ads by nuffnang

Join The Best Followers

Monday, June 20, 2011

Segmen Automotif - Nissan Grand Livina Impul Terbaru


Tidak sampai 2 minggu selepas perlancaran Grand Livina baru, 1 Model baru pula dikeluarkan iaitu Nissan Grand Livina Impul.

Impul telah memadankan Grand Livina baru dengan Aerokit baru, Grill dengan Logo terbaru Impul, model ini mendapat
Impul suspension system iaitu Shock Absorber yang telah dipertingkatkan dan Spring yang membuatkan Model ini lebih rendah 25 mm.

Dibahagian belakang pula Model ini menggunakan ekzos stainless steel yang berkualiti tinggi, sport rim Impul Aura SX-10 17-inch yang mana 20 to 30% lebih ringan dari sport rim biasa.

Versi Impul boleh didapati untuk semua versi model GL dengan menambah RM10, 700 bagi Grand Livina standard anda akan mendapat seluruh pakej Impul,

Harga (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran pemilikan tuntutan, bagi Semenanjung Malaysia) adalah RM97, 500 untuk 1,6 MT Comfort, RM100, 500 untuk 1.6 AT Comfort dan RM109, 500 untuk 1.8 AT Comfort.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...