PERODUA telah mengumumkan secara rasmi bahawa Myvi SE 1.5 akan dibuka untuk tempahan mulai hari ini 12 september 2011 dengan slogan "Lagi Power,Lagi Best" dan akan mula dipamerkan di semua pusat jualan PERODUA di seluruh negara pada 15 september nanti.
Dengan enjin berkuasa 1.5 atau 1500cc ternyata Myvi Special Edition ini lebih berkuasa dan padanan skirting baru yang memberi imej sport pada Myvi SE 1.5 ini menjanjikan yang terbaik untuk bakal pembeli dan pemilik Myvi SE 1.5 ini nanti.
kemungkinan 5 jenis warna akan diperkenalkan ini termasuklah warna "Majestic Yellow", Hitam dan Putih.
Memang sporty kan Myvi SE 1.5 nie....Mengancam... tapi belum pasti samada skirt atau aksesori Myvi SE 1.5 ini boleh dipasang atau digunakan oleh Myvi 1.3 yang biasa.
Kalau suka Myvi SE 1.5 baru ini?, klik LIKE tau & share di facebook anda. tq all
No comments:
Post a Comment