ads by nuffnang

Join The Best Followers

Wednesday, June 22, 2011

Segmen Automotif - Honda City (The Speed Arrow)


PENGENALAN warna Putih Taffeta untuk model generasi ketiga Honda City memberi impak positif bagi menyerlahkan lagi wajah kenderaan itu. Ramai dikalangan rakyat Malaysia yang suka dan minat dengan warna Putih.
Rekaan futuristik yang terdapat pada setiap sudut kenderaan itu dan ia lebih cantik berbanding versi terdahulu.
Ia menerapkan bentuk ‘arrowshot’ dengan menggunakan konsep anak panah supaya nampak agresif ketika meluncur laju di jalan raya atau berhenti di persimpangan lampu isyarat.

MENARIK...Honda City dilihat pada bahagian belakang.

Jentera ini adalah antara kereta sedan saiz sederhana yang menawarkan perspektif rekaan terbaru dan segar berbanding pesaing dalam kelas sama.

Ternyata reka bentuknya membuatkan ramai anak muda terpikat memilikinya sebelum menambah beberapa aksesori tambahan seperti rim sport, spolier dan aerokit lain bagi kelihatan lebih garang.

Di bawah bonetnya, enjin 1.5 liter i-VTEC ini lebih mantap dengan menjanakan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan cukup untuk memberi ‘kuasa’ di jalan raya.

Enjin ini juga menepati standard pengeluaran asap Euro 4 dan ia sama dengan dipadankan pada Honda Jazz.


KEMAS...papan pemuka yang mesra pada mata.

Selain itu, transmisi automatik lima kelajuannya boleh ditukar kepada manual dengan hanya menarik pedal belakang stereng.

Hanya menarik pedal kiri, gearnya ditukar lebih rendah untuk memberi daya pecutan bagi memotong jentera lain atau mendaki bukit yang lebih lancar.

Di bahagian dalam, ruang kabin sangat menakjubkan kerana ia lebih besar dari apa yang digambarkan dari luar.

Ini kerana empat penumpang dewasa mampu duduk dengan selesa, tanpa masalah pada ruang lega kaki atau kepala.

Ia turut dilengkapi material fabrik yang berkualiti, malah pelbagai butang audio dan penyaman udara tersusun kemas bagi memudahkan pemandu mencapai ketika memandu.

Ruang dalaman lebih segar dengan padanan warna gelap selain rekaan ruang kokpit yang kemas membuatkan penggunanya berasa selesa menaikinya.

Di bawah tempat duduk belakangnya pula terdapat ruang penyimpanan barang yang membolehkan pemilik menyimpan payung atau beg kecil.

MUDAH...disediakan tempat letak bekas minuman pada bahagian belakang.

LUAS...ruang boleh mengisi banyak barang.

Bahagian letak barang, but seluas 506 liter ini boleh membuatkan terkejut kerana boleh mengisi banyak barang dan sesuai bagi mereka untuk pulang ke kampung halaman.

Sistem audio juga antara yang dipertingkatkan kerana ia bersesuaian bagi mereka penggemar muzik kerana ia dilengkapkan dengan pemain CD pelbagai format serta kabel dan lubang plug untuk pemain digital seperti iPod.


SPESIFIKASI

HONDA CITY

ENJIN
Empat silinder 16 injap SOHC i-VTEC

KUASA MAKSIMUM
120 PS pada 6,600rpm

TORK MAKSIMUM
145Nm pada 4,800rpm

TRANSMISI
Lima kelajuan automatik

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Beg udara berkembar SRS, ABS, EBD, BA.

HARGA
Bermula RM90,480

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...