ads by nuffnang
Join The Best Followers
Wednesday, April 27, 2011
Skim Gaji Baru Anggota Tentera
Salam...Hari aku terbaca kt Berita Harian, Berita hari ini 27/4/2011 mengenai Skim Gaji Baru Tentera. Dengan penuh semangat aku baca, baca bawah sikit...KECEWA dgn perkataan ini "draf cadangan skim gaji baru itu akan diserahkan kepada JPA untuk kajian dan penelitian sebelum dibentangkan ke Kabinet untuk proses kelulusan" aduhaiii.i...baru nak kaji?. Dari awal tahun lepas duk kaji sampai sekarang pun duk kaji lagi????. bilalah nak naik?.
Tengok ni aku Print Screen dari Bharian.
Nak Baca kt sini!!!.
Skim gaji baru manfaat 115,000 anggota tentera
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohammad Ishak
bhnews@bharian.com.my
2011/04/27
Draf cadangan akan serah kepada JPA untuk penelitian
JERTIH: Skim gaji baru anggota tentera yang dicadangkan Kementerian Pertahanan dijangka akan memberi pelbagai manfaat dan faedah kepada kira-kira 115,000 jika mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata draf cadangan skim gaji baru itu akan diserahkan kepada JPA untuk kajian dan penelitian sebelum dibentangkan ke Kabinet untuk proses kelulusan.
“Apa yang kita harapkan, skim gaji baru itu adalah bertujuan mengiktiraf sumbangan anggota tentera sama seperti penjawat awam yang lain, termasuk anggota polis yang akan menikmati skim gaji baru” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Kali terakhir gaji anggota tentera dinaikkan ialah pada 1 Oktober 2004, membabitkan kenaikan gaji antara satu hingga 42.85 peratus atau antara RM44.66 hingga RM719.01, bergantung kepada pangkat dan kelayakan.
Skim gaji baru yang dicadangkan kementerian adalah lebih baik dan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh pasukan tentera meliputi TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat dan lain-lain cabang dalam angkatan bersenjata negara.
Terdahulu pada majlis di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut, Terengganu, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya sedang meneliti skim gaji baru anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan.
Katanya, skim baru itu dirangka sebagai pengiktirafan kepada bidang ketenteraan yang sekurang-kurangnya diharapkan dapat menyamai skim gaji penjawat awam di lain-lain kementerian.
Beliau berkata, oleh kerana ada pegawai bertaraf profesional dalam angkatan tentera seperti juruterbang, jurutera, pegawai perubatan dan pelbagai bidang lain maka sewajarnya skim gaji baru dirangka sebagai pengiktirafan kepada golongan ini.
“Hampir separuh daripada anggota tentera terbabit dalam bidang profesional dan teknikal, jadi patutlah gaji anggota tentera tidak dibiarkan ketinggalan jauh berbanding profesional yang berada di luar kerajaan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, langkah memperkenalkan skim gaji baru itu juga bagi memastikan golongan profesional dalam angkatan tentera tidak mudah mengambil tindakan meninggalkan bidang kerja mereka semata-mata untuk mengejar gaji yang lebih baik di luar.
“Sekiranya berlaku sedemikian, ia akan merugikan kerajaan bagi mendapatkan pengganti yang berpengalaman untuk angkatan tentera kita,” katanya.
Beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini kerana banyak memberikan perhatian terhadap masalah yang dihadapi anggota tentera dan keluarga mereka.
Sumber dari : Berita Harian.
Aku harap-harap skim Gaji Baru Tentera ni DIPERCEPATKAN kerana dah lama sangat menunggu dan berharap nie...
Tekan LIKE ok!. TQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tangga gaji anggota tentera masih x dak kat pej gaji...kenaikan pun x dak juga
ReplyDelete