Imej unik seperti senyuman
BERGAYA...pandangan bahagian belakang.
SEBUT saja kenderaan ‘hatchback’, pasti terlintas di fikiran jentera kategori ini diburu golongan muda yang mahu kelihatan macho ketika memandu di jalan raya.
Model Mazda3 Hatchback dilakukan pemasangan tempatan (CKD) dan dilancarkan baru-baru ini oleh Bermaz Motor, menjadi satu daripada menu baru untuk santapan golongan muda di negara ini.
KAGUM...enjin 2.0 liter beri kuasa maksimum.
BANTU...sistem navigasi memudahkan pemanduan.
KEMAS...papan pemuka dengan rekaan kemas dan menawan.
Walaupun pemasangan tempatan, kualitinya hampir sama dengan model import, malah lebih menguntungkan pengguna mendapat harga lebih murah.
Enjin 2.0 liter memberi kelancaran pemanduan untuk memotong kenderaan lain atau memecut dengan kuasa maksimum.
Sementara itu, brek cakera dimensi besarnya juga memberikan kuasa berhenti yang kukuh di samping tahan haus.
Ia juga digabungkan dengan inovasi Mazda seperti hos brek ketegaran tinggi, sekali gus mampu berhenti dalam jarak paling singkat untuk keselamatan.
Suspensi dan tayar yang dipadankan pada jentera ini mampu menyerap hentakan laluan tidak rata serta memberi keselesaan optimum kepada penumpangnya.
Ia memberi tindak balas mantap ketika melayan selekoh seolah-olah terlekat pada jalan raya dengan kelajuan sederhana.
Ketika duduk di dalam kabinnya dan menutup pintu, warna hitam yang memenuhi ruang itu memberi satu tanggapan bahawa jentera ini tampak eksklusif.
Papan pemuka serta konsol tengah antara pemandu dan penumpang depan juga terlalu besar, dengan rekaannya kemas serta menawan.
Ruang bagasi Mazda3 Hatchback ini menyediakan lantai rata penuh untuk menyenangkan susunan barang.
Ruang muatan juga boleh diubah suai dengan kerusi belakang yang boleh dilipat 60:40, justeru pemandu dapat mengubah ruang barangan mengikut jumlah barangan dan bilangan penumpangnya.
Dalam tempoh itu, audio dilengkapi skrin sesentuh mempunyai sambungan USB dan Bluetooth yang mesra pengguna memecah kesunyian untuk memberi hiburan.
Selain itu, skrin sentuh itu dilengkapi sistem navigasi SD menjadi penunjuk arah yang berguna bagi memudahkan pemanduan.
Mazda3 ini melambangkan semangat ‘zoom-zoom’ dengan gaya terserlah, prestasi dinamik tanpa menjejaskan kelapangan dan keselesaan.
Lampu utama hadapan yang berbucu tajam memberi imej garang dan memberi pencahayaan yang jelas untuk membantu penulis memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
Bentuk belakangnya nampak lebar dan besar serta lampu belakang yang tampak menarik pada waktu malam.
Harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding model lain, tetapi Mazda3 Hatchback ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan pemiliknya pasti berpuas hati memilikinya.
SPESIFIKASI
MAZDA3 HATCHBACK CKD
ENJIN
Bersesaran 1,999cc, 4-silinder DOHC dengan 16 injap
KUASA MAKSIMUM
145hp pada 6,500rpm
TORK MAKSIMUM
182Nm pada 4,500rpm
TRANSMISI
Activematic 5-kelajuan dan Direct Mode
CIRI-CIRI KESELAMATAN
Beg udara berkembar, beg udara bahagian tepi dan ABS
HARGA
RM130,674.50
TAYAR YANG DICADANGKAN
Corak: Formula D 01
Saiz tayar yang dicadangkan
215/45 R17 87W
Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it.
ReplyDeleteLook advanced to far added agreeable from you! By the way, how
can we communicate?
my web page ::
Hey very cool web site!! Man .. Beautiful .. Amazing .. I will bookmark your website and take the feeds also�I'm happy to find a lot of useful information here in the post, we need work out more strategies in this regard, thanks for sharing. . . . . .
ReplyDeleteFeel free to visit my page;