ads by nuffnang

Join The Best Followers

Tuesday, September 13, 2011

Segmen Automotif - Nissan Teana 2.0 Paling laris di China

JIMAT. Itulah yang boleh dikatakan pada Nissan Teana 2.0 liter kerana masih mempunyai baki suku tangki minyak petrol selepas mengharungi perjalanan lebih 650 kilometer. Perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan melalui Terengganu itu merangkumi laluan lebuh raya dan jalan biasa, lebih tujuh jam.(sesi pandu uji)
Selain itu, tiada kelajuan purata dikenakan atau menutup penyaman udara bagi memberi penjimatan bahan api ketika perjalanan berkenaan.
Namun, keistimewaan penggunaan enjin MR20DE dengan digabungkan transmisi Xtronic CVT adalah rahsianya untuk meminimumkan penggunaan petrol walaupun bentuk jentera ini tampak lebar dan besar.

Sebelum itu, Teana merujuk ‘satu permulaan’ bagi masyarakat peribumi Amerika Syarikat dan jentera ini dinobatkan kenderaan sedan mewah paling laris di China.

Laluan yang tidak rata mampu diatasi dengan mudah kerana jentera ini dipadankan suspensinya sedikit lembut untuk menyerap hentakan.

Ini juga memberi keselesaan menyeluruh kepada penumpang untuk berehat atau mengurangkan kebosanan ketika mengharungi perjalanan jauh.

Pengendaliannya juga cukup mudah apabila sterengnya dengan bantuan sistem elektronik memberi tindak balas yang cepat untuk mengelak lubang atau mengambil selekoh.

Jadi, tangan pemandu tidak cepat lenguh untuk memegang stereng kerana ia lebih ringan daripada sistem konvensional yang menggunakan hidrolik.
Bagi menghidupkan enjin, pemandu hanya perlu menekan butang pada papan pemuka selepas memasukkan kunci yang digabungkan bersama penggera.

Teana 2.0 mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 134 kuasa kuda (hp), manakala 190 Nm bagi kuasa kilasnya, justeru tiada masalah untuk memotong kenderaan lain atau mendaki bukit.
Bentuk luarannya pula menampilkan ciri mewah apabila jeriji hadapan direka berdasarkan susunan bar berkedudukan mendatar untuk menampilkan wajah tiga dimensi dengan sirip elegan yang dibentuk daripada satu lingkungan.
Kombinasi lampu LED belakang yang dipadankan menampakkan ia lebih menyerlah di samping membuatkan bahagian belakang kelihatan lebar dan besar.
Jika diperhati dari luar, anda mungkin menjangka ruang simpanan barangnya terhad kerana bahagian belakangnya nampak pendek tetapi ia berkapasiti 506 liter yang boleh mengisi dua beg besar.
Sebaik saja menerjah bahagian kabinnya, jelas nampak kemewahan jentera ini terutamanya pada papan pemuka warna krim serta dipadankan lapisan kelihatan seperti kulit kayu.
Kerusinya yang dibaluti fabrik kain serta empuk memberi satu pengalaman berlainan seolah-olah duduk di atas sofa buatan Eropah.

Corong penyaman udara di konsol tengah memberi kesejukan yang menyeluruh kepada penumpang belakang terutamanya cuaca panas di negara ini.

Kereta kategori sedan mewah ini, turut mengambil berat ciri keselamatannya apabila dilengkapi beg udara dan Sistem Anti Brek (ABS).

kenderaan ini juga sangat sesuai kereta keluarga selain memberi gaya eksekutif kepada pemiliknya dan sesuai kepada ahli perniagaan dan pegawai.


SPESIFIKASI

NISSAN TEANA 200 XE 2.0 L

ENJIN:
MR20DE bersesaran 1997 cc.

KUASA MAKSIMUM:
136 PS pada 5,600 rpm.

TORK MAKSIMUM:
190 Nm pada 4,400 rpm

TRANSMISI:
Xtronic CVT dengan enam kelajuan.


TAYAR YANG DICADANGKAN

Corak: ContiComfortContact CC5

Saiz yang dicadangkan
215/60 R16 95V FR


CIRI-CIRI KESELAMATAN:
ABS, EBD, dan beg udara

HARGA:
RM145,000 atas jalan termasuk insurans


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...