ads by nuffnang

Join The Best Followers

Monday, January 30, 2012

Segmen Artis - Neelofa dipilih sebagai duta Avon

BIBIR mungil Neelofa tambah menyerlah dengan gincu UMR Avon.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa kerana dilantik sebagai Duta Jenama Avon.

MELIHAT wanita cantik itu lengkap berhias, dipadan dengan gaun berwarna merah jambu manis berenda di bahagian atas, sekuntum senyuman bibir bak kelopak bunga mawar, pasti semua yang melihat tertawan. Si pemakainya yang juga ratu cantik, model, usahawan dan kini bergelar duta rangkaian kosmetik Avon terbaharu, Neefola kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan bibir merah.

Wanita yang baru berusia 22 tahun itu mengakui beliau berterima kasih kepada produk rangkaian gincu terbaharu Avon, Ultra Moisture Rich Rose (UMR).

“Dengan hanya satu sapuan UMR Rose Lipstick, gincu yang mengandungi ekstrak mawar dan minyak badam memberikan bibir yang gebu dan lembap,” ujarya yang turut gembira dengan pemilihan dirinya selaku duta rangkaian kosmetik Avon.

Seiring dengan bekas duta Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz, Neelofa memberitahu, dia mengenali jenama produk kosmetik itu sejak kecil lagi.

“Namun, saya mula menggunakan produk jenama Avon selepas diperkenalkan oleh adik saya. Saya menggunakan kosmetik Avon seperti pembaris mata, maskara, pemerah pipi dan gincu,” katanya.

Menurut statistik daripada Avon, gincu syarikat itu terjual sebanyak empat unit bagi setiap saat. Ujar Neelofa, kepelbagaian warna, harga dan kualiti menjadikan ia sebagai pilihan.

“Sebagai duta, saya mengalu-alukan remaja dan pelanggan muda untuk berhias diri agar sentiasa cantik dan berseri. Ia bukan bermakna mereka harus bersolek setiap masa tetapi, mencantikkan diri secara ringkas adalah perlu untuk kelihatan lebih yakin dan elegan,” katanya lagi.

Gincu UMR daripada Avon, boleh didapati dalam 10 warna menawan iaitu blushing bride rose, rosabella rose, amelia rose, passionate kiss rose, jubilee rose, royal celebration rose, apricot nectar rose, french lace rose, anne’s signature red dan amour rose.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...