ads by nuffnang

Join The Best Followers

Thursday, June 16, 2011

Segmen Automotif - Nissan Grand Livina Facelift 2011


KENDERAAN pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina kini muncul dengan model lebih sporty dan kontemporari daripada segi penampilan serta gayanya. kini disuntik dengan ciri-ciri lebih baik dan dipertingkatkan khas kepada pelanggannya.

Grand Livina bagi model 1.6 liter dilengkapi gril yang disalut warna kelabu, manakala model 1.8 liter dengan gril krom sepenuhnya.
Kedua-dua reka bentuk itu menambahkan lagi tarikan penampilan luaran Grand Livina yang sudah sedia menawan selain ditambah pula dengan cermin sisi yang dilengkapi lampu isyarat LED.

Menjengah bahagian kabinnya, MPV bukan nasional terlaris itu mendapat kemasan berwarna hitam dengan memberikan ruang dalamannya yang luas itu dan sporty.

Model yang sudah menerima pelbagai pelbagai anugerah berprestij seperti ‘Best Value For Money MPV’ oleh Asian Auto-VCA Auto Industry Awards dan ‘The Best MPV’ dari majalah Stuff.

Ia dijanakan enjin petrol empat silinder aluminium yang sudah terbukti prestasinya iaitu enjin HR16DE 1.6L dan MR18DE 1.8L yang menawarkan penjimatan bahan api menakjubkan tanpa mengorbankan aspek prestasinya.

Harga atas jalan termasuk insurans bagi Semenanjung Malaysia antara RM86,800 hingga RM98,800.

Selain itu, model berkenaan dilengkapi jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer yang mana tiba dahulu.

Ini yang paling smart, stylo dan garang!!! - Nissan Grand Livina Facelift 2011.

Dengan seat Sparco ditambah lagi dengan bumber depan yang mengancam!!!. kalau masuk Grill depan Impul bertambah-tambah Garang!!!.
suka tak yang ini?. kalau suka klik like sekali & share kt fb (button kt bwh ni).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...