ads by nuffnang

Join The Best Followers

Friday, April 29, 2011

Aku akan bercuti 2-3 Minggu


Salam Semua, Aku akn bercuti 2-3 minggu cz wife aku akan bersalin. due date 4 Mei 11 iaitu minggu depan. emmm...jd aku mbe x update blog ni dlm tempoh tu cz busy...biasalhkn korang pun fhm...lepas semua dh kembali tenang baru aku update blog ni yerrr...

Mohon semua doakn Wife aku selamat melahirkan anak aku yg kedua ni. Emm...Terima Kasih kerna sudi doakan....

Thursday, April 28, 2011

Internet - DIGI Turbo 3G Bersamamu Walau Kemana Jua!


Bayangkan kalau tiba-tiba tiada internet???. Boleh ke kita hidup pada zaman sekarang tanpa internet???. Tanya Diri Sendiri???

Kenapa Internet Penting bagi Korang???

Bayangkan:

1. Ketika anda sedang on laptop...tetiba laptop rosak?. 1 hari boleh tahan, masuk hari kedua dah tak boleh tahan. keluar duit hantar repair...xleh repair beli baru.

2. Bagi yg giler Facebook mesti nak buka FB, kalau tak tgk sehari jd resah gelisah...nak jgk tgk sape ON9. ada member2 msg x?. ada yg 24 jam sehari ON9...waa...waa...giler fb laa katakan.

3. Para-para Isteri plk, hari2 fikir nak masak ape utk suami blk keje nnti...kononya syg suami laa...buka internet...search cara-cara memasak???...nak masak masakan ITALI laa...nak buat puding Karamel laa..mcm2 lg. semua cari kt internet...


4. Anak aku...pantang kalau tengok aku buka komputer...dia dtg..."ayah...abg long nak tengok Upin & Ipin laa" tak pun "ayah...abg nak tgk Thomas Train laa" trus duduk ats riba aku...yg aku ni nk buka fb trs xjadi..mengalah laa dgn anak.hummpph...

5. kalau hari cuti..bangun tido tghri..nak kluar cari surat khabar pun dah malas...buka mymetro ON9 jer....selesai...tp jgnlh sampai tak keluar rumah lgsg.

6. Betul tak kalau korang tak dapat pegang laptop or komputer dlm sehari mesti tak sah kn? dalam hati nak jgk buka fb..nak jgk buka internet...


7. Isi borang keje skrg...mesti ada ruangan alamat email..betui tak?. nnti org kata buta IT plk smpai alamat email pun xde. majikan msti xambil ko keje...

8. kes bergaduh dlm internet pun ramai...habis kutuk ikut suka hati jerr...dari bergaduh dlm internet smpai brgaduh kt luar mcm mamat bwh nie...

9. Time blk kg plk...selalu selalu aku tgk kt fb ada maki hamun..."internet slow laa" "line xdapat plk kt kg ni" "Aduuhhai internet putus-putus plk" mcm2 ada!. Apa lg tukar laa DIGI Turbo 3G baru Powerrr...

10. Betui tak ramai yg Tertido kt laptop or komputer???...kes internet laa ni... Guna Digi Turbo 3G sampai ke pagi layan fb....waaa....waaa....haa...haa...

Betui tak korang tak boleh hidup tanpa internet...betui laa tu, dah baca dari 1 sampai 10...conform!!!. Gunalah Digi 3G Turbo Internet - Laju, Power, Speed, dan paling penting Turbo...mcm kereta laa katakan, kereta biasa dgn kereta Turbo mn Power? dah tentulh yg Turbo Power!!!. Nasihat aku gunalah internet sebaik mungkin...jgn gaduh plk pasai internet nie...orait...

Blog ini DiKuasakan Oleh:

klik LIKE sekali tau. TQ

Pengantin Termahal



GAMBAR atas, Pengantin termahal Seemanto dan Sushanta Roy bernilai RM386 juta pada tahun 2004. Gambar bawah, Pasangan Sheikh Mohammed Rashid dan Sheika Hind bernilai RM300 juta pada 1981.

GAMBAR kiri, Hartawan Russia, Andrei dan isterinya. Gambar kanan, Putera Charles dan bekas isterinya, mendiang Puteri Diana.

Putera William dan Kate Middleton.

Hadiah siling emas, 10,000 tetamu termasuk pengemis pelengkap majlis kahwin RM386 juta

TANYALAH siapa saja mengenai impian perkahwinan, pasti jawapan yang diberi hampir sama. Semua impikan perkahwinan serba sempurna, mewah dan meriah. Tidak kurang yang mahu menobatkan majlis perkahwinan masing-masing sebagai 'Wedding of the Year.'
Malah, demam perkahwinan ‘Wedding of The Year’ itu kian terasa berikutan semakin hampirnya detik perkahwinan kerabat diraja Britain yang tidak kurang popularnya - Putera William dengan pasangannya, Kate Middleton, Jumaat depan.
Ketika pasangan diraja itu dilaporkan lebih mengamalkan sikap berjimat, tetapi sudah ada laporan menyatakan anggaran kos keseluruhan perkahwinan itu hampir RM160 juta biarpun jumlah sebenarnya tidak dapat dipastikan.

Namun, timbul pertanyaan, perkahwinan siapakah yang selayaknya dinobatkan paling hebat atau mahal di dunia setakat ini? Sempena ‘mood’ perkahwinan diraja yang diikuti rapat ramai, apa kata kita selami kehebatan perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia, setakat ini.

Pasti ramai yang terkejut kerana status hebat itu dimiliki bukan seorang kerabat diraja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga.

Ringkasnya, ‘mahkota’ gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy - anak ahli perniagaan terkenal India, Subrata Roy yang mana perkahwinan bertarikh 14 Februari 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal dunia dengan kos sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang!
Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara.

Pada majlis yang diadakan di Lucknow, India itu, sebanyak 110 jenis makanan termasuk India, Mexico, Itali, Mongolia, Lubnan dan Amerika dihidangkan. Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis yang dirujuk sebagai Perkahwinan Abad Ini ialah bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai.

Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Di tangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheika Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai Rm300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guinness Book of World Records dan paling mahal pada 1981. Ini meletakkannya mengatasi satu lagi perkahwinan pasangan popular - Putera Charles dan Puteri Diana ketika itu.

Hebat atau tidak, perkahwinan Sheikh Mohammed Rashid itu bukannya di hotel atau villa mewah sebaliknya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam! Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempena perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Pada majlis itu, semua putera diraja Arab, barisan sheikh dan VIP lainnya dibawa ke lokasi dengan menaiki 34 jet peribadi. Elemen kebajikan tidak diketepikan apabila Sheikh Mohammed turut menunggang kuda ke setiap kampung memberi makan kepada semua penduduk sempena majlis perkahwinannya itu.

Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah, harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Satu lagi perkahwinan perkahwinan paling mahal dipegang seorang lagi hartawan India yang bermastautin di London - Lakshmi Mittal yang juga hartawan besi dan menduduki tempat kelapan orang terkaya dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Acara selama enam hari itu diadakan di Versailles dengan persembahan oleh Datuk Shah Rukh Khan dan Kylie Minogue. Kemewahan majlis berkenaan dapat dilihat sejak awal dengan kad undangan saja setebal 20 muka surat dan diletakkan di dalam kotak perak.

Penginapan mewah disediakan untuk 1,000 tetamu yang majoritinya ialah ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.

Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei Melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005.

Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Perkahwinan tahun ini yang disenaraikan mahal, berlangsung bulan lalu membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun itu - Kanwar Singh Tanwar.

Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi menyamai binaan Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang kira-kira RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit siling perak sempena majlis itu.

Hakikatnya, mungkin pelik bagi kita melihat bagaimana masih ramai yang sanggup berhabisan wang bagi perkahwinan yang berdasarkan kelaziman ketika ini, sukar bertahan. Namun, itulah keadaannya apabila ada yang mengutamakan pepatah ‘tepuk dada, tanya selera’ dan sanggup berlumba-lumba demi mencatat sejarah antara perkahwinan terhebat dunia.

Debaran perkahwinan diraja Britain

DENGAN semakin hampirnya majlis perkahwinan pewaris kedua takhta Britain, Putera William dengan Kate Middleton, semakin hampir, pelbagai rentetan kisah berkaitan kedua-duanya semakin rancak ditayangkan di televisyen.

Pelbagai spekulasi kedengaran dan pastinya perbandingan perkahwinan kedua-duanya dengan perkahwinan ibu bapa William, Puteri Diana dan Putera Charles pada tahun 1981 tidak dapat dielakkan.

Namun, William awal-awal lagi seolah-olah menampakkan tiada istimewanya majlis perkahwinan dia dan Kate dengan menjadikan cincin tunang mendiang ibunya sebagai tanda pertunangan mereka berdua selain cuma ingin berbulan madu di Isles of Scilly.

Malah pasangan kekasih itu juga dilaporkan memilih untuk tidak berlebih-lebih dalam merencanakan perkahwinan diraja yang sudah tentunya bakal menjadi program pilihan di kaca televisyen seluruh dunia.

Kos sebenar perkahwinan William dan Kate masih belum diketahui tetapi sama ada ia betul-betul tidak terlalu mewah atau bakal mencatat sejarah menjadi perkahwinan diraja paling mahal, cuma masa yang akan menentukan.

Mengimbau sejarah perkahwinan diraja, majlis yang mengikat Diana dan Charles sebagai suami isteri menelan belanja sebanyak RM19.6 juta dengan cincin tunangnya yang kini tersarung di jari manis bakal menantunya berharga RM138,000 pada masa itu manakala gaun pengantin rekaan David dan Elizabeth Emmanuel dilengkapi pula berharga RM44,000.

Tidak kurang meriahnya ialah perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, dengan Sarah Pengiran Salleh pada tahun 2004.

Majlis yang dilaporkan menelan belanja RM15 juta itu dihadiri ramai pemimpin dunia dan kerabat diraja diadakan di Istana Nurul Iman dengan membabitkan perayaan yang memaparkan tradisi negara kaya minyak itu.

Dalam apa yang menjadi antara majlis perkahwinan paling mengagumkan pernah disaksikan di London, Putera Mahkota Greece, Putera Pavlos, mengahwini gadis elit Amerika Syarikat, Marie-Chantal Miller, pada Julai 1995, dalam keraian yang berharga RM5.7 juta.

Kos termasuk menerbangkan pakar gubahan bunga diraja Denmark untuk menghiasi Gereja St Sophia, dan gaun pengantin daripada sutera gading bersulamkan pertama yang berharga RM723,000.

Namun, perkahwinan diraja paling terkenal dan kerap diperkatakan selain ikatan Charles dan Diana ialah ketika pemerintah Monaco, Putera Rainier III mengahwini aktres Hollywood, Grace Kelly, pada tahun 1956.

Akhbar menggelar majlis itu sebagai Perkahwinan Abad Ini, dengan 600 tetamu memenuhi Gereja Besar St Nicholas di Monaco. Dalam persiapan untuk perkahwinan itu, Istana Monaco dicat dan dihiasi semula keseluruhannya. Pengantin perempuan sendiri membuat penampilan istimewa untuk hari bersejarah itu. Meninggalkan Pelabuhan New York, Kelly, yang disertai keluarga, pengapit, anjing peliharaan dan lebih 80 bagasi, menaiki kapal SS Constitution ke Monaco.

Sumber: BHARIAN

ATM VS JOHOR 29 APR 2011



SEMUA WARGA ATM DIJEMPUT HADIR UNTUK
MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN ATM

Vote Saya dalam Kategori Top Kay Poh di http://www.wwwow.my/Detail.aspx?



Untuk anda yg baik hati & Mahu undi sy ini butirannya:

Entry Title: Malik Torpedo
Description: Informasi. Berita Terkini. Automotif - Proton Satria Neo Limited Edition. Kalkulator Pinjaman Rumah. Variasi.
Category: Top Kay Poh
Submitted On: Tue, 26-Apr-2011

Klik link dibawah ini dan kawan2 akan dibawa terus ke sini -

Kemudian anda perlu login menggunakan akaun Facebook anda, cuma klik login ok.

Ok..dah login anda sudah boleh vote/undi untuk saya. Masukkan huruf-huruf seperti dibawah dan klik pada button VOTE disebelahnya.

Klik link ini utk MENGUNDI saya : WWWOW.my

Kepada yg sangat baik hati dan mengundi saya, saya dengan penuh rasa Bersyukur dan Rendah Diri Mengucapkan Ribuan Terima Kasih yg tidak Terhingga. Semoga Allah S.W.T Memberi Rahmatnya dan Murahkan Rezeki keatas saya dan Anda yg telah membantu saya. Amin....

Wednesday, April 27, 2011

Sony mengumumkan dua tablet Android 3.0




Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua peranti tablet terbaru mereka yang beroperasi menggunakan Android 3.0 atau lebih dikenali sebagai Honeycomb.

Salah satu daripada tablet tersebut, Sony Tablet S1, berukuran 9.4 inci. Manakala, sebuah lagi Sony Tablet S2, mempunyai rekabentuk skrin berkembar yang berukuran 5.5 inci setiap skrin, boleh diguna secara berasingan atau serentak. Skrin S2 boleh dilipat bersama dan menghasilkan bentuk yang lebih kompak dan mudah alih.

Kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan teknologi WiFi dan 3G/4G dan mengintegrasikan PlayStation Suite, platform baru Sony yang mesra Android dan membolehkan pengguna memuat turun dan bermain permainan PlayStation.

Sepertimana yang diramal, kedua-dua peranti terbaru Sony ini menjadi satu pelengkap aksesori di ruang tamu bagi menambah nilai peranti hiburan tradisional Sony yang sedia ada. Dalam satu kenyataan, Sony mengatakan bahawa S1 menggunakan teknologi infra merah dan boleh digunakan sebagai "remote control" universal untuk pelbagai peranti Audio Visual -- seperti menghidupkan TV, menukar saluran dan menetapkan kelantangan audio.

Kedua-dua peranti ini juga boleh menggunakan kelebihan fungsi DLNA iaitu pemaparan kandungan ke platform lain dengan skrin yang lebih besar dan audio yang lebih jelas.

Sony Tablet S1 dan S2 akan berada di pasaran menjelang suku keempat tahun ini. Kami masih lagi menantikan pengumuman harganya oleh Sony dan menjangkakan ianya kompetitif dengan peranti-peranti lain yang kini berada di pasaran.

Read more: http://gadgets.emedia.com.my/product.php?id=1443#ixzz1KjZJiy7k



Sony telah mengumumkan dua peranti tablet yang beroperasi menggunakan Android 3.0 atau lebih dikenali sebagai Honeycomb.

Make your life 'senang' with more 'menang'.


Hari-hari boleh Menang Honda City + IPads dan GPS....Fuyyoooo...Cepat-cepat klik link bawah ni untuk Sertai...

If life is as senang to menang prizes like this. Just subscribe to DiGi's SMS content for news & more to win! #DiGiSenang2Menang

Win tickets to the Yuna Inspired Secret Concert together with other berry good prizes to come.


Click This Link For More Info

Everybody has a social creature inside them. Find out what berry are you today! #digiwhatberry

Skim Gaji Baru Anggota Tentera



Salam...Hari aku terbaca kt Berita Harian, Berita hari ini 27/4/2011 mengenai Skim Gaji Baru Tentera. Dengan penuh semangat aku baca, baca bawah sikit...KECEWA dgn perkataan ini "draf cadangan skim gaji baru itu akan diserahkan kepada JPA untuk kajian dan penelitian sebelum dibentangkan ke Kabinet untuk proses kelulusan" aduhaiii.i...baru nak kaji?. Dari awal tahun lepas duk kaji sampai sekarang pun duk kaji lagi????. bilalah nak naik?.

Tengok ni aku Print Screen dari Bharian.

Nak Baca kt sini!!!.

Skim gaji baru manfaat 115,000 anggota tentera
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohammad Ishak
bhnews@bharian.com.my
2011/04/27
Draf cadangan akan serah kepada JPA untuk penelitian

JERTIH: Skim gaji baru anggota tentera yang dicadangkan Kementerian Pertahanan dijangka akan memberi pelbagai manfaat dan faedah kepada kira-kira 115,000 jika mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata draf cadangan skim gaji baru itu akan diserahkan kepada JPA untuk kajian dan penelitian sebelum dibentangkan ke Kabinet untuk proses kelulusan.
“Apa yang kita harapkan, skim gaji baru itu adalah bertujuan mengiktiraf sumbangan anggota tentera sama seperti penjawat awam yang lain, termasuk anggota polis yang akan menikmati skim gaji baru” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kali terakhir gaji anggota tentera dinaikkan ialah pada 1 Oktober 2004, membabitkan kenaikan gaji antara satu hingga 42.85 peratus atau antara RM44.66 hingga RM719.01, bergantung kepada pangkat dan kelayakan.

Skim gaji baru yang dicadangkan kementerian adalah lebih baik dan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh pasukan tentera meliputi TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat dan lain-lain cabang dalam angkatan bersenjata negara.

Terdahulu pada majlis di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut, Terengganu, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya sedang meneliti skim gaji baru anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan.
Katanya, skim baru itu dirangka sebagai pengiktirafan kepada bidang ketenteraan yang sekurang-kurangnya diharapkan dapat menyamai skim gaji penjawat awam di lain-lain kementerian.

Beliau berkata, oleh kerana ada pegawai bertaraf profesional dalam angkatan tentera seperti juruterbang, jurutera, pegawai perubatan dan pelbagai bidang lain maka sewajarnya skim gaji baru dirangka sebagai pengiktirafan kepada golongan ini.

“Hampir separuh daripada anggota tentera terbabit dalam bidang profesional dan teknikal, jadi patutlah gaji anggota tentera tidak dibiarkan ketinggalan jauh berbanding profesional yang berada di luar kerajaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, langkah memperkenalkan skim gaji baru itu juga bagi memastikan golongan profesional dalam angkatan tentera tidak mudah mengambil tindakan meninggalkan bidang kerja mereka semata-mata untuk mengejar gaji yang lebih baik di luar.

“Sekiranya berlaku sedemikian, ia akan merugikan kerajaan bagi mendapatkan pengganti yang berpengalaman untuk angkatan tentera kita,” katanya.

Beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini kerana banyak memberikan perhatian terhadap masalah yang dihadapi anggota tentera dan keluarga mereka.

Sumber dari : Berita Harian.

Aku harap-harap skim Gaji Baru Tentera ni DIPERCEPATKAN kerana dah lama sangat menunggu dan berharap nie...

Tekan LIKE ok!. TQ

Tuesday, April 26, 2011

Video Majlis Pertunangan Ashraf Muslim & Dayana [HD]



Khas untuk Peminat-peminat Ashraf Muslim...Jom tengok Video khas Ashraf Muslim Bertunang...Jom Layannn....n....


Klik LIKE kalau suka Video ni tau...TQ

Monday, April 25, 2011

“Our World, Their War”



They will come into our world this july 2011
Transformers 3 : Dark of the Moon (2011)
The Autobots learn of a Cybertronian spacecraft hidden on the Moon, and race against the Decepticons to reach it and learn its secrets, which could turn the tide in the Transformers' final battle.
- Option A: Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world.


Decepticon is back to conquer the world ... If I can transform to Optimus Prime of The Autobots, I'll protect this world with all my power. Combined with the new Rachet, Ironhide, Jazz and Bumblebee to form the next Super Robot to defeated Decepticon ... Yeahhh ....

Optimus Prime: I hereby declare war on the Decepticon. The alarm has sounded, This is our Final Battle... fight with all your Full Power, upgrade your courage and spirit to face this Last Battle against the evil Decepticon for the future of the earth. Autobots Lets Roll...

My Hero

Bumblebee Stealth Force

The Evil Decepticon

Recent heroin substitute Megan Fox is Rosie Huntington-Whiteley .. Look how beautiful this new heroin ....

Here the Super Trailers of Transformers 3 : Dark Moon








Transformers 3 Contest for all Transformers Fans ... Come n Join the contest ...
winning Panasonic Viera Plasma TVs and movie passes, do check out the other GSC-EON Bank Credit Card contests such as “Protect or Destroy” or “Heroes Who Change Our Lives”, all on the GSC-EON Bank Credit Card website at http://www.gsc-eonbankcard.com. You can also follow The Ultimate Movie Card Facebook fanpage at http://www.facebook.com/TheUltimateMovieCard for more updates!


Posted by Malik Torpedo for Nuffnang

Click The FB LIKE Button if u like this Post...TQ

Sunday, April 24, 2011

Gambar Ashraf Muslim Bertunang



Tepatlh yg aku keluarkan entry yg lepas...memang Gadis tu Tunang Ashraf Muslim



Dulu Ashraf dgn Shery ke?...awek dia....last-last dengan Gadis nie...Cinta ni Buta betul tak.....Anyway Taniah sekali lg kpd Ashraf & Semoga Berbahgia yer...

Klik LIKE kalau suka entry ni tau...

Saturday, April 23, 2011

Malik Torpedo - Calon Blogger of The Year



Salam semua...haa..haaa... aku masuk bertanding untuk merebut Gelaran "Blogger of The Year" yg dianjur oleh syarikat Digi. Jadi aku mohon pada semua kawan-kawan baik di Facebook atau yg datang melawat blog aku ni...Undilah aku yer...

Ni entry yg aku nak kawan-kawan sekalian Vote...


entry yg aku mohon kawan2 semua Vote adalah seperti diatas tajuk :Seksinya Jue Aziz ABPBH 10

Pertama sekali : Kawan-kawan sekalian kena Login menggunakan Akaun Facebook masing2.

dah Login klik pada: i want to vote now

lepas tu akan ada seperti ini

Nampakkan sebelah sana tu ada tulis Blogger of The Year, bawahnya ada teks vote now!, klik disitu.


kemudian pada Type: klik HTTP URL dan pada entry name masukan : Seksinya Jue Aziz ABPBH 10


Masukkan Tapisan Perkataan,tulis balik dlm petak tu perktaan yg dia bagi. Cth kt ats ni :steur daugter

dan akhir sekali klik pada tanda ini :
Untuk Mengundi saya Klik Disini
Klik LIKE kt bawah ni sekali yer...TQ

Friday, April 22, 2011

Gambar Lisa Surihani Cium Mulut!!!!




Haa...haaa...Lisa Surihani Cium mulut Mia Sara laaa....Gempak...heee...hee...

Cium Mulut dengan budak takperkn???
Kawan-kawan yg dihormati tekan LIKE tau...

http://hafizulah2506.blogspot.com/ VS http://rahmananit.blogspot.com/



Blog Aku Versus Blog Manan...Apa Kes..?

blog aku baru xsmpai 3 bulan tapi dh kejar blog yg dh bertahun...Jangan marah Manan noo...haa...haa.....

aku puyer Total Pageviews masa aku print screen ni 6679 Pageviews!.

Manan Total Pageviews 6819!.

haa...haa... aku akan potong manan tak lama lagi...hee..hee...potong tang Corner....

Nak Menang Honda City Klik Link bwh nie....DiGiSenang2Menang?! Honda City and iPad up for grabs!

What's more senang than #DiGiSenang2Menang?! Honda City and iPad up for grabs! Just subscribe to DiGi's SMS content for news & more to win!

Nama Unik untuk Anakku




Salam semua, saya nak minta tolong kawan-kawan sekalian yg baik hati bagi memberi cadangan Nama yg Unik dan mempunyai Maksud atau Pengertian yg Baik dalam ISLAM untuk Anak Kedua saya yg bakal Lahir Pada Awal Bulan Mei nanti.

Cadangan Nama-nama boleh di diisi di ruangan Comments di blog sy atau pun di Facebook saya.

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:

a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.

b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya
.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.

d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Terima Kasih kepada yang Sudi memberi Cadangan.

Klik button LIKE FB kt Bawah skli ok. TQ All

Jawatan Kosong di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)



Jawatan Bukan Akademik
Klik pada image untuk besarkan!.
1 PEGAWAI PERGIGIAN U48
2 KURATOR S48
3 PEGAWAI PSIKOLOGI S48
4 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
F29
5 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
6 PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
7 PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
8 PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
9 JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
10 PEMBANTU AKAUNTAN W17
11 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
12 PEMBANTU MAKMAL C17
13 TUKANG K2 (MEKANIKAL) R11
14 ATENDAN KESIHATAN U3

Jawatan Akademik

Untuk memohon sila ke web UPSI....Jawatan tersebut akan dibuka pada 18 April 2011 sehingga 03 Mei 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...