ads by nuffnang
Join The Best Followers
Tuesday, March 22, 2011
Proton satria Neo R3 Miliki Suspensi yang Sempurna
UNIK...jentera berprestasi buatan tempatan.
JENAMA R3 (Race, Rally, Research) sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat tegar kenderaan Proton Holdings Bhd (Proton) apabila kehadiran produk itu pastinya membuatkan kereta lebih berprestasi, garang dan mantap.
Produk R3 mula diperkenalkan di negara ini tujuh tahun lalu pada Proton Satria R3 selepas menerima sentuhan jurutera Proton Motorsports.
BERTENAGA...enjin 1.6 liter Campro pakej modifikasi peringkat kedua.
Jentera yang dijual secara terhad itu mula mendapat tempat di hati masyarakat kerana menampilkan rekaan menarik dan dilengkapi peralatan prestasi, sekali gus memberi pemanduan dinamik.
Jenama itu tidak berkubur di situ, malah kehadiran Proton Satria Neo R3 tahun ini pastinya membuka lembaran baru kepada penggemar jentera berprestasi keluaran tempatan.
Rekaannya lebih menyerlah dengan beberapa aksesori tambahan yang dipadankan padanya.
Ini termasuk kit badannya ditala semula R3 termasuk spoiler belakang dan bibir depan yang meningkatkan gaya pada roda depan untuk memberi gaya dinamik.
Bagi memastikan kit badannya asli, lambang R3 tertera pada setiap aksesori berkenaan sekali gus mengekal dan menjamin identitinya.
Ia hanya ditawarkan warna ‘red fire’ dengan bumbung hitam, malah bakal pemiliknya boleh menukar bonet gentian karbon daripada jenama R3.
ternyata bentuk dalamannya berbeza dengan Proton Satria Neo apabila papan pemukanya dikombinasi dengan dua warna iaitu merah dan hitam.
Kerusi balutan kulit ‘Nappa’ hitam dengan jahitan merah dan kedudukannya lebih rendah bagaikan ‘memeluk badan’ membuatkan kepala tidak terhantuk pada bumbungnya.
Kedudukan tegap ke hadapan memudahkan pemandunya mencapai tombol gear dan memegang stereng dengan sempurna.
Ia dipadankan audio dengan sistem navigasi dan turut dilengkapi sistem keselamatan seperti beg udara berkembar serta Sistem Anti Brek (ABS).
Lebih menarik, jentera itu dilengkapi butang penghidup enjin, pedal kaki aluminium dan tombol gear yang menonjolkan imej R3.
Rim ringan dimensi 16 inci edisi R3 dengan kombinasi tayar Bridgestone Potenza RE001R 205/45 R16 menampakkan badannya lebih tegap dan garang di jalan raya.
Modifikasi peringkat kedua ini sekali gus meningkatkan prestasi enjin dan mampu menghamburkan kuasa maksimum 145 bhp pada 7,000 rpm, sementara 168 Nm pada 5,000 rpm untuk kuasa kilas.
Ia hanya boleh didapati dengan transmisi lima kelajuan nisbah pendek dan turut dilengkapi beberapa peralatan yang ditala semula seperti aci sesondol, kotak penapis udara gentian kaca, sistem ekzos 4-2-1 serta takal aci sesondol aluminium boleh laras.
Beratnya hanya 1,200 kilogram (kg) dan pengendalian kereta turut ditingkatkan dengan lebih baik untuk membezakannya dengan Satria Neo biasa.
Suspensinya boleh dikatakan cukup sempurna kerana ia boleh menyerap laluan bonggol tanpa menyebabkan penulis melompat dan bunyi yang terhasil ketika melalui halangan seperti berada dalam kenderaan mewah.
Jentera ini turut senang dikawal dan kurang membuang ketika menghadapi halangan kon seolah-olah tayar seperti melekat pada jalan raya.
SPESIFIKASI
PROTON SATRIA NEO R3
ENJIN
Campro CPS 1.6L pakej modifikasi peringkat kedua
KUASA MAKSIMUM
145bhp pada 7,000 rpm
TORK MAKSIMUM
168Nm pada 5,000 rpm
TRANSMISI
Transmisi lima kelajuan manual dengan nisbah pendek
CIRI-CIRI KESELAMATAN
Dua beg udara dan ABS bersama EBD
KELAJUAN MAKSIMUM
205 kilometer sejam (km/j)
HARGA
RM79,797
TAYAR YANG DICADANGKAN
Corak: Formula D 01
205/45 R17 83V FR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat smart nie..
ReplyDelete:D
btui bro....geram btui tengok...
ReplyDeleteaku nak 1
ReplyDelete