ads by nuffnang

Join The Best Followers

Saturday, July 2, 2011

Segmen Artis - Gambar Nikah Noh Hujan & Mizz Nina


Salam semua...haa..haa...Selamat di Ijab Kabulkan sudah Noh Hujan & Mizz Nina telah bergelar suami isteri.
Sebenarnya tarikh hari ini juga merupakan tarikh lahir Mizz Nina, kiranya 2 in 1 lahkan, dua2 majlis bersejarah untuknya, majlis perkahwinan mereka ini dilangsungkan di Ampang Jaya dengan majlis tertutup hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Walaubagaimanapun Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan duit mas kahwin pula adalah sebanyak RM888.88 bersama tujuh dulang hantaran yang antaranya adalah sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Dan dibalas sebanyak tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang antaranya adalah sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, BlackBerry “Playbook” dan cincin.

Mereka juga akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi berkonsepkan Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan, mesti comel nie, patutlah kad kahwin diorang bercorak kimono, hehe. dan pada 6 Julai ini akan diadakan majlis sambut menantu (sebelah lelaki) di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

- Tahniah Noh dan Mizz Nina!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...