ads by nuffnang

Join The Best Followers

Saturday, July 2, 2011

Segmen Artis - Gambar Nikah Tomok & Ayu (Kahwin)


Salam semua, 1.7.2011 tarikh yang sungguh bermakna buat penyanyi tanah air kita iaitu Tomok dengan pasangannya Ayu. Jom tengok gambar nikah Tomok & Ayu.
Pada majlis tersebut, Rahayu atau Ayu yang juga merupakan pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11 dari pihak lelaki (suaminya Tomok).
Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat Au2, pada pukul 8 malam ini, mudahan dipermudahkan untuk mereka berdua, amin.
Selepas ini, mereka juga akan melangsungkan tiga lagi resepsi perkahwinan mereka iaitu di sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama pada 2 Julai, majlis bersama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 6 Julai dan resepsi di sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras pada 9 Julai.
SEPADAN...Tomok dan Ayu bergambar depan pelamin yang dihias indah.
AKAD NIKAH...Tomok mencium dahi Ayu ketika acara membatalkan air sembahyang.

KELUARGA BAHAGIA...kakak Tomok Isma bersama kedua-dua ibu bapa mereka.

SAAT INDAH...gambar imbas perkenalan Tomok dan Ayu.

- Tahniah Tomok dan Ayu!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...