ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, April 27, 2011

Sony mengumumkan dua tablet Android 3.0




Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua peranti tablet terbaru mereka yang beroperasi menggunakan Android 3.0 atau lebih dikenali sebagai Honeycomb.

Salah satu daripada tablet tersebut, Sony Tablet S1, berukuran 9.4 inci. Manakala, sebuah lagi Sony Tablet S2, mempunyai rekabentuk skrin berkembar yang berukuran 5.5 inci setiap skrin, boleh diguna secara berasingan atau serentak. Skrin S2 boleh dilipat bersama dan menghasilkan bentuk yang lebih kompak dan mudah alih.

Kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan teknologi WiFi dan 3G/4G dan mengintegrasikan PlayStation Suite, platform baru Sony yang mesra Android dan membolehkan pengguna memuat turun dan bermain permainan PlayStation.

Sepertimana yang diramal, kedua-dua peranti terbaru Sony ini menjadi satu pelengkap aksesori di ruang tamu bagi menambah nilai peranti hiburan tradisional Sony yang sedia ada. Dalam satu kenyataan, Sony mengatakan bahawa S1 menggunakan teknologi infra merah dan boleh digunakan sebagai "remote control" universal untuk pelbagai peranti Audio Visual -- seperti menghidupkan TV, menukar saluran dan menetapkan kelantangan audio.

Kedua-dua peranti ini juga boleh menggunakan kelebihan fungsi DLNA iaitu pemaparan kandungan ke platform lain dengan skrin yang lebih besar dan audio yang lebih jelas.

Sony Tablet S1 dan S2 akan berada di pasaran menjelang suku keempat tahun ini. Kami masih lagi menantikan pengumuman harganya oleh Sony dan menjangkakan ianya kompetitif dengan peranti-peranti lain yang kini berada di pasaran.

Read more: http://gadgets.emedia.com.my/product.php?id=1443#ixzz1KjZJiy7k



Sony telah mengumumkan dua peranti tablet yang beroperasi menggunakan Android 3.0 atau lebih dikenali sebagai Honeycomb.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...