dapat beli rumah di bandar seperti Kuala Lumpur nie dengan harga yang berpatutan. Alhamdulillah.

(^_^)


'Hanya 2 kelopak mata, kaki kanan boleh bergerak'

Salam semua, tadi aku terbaca artikel ini di Malaysiakini. Aku rasa sedih tengok adik Adam Azfar yang mengalami ketumbuhan di bahagian otaknya dan sekarang hanya mampu mengerakkan 2 kelopak mata dan kaki kanannya sahaja. Bila tengok adik Adam Azfar ni , nampak anak sendiri.

Ini adalah artikel tersebut di Malaysiakini.

Selepas 13 kali menjalani rawatan radioterapi, anak sulung kesayangan Penolong Pengarang Meja Bahasa Melayu Malaysiakini, Mohd Jimadie Shah Othman - Adam Azfar setakat ini, hanya mampu menggerakkan dua kelopak mata dan kaki kanannya sahaja.

Anak sulung manja pasangan Mohd Jimadie Shah Othman, 32, dan Emme Nurelyana Sazali, 31, dimasukkan ke Hospital Serdang pada 3 November lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan mengidap ketumbuhan.

Ketumbuhan yang dikenali sebagai 'Pontine Glioma' sepanjang 2.5cm itu dikesan berada di tengah-tengah bahagian otak Adam Azfar.
Adam Azfar dibenarkan pulang ke rumah pada 30 November lalu, selepas tiga minggu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Adam turut menyambut ulang tahunnya ke-6 kelahirannya pada 23 November lalu di hospital itu.

Berbanding dahulu, anak kecil itu yang ceria, aktif dan tidak kekok bermain-main dengan rakan-rakannya, kini terlantar di katil di rumahnya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

"Keadaannya masih tidak bagus... Tetapi dia masih sedar. Hanya dia tak boleh bercakap dan tidak boleh makan melainkan susu bernutrien tinggi melalui tiub.

"Semua anggota tidak boleh bergerak, kecuali kaki kanan dan dua kelopak mata," kata Mohd Jimadie Shah kepada Malaysiakini.

Menurutnya, anaknya itu - yang ada kala menangis dan ada kala ketawa - hanya diberi susu bernutrien tinggi bernilai RM136 dan disediakan sebanyak 100 mililiter bagi setiap empat jam setiap hari.

Tabah mengasuh anaknya setiap hari, Mohd Jimadie mengakui takut melihat timbunan ubat bagi menahan kesakitan anaknya, bagaimanapun menerima hakikat keperitan yang ditanggungnya adalah kehendak dan ketentuan Allah terhadap diri dan keluarganya.
"Ubat-ubat itu dihancurkan dan dimasukkan ke dalam susu. Steroid pula diberikan untuk mengelak bengkak selepas rawatan radioterapi," katanya.

Kadang-kadang Adam Azfar akan mengalami muntah dengan kekerapan sekali dalam tempoh dua hari, katanya.

Mohd Jimadie berkata antibodi anak lelakinya itu kini lemah dan Adam tidak boleh berada di tempat awam bagi mengelakkan sebarang jangkitan untuk mengelak selsema dan batuk.

Katanya, Adam Azfar masih perlu berulang-alik setiap hari dari Puchong ke HKL untuk menjalani baki rawatan radioterapi sebanyak 16 kali dan hari ini anaknya menjalani rawatan ke-14.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Jimadie Shah bernombor 164717019142 (Maybank).

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini Adam Azfar di laman sosial Facebook 'We Love Adam Azfar'.


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَنْ ‏ ‏نَفَّسَ ‏ ‏عَنْ مُؤْمِنٍ ‏ ‏كُرْبَةً ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كُرَبِ ‏ ‏الدُّنْيَا ‏ ‏نَفَّسَ ‏ ‏اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏كُرْبَةً ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كُرَبِ ‏ ‏يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه. رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه والحاكم وقال صحيح على شرطهما.
“Sesiapa yang melepaskan belenggu kesukaran saudara seIslam daripada belenggu kesukaran dunianya, nescaya Allah akan melepaskan belenggu kesukaran di akhirat kelak. Dan sesiapa yang memudahkan kepayahan (saudara seIslam) Allah akan memudahkan kepayahan dunia dan akhiratnya. Dan sesiapa yang menutup aib saudara seIslamnya, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan sesungguhnya Allah akan sentiasa menolong seseorang hamba-Nya, selagi mana hambanya sentiasa menolong saudaranya”. Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Hakim dengan katanya Sahih menurut syarat-syaratnya.

Hujung bulan ini aku pasti ramai yang dapat imbuhan lebih seperti bonus dan macam macam lagi, aku rasa kalau dermakan RM10 seorang pun tak dak masalah dan membebankan pun. Cuma kita perlu ikhlas dan niat membantu kerana Allah S.W.T, I'Allah kita beroleh ganjaran yang besar dariNYA. Amin

Monday, November 12, 2012

Simpanan Bonanza SSPN-i- Deposit RM100 berpeluang memenangi RM100,000!

Gandakan RM 100 kepada RM 100,000.

Tabiat menabung semakin menyeronokkan kalau anda dapat menggandakan wang anda dengan mudah!

Hanya depositkan RM100 dalam akaun SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya 30 hari dan anda berpeluang memenangi RM100,000! Mudah sahaja, bukan?
Simpanan Bonanza SSPN-i sedang menunggu anda. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan akaun anda untuk RM100,000 sekarang juga!

SSPN ini adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang wajib ada ketika seseorang mendaftar di Universiti bagi mendapatkan pinjaman PTPTN. Jadi tak rugi kita menabung demi masa depan anak anak kita, yang mana kos pendidikan semakin hari semakin mahal.

Rancanglah dari sekarang... Jom check it out Simpanan Bonanza SSPN-i, mana tahu ada rezeki dapat wang tunai RM 100,000. Klik disini untuk maklumat lanjut PTPTN Simpanan Bonanza SSPN-i.

Tuesday, October 23, 2012

Bilerr umur dah masuk 3 Series (30an)

Salam semua, Terima kasih sekali lagi kepada kawan-kawan yang mengucapkan selamat pada hari lahir aku 2 minggu lepas. Bile umur dah masuk 3 Series ni fikiran automatik mengimbas kembali kebelakang,bermacam macam soalan yang keluar pada diri sendiri, antaranya Pada umur 30 tahun sekarang ini apakah pencapaianku?. Apakah aku puas hati dengan apa yang telah aku lakukan?. Adakah aku dah buat sehabis mampuku untuk memberi yang terbaik pada keluargaku dan diriku sendiri?.

Jawapannya, Masih banyak yang perlu diperbaiki dan diubah supaya kehidupan lebih bermakna dan lebih baik dari sebelumnya. Terlalu banyak kelemahan pada diri sendiri sehinggakan gagal dalam banyak perkara.

Sekarang aku kena berubah, bangun dari mimpi sebelum terlambat....tak perlu tunggu tahun baru untuk AZAM BARU. Sekarang Azam Baru dah bermula...

Aku harap kawan-kawan pun sama, sentiasa menilai semula diri sendiri supaya setiap apa yang kita lakukan memberi kebaikan kepada diri kita dan orang yang berada disamping kita.

Imam Ali berkata,"Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya".

Thursday, October 4, 2012

Aku Jatuh Cinta dengan SAMSUNG SMART LED TV

Kebetulan pergi Tesco Ampang tadi cari"Safety Gate " untuk sekat Haziq dari memasuki bahagian dapur, sempat laaa tengok kedai SAMSUNG yang baru dibuka di Tesco Ampang.
Aku terpukau dengan kecanggihan dan Kecantikan SAMSUNG SMART LED TV. I'Allah ada rezeki aku nak beli satu, dapat SMART TV Series 5 SAMSUNG ni pun jadi laa. Nak beli beli SLIM LED TV tak mampu sebab harganya memang mahal bagi aku yang bergaji kecil nie, jadi aku berkenan pada SAMSUNG LED TV Series 5 yang harganya lagi 1 ringgit nak genap 2 ribu.

Keistimewaan SMART TV nie ialah kita boleh melayari internet melalui SMART TV tersebut seperti melayari youtube,skype,facebook, menonton movie dan banyak lagi aplikasi yang tersedia . Fungsi fungsi lain adalah boleh berkongsi apa sahaja dengan SMART TV melalui laptop, galaxy tab melalui aplikasi AllShare.

inilah SMART TV - SAMSUNG LED TV Series 5 aku (heee...hee...kalau ada duit nak beli,xbeli lagi)
Dengan paparan resolusi tinggi Full HD 1080p serta teknologi Wide Colour Enhancer Plus dari SAMSUNG....Pergghhh tak tau nak cakap memang TErbaikklah.

Tak sabar rasanya nak beli TV nie....Menawan Hatiku...


Wednesday, October 3, 2012

"Safety Baby Gate" untuk menghalang Haziq masuk ke Dapur

Baru pulang dari Tesco g beli "Safety Baby Gate" nak pasang pada bahagian nak masuk ruang dapur. Haziq ni asyik duk g dapur buka peti ais jerrrrr......1 hari lebih 10 x , lama-lama rosak laaa peti ais tu,dari kena beli peti ais baru baik beli Gate yang harga seratus lebih nieee....

Bagus jugak beli Gate ni bagi yang ada anak anak kecil, Dapur adalah salah 1 tempat didalam rumah yang merbahaya untuk anak kecil yang belum memahami apa apa lagi....didapur ada air panas,minyak panas,pingan mangkuk,cawan kaca dan macam macam lagi yang boleh merbahayakan anak anak kita. Jadi lebih baik mencegah sebelum kena, dah kena baru nak cari cara halang anak anak dari perkara yang merbahayakan mereka,waktu tu dah terlambat.

Poster rasmi untuk Twilight Breaking Dawn Part 2 telah diumumkan!

Poster rasmi untuk Twilight Breaking Dawn Part 2 telah diumumkan!

Twilight Breaking Dawn Part 2 ini adalah sequel terakhir untuk filem Twilight ini, Namun Poster ini amat biasa untuk promosi Twilight yang memang status Box Office ini. Jika dimasukan sedikit part-part dari siri Breaking Dawn part 2 ini mungkin menambahkan sedikit lagi rasa teruja untuk orang ramai pergi menontonnya di wayang. Apa pun aku tak sabar jugak nak tengok filem ni, nak tahu macam mana penamat kepada filem yang mengisahkan manusia,vampire serta serigala jadian ni.....


Thursday, September 27, 2012

'Soalan BERSIH dalam peperiksaan percubaan SPM'

Terbaca kat satu akhbar online tadi, terkejut jugak ada soalan macam ni untuk percubaan SPM walaupun ianya subjek Moral.
Apa-pun subjek untuk pelajar sekolah ni aku rasa tak patut ada soalan sebegini kerana boleh menimbulkan kekeliruan terhadap minda pelajar tentang apa yang berlaku di negara kita. Cukuplah pelajar ni dibebankan dengan soalan-soalan peperiksaan yang sepatutnya!.

Apa pendapat korang?




Thursday, September 6, 2012

Empat syarat isteri masuk syurga

TERDAPAT hadis Nabi s.a.w yang menceritakan keadaan di neraka, antaranya ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat seksaan disebabkan dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad? “ Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i).

Dari Abdullah bin Umar katanya: Rasulullah bersabda bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?”

Rasulullah bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. “

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah bersabda maksudnya: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.

“Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”

Dalam hadis lain, dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka adalah:

1. Orang yang gemuk tapi kurus
2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa tiga golongan manusia yang akan menerima seksaan di neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula penciptaannya sehingga berlaku hari kiamat. Huraian untuk tiga golongan itu adalah seperti berikut:

Pertama, orang yang gemuk tapi kurus. Mereka ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama di akhir haidnya.

Wanita kurang mengambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contohnya, wanita yang bekerja di pejabat, apabila habis darah haidnya jam 3 petang biasanya mereka tidak akan mandi hadas di pejabat dan hanya mandi apabila pulang ke rumah.

Hakikat sebenarnya, dia sudah meninggalkan solat fardu wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukan majlis kenduri-kendara.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditinggalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya, di samping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah tetapi ramai wanita tidak mengambil berat fidyah yang wajib ditunaikan.

Sebahagian wanita yang berkemampuan masih menangguh kewajipan menunaikan fardu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancong.

Kedua, orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat kepada agama. Di tafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yang sempurna menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan di dada.

Mereka seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang). Sesuailah dengan hadis Nabi yang mengatakan wanita berpakaian seksi tidak mencium bau syurga. Rasulullah bersabda maksudnya: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka mengenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan lenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim).

Pada dasarnya, apa saja bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat berikut:

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak nipis dan jarang.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata. Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian kaum lelaki.

Ketiga, orang alim tapi jahil ialah golongan ulama yang menghalalkan perkara haram bagi kepentingan peribadi.

Syarat layak digelar ulama adalah takutkan Allah.

Seorang alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, di sisi Allah mereka tidak layak digelar ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu tertentu atau kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.

Selain itu, takut kepada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu itu supaya manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan diharamkan Allah atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya, maka ulama seperti itu amat dibenci Allah.

Itulah yang dikatakan orang alim tetapi jahil. Marilah kita menginsafkan diri dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah.

Buatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi mukmin yang sentiasa diredai dan dirahmati Allah.

Kita diberi pilihan untuk memilih jalan yang lurus atau bengkok.

Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkok adalah jalan menuju ke neraka.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, September 5, 2012

Samsung's new Galaxy Note 10.1

Models with Samsung's new Galaxy Note 10.1. The new device, which now comes in twice the size of its predecessor, offers users a 3-in-1 functionality that are Internet, productivity and phone in one slim package. It features a quad-core 1.4GHz processor with 2GB RAM, Android Ice Cream Sandwich OS and a stylus called S pen. To make it a truly productivity tool, Samsung has bundled software like Polaris Office, Photoshop Touch, S Note and S Planner. It also has a new education hub called Learning Hub for users to access educational content. This 10.1-inch device is now available at RM2,199. For more info, go to www.samsung.com/my

Saturday, August 11, 2012

Om Shanti Om - Deewangi Deewangi ( Lagu Paling Ramai Hero & Heroin)

Aku salah seorang peminat hindustan suatu ketika dahulu...dari zaman sekolah lagi pastu dah keje ni kurang masa nak layan cerita-cerita Hindustan ni. ada masa layan youtube tengok lagu-lagu Hindi yang Best dan meletup. macam lagu ni yang menampilkan paling ramai hero dan heroin Bollywood. Jom Layan.....Memang mantap dan meletup....

Klik LIKE kalau suka tau...haa..haa....

Saturday, August 4, 2012

Ramai Yang Tak Faham Fungsi Facebook? Mai Baca Disini!!!

Aku kesian pada individu-individu yang tak faham konsep facebook tapi hari-hari menggunakan laman sosial facebook. fahamkan maksud "Laman Sosial", banyak aku tengok di facebook contoh apa aku lihat,seorang kawan menghantar meseg melalui facebook kepada berpuluh-puluh kawanya di facebook, pastu terbaca 1 komen yang menyakitkan hati, "Semak Inbox aku jerr". Disini aku nak tanya apa yang semak kt inbox ko tu?ko bayar ke sewa inbox tu?,dah kalau tak boleh tolong walau sekecil tu pun, minta pertolongan yang lain jangan haraplah kan?.
Facebook adalah laman sosial dimana kita chat bersama kawan-kawan,sharing dengan kawan-kawan,menyatakn keadaan kita, berkongsi suka dan duka serta banyak lagi. Kalau seseorang tu cerdik pandai,jika ada sesuatu yang dia tidak suka di facebook...buat tak tahu dah laa!. Tak suka kawan-kawan "Tag" ko pada gambar klik jer remove tag. kalau aku cakap "BODOH" ko marah tapi tu la hakikat.

Bila kita nak berkawan dengan seseorang kita akan request friends betul? so bila diterima " accept friends request" automatic jadi kawan, "KAWAN" tidak akan menyakitkan hati kawan serta mengeluarkan kata-kata tidak baik... tambah lagi kita ni orang ISLAM...Berkawan serta berbuat baik pada kawan dapat Pahala walaupun ko klik like jer status dia, dia tengok dan tersenyum...dapat pahala kerana mengembirakan kawan.

Ini "Tag" tak boleh sebab menyemak!, hantar meseg menyemakan inbox pulak!, Post kat wall ko...ko kata semakkan wall pulak!!!. Aduh...kalau macam ni aku "Unfriends" laa bukan ape tak nak semakkan facebook ko tu...

Senang cerita, jangan kawan dengan orang...ko facebook sorang-sorang!. Ko nak syok sendiri pun orang tak marah. berapa banyak "Notifications" pada Facebook ko pun apa nak kisah? Dah laa Facebook tak payah bayar, free jer pastu orang tag,share,meseg dan tengok Notifications banyak nak marah serupa ko bayar beribu untuk facebook ko!. Kenalah Matang dalam membuat penilaian dan keputusan. Facebook untuk orang ramai berkawan,berkongsi,bersosial,bertanging, dan macam-macam lagi. Nasihat aku pada orang yang macam ni...sedarlah apa itu Fungsi Facebook dan kegunaanya. kalau tak suka jangan berfacebook sebab facebook memang dicipta untuk tujuan tersebut oleh kerana itulah fungsi meseg,tag,share dan pelbagai lagi ada. Ok Faham!!!

Thursday, July 26, 2012

Anak Adalah Rezeki Dan Anugerah Allah S.W.T

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menambahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.
Muhammad Haziq Irsyad bin Abdul Malik

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).
Muhammad Izz Hafizulah bin Abdul Malik & Muhammad Haziq Irsyad bin Abdul Malik

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Puasa Hari Ke - 5 Bersederhana ketika Berbuka Puasa

Syukur pada Allah S.W.T kerana diberi peluang berpuasa di hari ke-5 dengan keadaan sihat walafiat serta gembira bersama keluarga.

Berbuka dengan sederhana...tak nak lebih dan membazir cukuplah sekadar ada dan cukup sahaja.
Ketika berbuka pun, aku tak makan banyak...Yang pertama adalah buah kurma, minum air, makan kueh 1 potong dan yang terakhir adalah makan nasi. Habis sepinggan dah kenyang, tak tambah-tambah. kalau tak puasa conform 2 pinggan nasi dah tu.


Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah Bonus Raye 9 Ogos 2012

Terima Kasih Kerajaan Malaysia kerana menghargai penjawat awam...

Lepas laa buat beli baju raya dan service kereta sebelum raya ni. Terima kasih....


Esok dah Gaji, Ramai Yang Akan Mula Shopping Baju Raya

Esok dah gaji 25 jul 12, aku percaya ramai yang mula beli baju raya untuk isteri dan anak-anak. Yerlah bagi aku isteri dan anak-anak kena diutamakan, aku pakai baju raya tahun lepas pun xper...tak kisah. Janji keperluan isteri dan anak-anak untuk menyambut Hari Lebaran nanti lengkap.
Kena hati-hati jugak berbelanja, kereta belum service,tayar belum tukar baru untuk perjalanan jauh dan macam-macam lagi kena fikir jugak!. so tepuk dada tanya selera, beli yang perlu sahaja. Jangan terlebih berbelanja takut nanti menyusahkan diri sendiri.

Menu Bersahur Pilihan Aku

Bersahur ni biarlah yang simple-simple jer, menu pilihan aku untuk bersahur ialah daging goreng kunyit ditambah lagi kalau ada telur masin pun ok jugak kan. lepas makan nasi...makan kurma 2-3 biji untuk tenaga semasa berpuasa...banyakan minum air masak bagi memastikan badan kekal bertenaga dan kita tak mengalami masalah kurang air dalam badan. Kesihatan kena diutamakan betul tak?....yerlah kalau badan tak sihat macam mana nak berpuasa?. so pastikan kita kekal sihat...

Like pages fb malik torpedo k.tq

Puasa Hari Ke 4 - Seronok Berbuka Bersama Isteri & Anak-anak

Puasa hari ke-4 dah jadi seolah-olah kita berpuasa ni macam rutin harian, perut pun dah jadi biasa. Balik dari kerja singgah di pasar ramadhan keramat kejap beli air tebu...nampak murtabak macam best jer so belilah satu.

Balik dari pasar ramadhan, mandi dan solat asar. tengok jam pkl 6 petang baru. so ajak anak anak p ronda-ronda dulu dengan motosikal pastu singgah play ground jap, jam menunjukkan pukul 7 petang so terus balik rumah menantikan waktu berbuka. anak-anak pun excited nak berbuka, seronok makan berbuka dengan anak anak ni terasa ramai pulak. sedikit kecewa apabila murtabak yang dibeli petang tadi terasa seperti sudah basi, redha jerlah( tak makan).

Alhamdulillah semenjak menyambut puasa ni, semuanya cukup dari segi solat, puasa, makan minum, perkerjaan pun jadi mudah serta hati menjadi lebih tenang.

Tuesday, July 24, 2012

Kurma Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung & Si Manja Anda

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.

Nasib Isteri Pandai Memasak - Boleh Makan yang Sedap-sedap di Bulan Ramadhan nie!!!

Alhamdulillah Puan Nor Arizan bte Deraman pandai memasak & rajin,tak dak masalah untuk memasak menu-menu berlainan setiap hari, Terima Kasih isteriku. kalau tak mau tapau kt pasar ramadhan jugak laa. setakat ni semua masak kt rumah, cuma beli air tebu jer kt pasar ramadhan. tak payah membazir...
Aku hormat pada isteri-isteri yang memasak dirumah untuk berbuka puasa,barulah mantap...tambah pula di bulan ramadhan ini bertambah lipat ganda pahala yang mereka perolehi. apa yang para isteri lakukan untuk rumahtangga pasti si suami tak mampu lakukannya. cthnya: Jaga anak-anak, jaga rumahtangga,memasak,membersihkan rumah,membasuh baju & macam macam lagi. i salute u Full Time HouseWife....u are The BEST!!!

Puasa Hari Ke-3 Sambil Berkerja - Okey

Hari Pertama kerja dibulan puasa, semua orang slow jer,office sunyi sambil sekali sekala dengar orang bersembang. Nasib kerja tak banyak,boleh relaks.

Balik kerja terus pergi Pasar Keramat cari air tebu,nikmat minum air tebu dibulan puasa. memang best...

lepas berbuka,solat maghrib pastu duk layan haziq main bola dengan abang long dia, pukul 10 terus pengsan sedar tadi pukul 1....nasib baru pukul 1 pagi,bukan apa belum solat isyak. mandi jap pastu solat isyak layan fb n update blog nie. selesai...jom nak sambung tido pulak!!!



Monday, July 23, 2012

Honda Civic Generasi Ke-9 - Terbaru Menawan Hatiku

Honda Malaysia telah melancarkan Honda Civic Generasi Kesembilannya dengan pemasangan tempatan tahun 2012. Peminat-peminat Honda pasti tak sabar nak ke showroom untuk melihat sendiri Honda Civic terbaru ini. Sekali tengok terus hati terpikat, cantik , menawan ...kau memang NgeBommmm!


Honda Civic Gen-9 Bersama Bodykit Modulo
Lampu belakang yang mirip lampu belakang Mercedes Benz C200.

Harga untuk Honda Civic 1.8S adalah RM115,980, Harga Honda Civic 2.0S adalah RM131,980, dan harga Honda Civic 2.0 Navi adalah RM136,980, manakala untuk versi Hybrid adalah RM119,980. Semua harga adalah untuk atas jalan dan Honda sedia menerima tempahan untuk model ini.

Silalah tempah bagi yang berminat dan berkemampuan....KERETA untuk HARI RAYA AIDILFITRI Tahun 2012.

Aku Peminat Motorsikal Berkuasa Tinggi Ducati

Aku peminat motorsikal berkuasa tinggi Ducati, Nak beli memang tak mampu so tak salah kalau kita minat kan,mungkin suatu hari nanti kita mampu memilikinya. Terbaca mengenai Motorsikal Ducati yang baru dilancarkan di malaysia ini Ducati Diavel dan Ducati Monster Art menawan hatiku.....
Bayangkan anda yang sedang menungang....balik kampung!. haa...haa....

Harga untuk Ducati 795 bersama Monster Art adalah RM61,900 dan RM65,900 bagi Ducati Monster 795 bersama Monster Art Termignoni ekzos.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...