ads by nuffnang
Join The Best Followers
Friday, February 11, 2011
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa रुमः?
Gambar Hiasan
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah
“Susah la nak buat sewa rumah ni.. penyewa selalu lambat bayar and rosakkan rumah aku…last2 aku pulak yang rugi…”
“Pelik aku.. macam mana die boleh apply loan sampai ada 5 rumah, tapi gaji die baru rm3000”
“Eh.. kipas bilik aku rosak ni..sapa kene bayar untuk repair.. kita ke atau tuan rumah?”
Percaya atau tidak, persoalan seperti ini sebenarnya agak normal dalam kehidupan seharian kita terutamanya apabila kita menjadi penyewa atau tuan rumah terbabit. Senario yang berlaku mungkin akan menjadi lebih teruk lagi jika kedua-dua pihak iaitu penyewa dan tuan rumah tidak sedar tentang hak masing-masing. Tetapi, hak dan nasib kedua-dua pihak akan terbela dan lebih terjamin jika Perjanjian Penyewaan Rumah (Tenancy Agreement) berjaya disediakan, dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
Apakah itu Perjanjian Penyewaan Rumah? Perjanjian ini merupakan satu dokumen yang menggariskan hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Biasanya, perjanjian ini ditandangani sebelum penyewa menduduki rumah tersebut. Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak; iaitu sama ada setahun, 2 tahun ataupun 5 tahun.
Apa yang anda perlu tahu tentang Perjanjian Penyewaan Rumah:
• Perjanjian ini perlulah senang difahami oleh kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, pihak penyewa dan tuan rumah perlu memahami isi kandungan perjanjian ini dengan terperinci supaya hak masing-masing dapat ditegakkan jika berlaku perselisihan faham (dispute). Kadang-kadang, perjanjian ini disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh bakal penyewa dan tuan rumah sebelum ditandatangani. Tuan rumah juga boleh menyediakan sendiri perjanjian ini berdasarkan sampel dokumen yang disediakan di bawah.
• Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Bayaran untuk sewa bulanan akan ditetapkan pada tarikh tertentu (contohnya 1hb bagi setiap bulan) untuk memudahkan tuan rumah memantau kelewatan pembayaran. Akaun untuk pembayaran juga dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak..
• Selain itu, deposit untuk menyewa rumah juga (biasanya, bayaran sewa untuk 2 bulan dan utiliti) akan dinyatakan untuk menjaga hak tuan rumah sekiranya penyewa‘melarikan diri’ atau merosakkan harta benda di dalam rumah terbabit. Wang deposit ini akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila tempoh penyewaan sudah berakhir dan rumah ini ditinggalkan dalam keadaan baik dan terjaga.
• Senarai inventori barang-barang yang disediakan di dalam rumah terbabit seperti kipas, lampu, sofa, peti ais, katil dan televisyen akan turut dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian Penyewaan sebagai senarai semak untuk kedua-dua pihak. Jika berlaku kerosakan kepada barang-barang terbabit (dalam kes ini, penyewa yang merosakkan secara sengaja), tuan rumah berhak meminta ganti rugi. Walaubagaimanapun, terpulang kepada budi bicara tuan rumah kerana mungkin barang-barang itu sudah lama digunakan dan kerosakan tidak dapat dielakkan.
• Pembaikpulihan bagi kerosakan di dalam rumah perlu dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Penyewaan. Biasanya, kerosakan kecil (minor damage) akan dibayar terlebih dahulu oleh penyewa kemudian diberitahu kepada tuan rumah untuk pengurangan bayaran sewa pada bulan itu. Bagi kerosakan besar (major damage), tuan rumah perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti meminta kontraktor untuk membaik pulih kerosakan terbabit secepat mungkin. Contoh kerosakan kecil ialah pili air tersumbat dan kerosakan besar mungkin atap bocor atau lantai pecah.
• Akhir sekali, selepas perjanjian ini dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak, ‘stamping’ perlu dibuat di Jabatan Hasil supaya dokumen ini dikira sah disisi undang-undang. Jika tidak, sebarang masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan di mahkamah dan seterusnya boleh mengakibatkan ketidakadilan kepada penyewa ataupun tuan rumah.. Bayaran untuk “stamping’ biasanya dikenakan kepada penyewa. Bagi tuan rumah, dokumen ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan (extra income) jika ingin memohon pinjaman daripada bank.
Oleh yang demikian, penyewa dan tuan rumah perlu menyedari hak masing-masing dan hak ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian ini. Ketiadaan dokumen ini mungkin akan menjadi kesilapan besar kepada penyewa dan juga tuan rumah terbabit jika berlakunya sesuatu masalah.
Bagi pelabur hartanah pula, dokumen ini perlu dipandang serius kerana dokumen ini seolah-olah memberi jaminan pada hartanah yang disewakan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment