ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, December 26, 2012

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di Pawagam Feb 2013


Kisah bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.

Selepas beberapa hari Usin pulang ke kampung, Kampung Pisang dilanda pula pelbagai peristiwa aneh. Difahamkan peristiwa aneh berkenaan mempunyai kaitan dengan sejarah misteri di kampung itu sejak 45 tahun lalu.
Kejadian kehilangan lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang dulunya dianggap ‘hantu’, sudah pulih sepenuhnya.
Dia kemudian sibuk merancang rombongan ke Singapura bersama penduduk Kampung Pisang malah mempelawa Husin menjadi pembantunya.

Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin.

Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu?

Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta?

Cerita ini lagi best dan seronok ditonton bersama keluarga, memang Happening....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...