ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, November 23, 2011

Segmen IT - Lenovo IdeaPad U300s Laptop Berkuasa Tinggi

ANDA mahukan laptop yang nipis tapi berkuasa tinggi? Mungkin inilah masanya untuk meninjau Lenovo IdeaPad U300s baru jenis ultrabook berkuasa tinggi dengan kuasa pemprosesan Intel Generasi Kedua Intel Core i7-2677M.

Selain tetapan Turbo Boost menambah kelajuan kepada 2.90GHz, ultrabook terbaru itu lengkap dengan memori 4GB DDR3 dalam bentuk SDRAM manakala saiz skrinnya seringkas 13.3 inci malah mempunyai tahap ketahanan bateri hingga lapan jam.

Tahap kenipisannya pula hanya 14.9mm tapi tidak sepadan kuasa teknologi Intel Advanced Cooling yang menyejukkan laptop untuk tempoh penggunaan lama.

Setelah Acer melancarkan Aspire S3, dan Asus dengan Zenbook di Malaysia baru-baru ini, kini Lenovo Malaysia turut sama memperkenalkan peranti nipis mereka kepada para pengguna tempatan, iaitu IdeaPad u300s. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM3299 melalui pengedar rasmi seluruh negara sekarang.

SPESIFIKASI:

PRODUK: Lenovo IdeaPad U300s
HARGA: RM3,299
PEMPROSESAN: Intel Core i7-2677M (1.8GHz),
tambahan kepada 2.9GHz menggunakan Intel Turbo Boost
OS: Windows 7 Home Premium
RAM: 4GB DDR3 SDRAM
GRAFIK: Intel HD Graphics 3000
PAPARAN: 13.3 inci HD
BATERI: 4 sel Li-ion
SAMBUNGAN: 1 x USB 3.0, 1 x USB 2.0, HDMI
SAIZ: kenipisan 14.9mm
BERAT: 1.28kg


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...