Produk Baru: Telefon 3D pertama di dunia.
Sepanjang tahun ini banyak produk it telah dikeluarkan dan semua bersaing dalam segmen tablet dan smartphone. Terbaru dari HTC.(bilalah aku nak pakai smartphone,orang lain semua guna smartphone?). I'Allah tahun depan kot kalau ada rezeki.
HTC Corporation yang tidak asing lagi mencipta mesin telefon baru iaitu HTC EVO 3D yang memaparkan skrin berkeupayaan 3D tanpa menggunakan kaca mata khas yang selalunya digunakan pada peranti lain.
Ia dibangunkan pada platform Android Gingerbread (2.3) dengan sistem skrin qHD 3D 4.3-inci pertama HTC di samping pemproses menakjubkan 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon dual-core.
Berharga RM2,199, HTC EVO 3D datang dengan kamera 5 megapiksel termasuk kamera depan 1.3 megapiksel untuk perbualan video, keupayaan hotspot 3G kepada 8 perkakasan lain pada satu masa dan pasaran Android yang mencecah 200 ribu aplikasi.
SPESIFIKASI:
PRODUK: HTC EVO 3D
HARGA: RM2,199
PEMPROSESAN: Qualcomm 1.2 GHz Dual-Core
OS: Android(TM) dengan HTC Sense
MEMORI: ROM (1GB), RAM (1GB)
PAPARAN: 4.3 inci (540 x 960 qHD)
RANGKAIAN: HSPA/WCDMA (900/2100 MHz), GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)INTERNET: 3G, GPRS, WiFi
SAMBUNGAN: 3.5 mm stereo audio jek, micro-USB (5-pin mikro-USB 2.0), bluetooth
KAMERA: 5.0MP, 1.3MP (depan)
FORMAT AUDIO: aac, .amr, .ogg, .m4a, .mid, .mp3, .wav, .wma (Windows Media Audio 9)
FORMAT VIDEO: 3gp, .3g2, .mp4, .wmv (Windows Media Video 9), .avi (MP4 ASP and MP3), .xvid (MP4 ASP and MP3)
MASA BERBUAL: 560 minit
DIMENSI: 126 x 65 x 12.05mm
BERAT: 170g
No comments:
Post a Comment