Sekali sekala bawa family bercuti ni best jugak walaupun singkat cuma 1 hari 1 malam...bertolak dari Felda Sebertak dah tengahari sampai dah petang check in hotel, rehatkan badan jap...abg long n haziq excited sangat tidur kat hotel ni...
Dua hero aku
Dah selesai rehat, mandi dan dah segar keluar g cari kedai dulu..perut lapar bro...nasib hotel dekat dengan kedai makan dan pasar malam Brinchang tu yang penting!.
(dah xhencem seperti dulu!, dulu aku hensem ke?haa..haaa...)
Ni yang tak berapa gemar ni, tiru aksi gangnam style...kononnya menerap dalam lif...kotor laaa baju tu abg long.... Bangun!!!!
Ok dah selesai isi perut...jom p pasar malam kita tengok apa yang ada....disepanjang jalan nak ke pasar malam ada kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan untuk pengunjung Cameron Highlands seperti baju sejuk,cap,sarung tangan dan macam-macam lagi....sejuk tau waktu aku p ni...pergghhhh tak tahan kena angin malam kat sini.....
Abg Long dengan sarung tangan,cap dan scarf baru beli ....sejuk!!!
banyak cenderahati untuk dibawa pulang..kot kot laaa nak bagi kepada ahli keluarga ke?kawan-kawan ke?
Pantang jumpa ultraman
@ pasar malam brinchang...macam macam ada kat sini dan orang pun ramai sangat susah nak jalan.
Hari kedua pergi beberapa tempat antaranya Ladang Stawberry ni...haa... nak bagi isteri dan anak-anak petik sendiri starwberry ni...best dan sedikit merbahaya sebab di lereng bukit jadi kena hati-hati...ada jugak ladang strawberry kat tanah rata...
Nasiblah bangla yang duk jaga tu tak nampak....haisss abg long ni sambil kutip sambil makan la pulak...sedap abg long kata (^_^)
Ayah....Strawberryyyyy.......kata haziq pada aku...
banyak lagi gambar kenangan di Cameron Highlands ni....dan banyak lagi tempat tak sempat pergi. singkat sangat, sampai petang sabtu petang ahad dah kena balik, eloknya pergi tidur 2 malam baru tenang nak berjalan tak payah nak kalut kalut....next time I'Allah aku pergi lagi ...
No comments:
Post a Comment