ads by nuffnang

Join The Best Followers

Tuesday, February 8, 2011

PROTON Umum Jualan Terhad R3 Satria Neo (Limited Edition)


Berita Terbaru


KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd memperkenalkan Proton R3 Satria Neo untuk dijual dalam bilangan terhad.

Model R3 Satria Neo berharga RM79,797 (MT Metalik) dan boleh didapati melalui tempahan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia, kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata yuran tempahan adalah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput ke acara pelancaran itu.





Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu adalah kesinambungan kepada pembabitan dan kepakaran Proton dalam sukan bermotor yang akan melihat model generasi baharu terpilih disuntik dengan elemen dinamik dan keseronokan yang lebih hebat.


Ditawarkan dalam warna ekslusif "Fire Red" dengan bumbung bercat hitam, R3 Satria Neo mempunyai bentuk luaran yang berbeza daripada model-model sebelumnya.


R3 Satria Neo dilengkapi naik taraf Peringkat 2 kepada enjin standard 1.6 liter CAMPRO S4PH dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm.


Mesti ramai yang minat kereta 3 pintu ini.

6 comments:

  1. Yeah bro...cool car...i want to have one if somebody give its free...haa...haa

    ReplyDelete
  2. Pergh.. dah macam transformers pun ada!

    ReplyDelete
  3. yang atas tu ke... rasanya macam model experiment R3 dengan plugin turbo.

    Tapi memang cun.. rasanya berbaloi jugak.. 2nd stage cam, upgrade braking system, seat recaro, recip ECU, manifold.. kalau kira-kira balik tu mahal tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...