ads by nuffnang

Join The Best Followers

Tuesday, September 13, 2011

Segmen Automotif - Brochure dan senarai harga rasmi Perodua Myvi 1.5 Special Edition (SE)

Menurut maklumat awal, Perodua Myvi 1.5 didatangkan dalam empat varian, antaranya ialah varian 1.5 Special Edition (SE), varian 1.5 Extreme, varian 1.5 Multimedia, dan satu lagi varian akan didedahkan semasa hari pelancaran nanti.
klik pada imej untuk besarkan.
Sememangnya mengejutkan kerana ini rasanya merupakan varian paling berbaloi untuk dimiliki apabila harga yang ditawarkan cukup berpatutan, dengan enjin 1.5 liter dan kemasan luaran dan dalaman yang cukup kemas dan sporty, selepas ini siapa lagi yang mahu membeli Myvi 1.3 Lagi Best? Harga yang ditawarkan bagi versi Myvi 1.5 SE ini bermula dari RM50,900.00 (Solid) dan RM51,400.00 (Metalik), kedua-duanya didatangkan bersama transmisi manual.

Bagi versi Myvi 1.5 SE dengan transmisi automatik pula, harganya bermula dari RM56,000.00 (Solid) dan RM56,500.00 (Metalik). Kesemua harga ditawarkan atas jalan (OTR) termasuk insuran. Sungguh saya tidak menyangka bahawa varian Myvi 2011 dengan enjin 1.5 liter akan ditawarkan pada harga cukup berdaya saing, iaitu serendah RM50,900.00 sahaja.

Perodua Myvi 1.5 SE hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik, untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh saksikan sendiri salinan brochure yang dipaparkan di sini, klik gambar untuk melihat lebih besar dan jelas. Review selanjutnya akan muncul selepas hari pelancaran nanti. Untuk membuat tempahan, sila layari blog Buy Perodua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...