ads by nuffnang

Join The Best Followers

Monday, May 23, 2011

Simpan Ferrari F3555 Spider dalam rumah!




Disebabkan taksub kepada kereta Ferrari, seorang lelaki menyediakan ruang khas bagi menyimpan kenderaan mewah itu di ruang tamu rumahnya.

Menurut Jon Ryder, dia mengubah suai garaj menjadi ruang tamu, tetapi mengekalkan pintu asal supaya memudahkan kereta itu digunakan.

Hasil ubah suai berkenaan, kini Ryder boleh berehat atau menonton televisyen di sebelah kereta Ferrari F3555 Spider itu.

Berasal dari Sheffield, Ryder, 28, bekerja di kilang besi dan mendapat ilham menjadikan garaj sebagai ruang tamu apabila dia dan isterinya, Catherine, berpindah ke situ tahun lalu.

“Kini kereta itu mendapat tempat sewajarnya dalam rumah kami,” katanya.

Selain membelanjakanRM170,993 untuk kereta berkenaan, Ryder melabur kira-kira RM4,400 mengubah suai garajnya.

Proses itu dilakukannya sendiri selama sebulan.

Ferrari F3555 Spider keluaran 1996 itu mampu mencapai kelajuan maksimum 295 kilometer sejam.

Memang dia sayang sangat-sangat kereta Ferrari F3555 ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...