ads by nuffnang

Join The Best Followers

Saturday, January 21, 2012

Segmen Sensasi - Majlis Pernikahan Ally Iskandar dengan Farah Lee

Pengacara popular TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, akhirnya menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurfarahin Romli, 23, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu pagi semalam.
Menariknya, Nurfarahin atau sebelum ini hanya dikenali dengan nama Farah Lee tidak menerima sebarang wang hantaran dari suaminya itu dan sebaliknya digantikan dengan hadiah sebuah rumah yang dibeli Ally di Damansara di sini.

Pasangan yang mengenakan pakaian serba putih pada majlis akad nikah yang serba sederhana itu juga saling berbalas hantaran di mana pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran manakala pihak lelaki menerima tujuh.

Tujuh dulang hantaran yang diberikan Ally kepada isterinya itu terdiri daripada senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan sireh junjung, sepasang telekung dan sejadah, komputer riba MacBook, coklat Ferrero Rocher, kunci rumah dan kuih bahulu.

Isterinya pula membalas dengan memberikan Ally sebentuk cincin, senaskah Al-Quran, iPhone 4S, coklat Hersheys, manisan, bunga rampai, sepasang baju Melayu lengkap bersampin, sepasang jubah dan sejadah, serta persalinan kemeja.

Majlis akad nikah tersebut lancar dengan dua kali lafaz dan pasangan mempelai itu dinikahkan oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin sebanyak RM250 berwalikan bapa Farah Lee, Romli Ismail, 60.

“Saya rasa syukur dan gembira apabila semuanya telah selesai. Dalam masa yang sama saya juga rasa sedikit kekok dengan Farah sebab kami masih dalam peringkat berkenalan.

“Harap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat. Sebagai suami, saya akan cuba laksanakan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin,” katanya Ally

Pasangan itu yang mula berkenalan pada sebuah majlis rumah terbuka, cuba di’satu’kan dengan usikan-usikan dari keluarga Ally yang dikatakan berkenan kepada Farah Lee dari awal dan mendedahkan bahawa mereka tidak pernah bercinta mahupun mengucapkan ucapan “I love you”.

“Ketika diperkenalkan saya sudah dimaklumkan yang Farah ingin berkahwin pada usia muda. Selepas adik dan emak saya cuba ‘kenen-kenenkan’ kami berdua, saya terus berjumpa Farah dan suarakan hasrat hati untuk berkahwin dengannya.

“ Kami memang tidak permah melalui musim percintaan macam pasangan-pasangan lain. Bahkan, saya juga tidak pernah lafazkan I Love You kepada Farah,”katanya lagi.

Aku doakan semoga Ally dan Farah Lee Bahagia hingga keakhirnya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...