ads by nuffnang
Join The Best Followers
Sunday, March 13, 2011
Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang
Copy dari Nuffnang
Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang
1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
2) Terma Pembayaran
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.
3) Peluang Advertorial
Walaupun kempen iklan dapat menjana pendapatan yang stabil, kebanyakan blogger pasti tahu bahawa kempen advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lebih tinggi. Bergantung kepada pengiklan, komitmen dan trafik, setiap advertorial dapat menawarkan pendapatan yang lumayan kepada blogger dan kadang-kala produk percuma turut disertakan.
Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.
4) Aktiviti Komuniti
Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.
Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka
5) Peraduan
Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak kami anjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, kami memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.
6) Innit
Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.
Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami di Nuffnang ikhlas berharap inisiatif baru ini dapat menunjukkan penghargaan kami ke atas kesetiaan anda.
- Alhamdulillah status aku dah Glitterati. apa yang patut aku buat sekarang adalah meningkatkan kreativiti aku menulis atau maklumat yang aku publish di blog ni supaya meningkatkan lagi traffic ke blog aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kan.. Try cari identiti dalam penulisan.. Agar ramai pembaca lagi.. Huhuhu..
ReplyDeleteEntry Terbaru : Cerekarama : Berkalung Noda
betui3x...blog ni pun bru tgh sebulan jd byk lg nak diperbaiki n harap2 kan lbh brdaya saing dgn blog2 lain.
ReplyDelete